Alhamdulillah

Showing posts with label ahad. Show all posts
Showing posts with label ahad. Show all posts

Tuesday, 17 June 2014

Floria 2014 yang indah~episode 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini nak kongsi sedikit pengalaman kami mengunjungi Floria (Festival Bunga dan Taman 2014)  di Putrajaya. Festival ini berlangsung dari 14-22 Jun 2014. Tiket masuk yang dikenakan ialah RM3 untuk dewasa. 

Ini kali pertama kami berpeluang berkunjung ke Floria. Bunga tema untuk tahun ini ialah bunga Begonia.

Ada pelbagai taman dipamerkan, antaranya:

Taman Begonia
Taman Orkid
Taman Diraja
Taman Pereka
Taman Raja Sehari
Taman Bandar
Tea Party Garden
Floral Pavillion
Taman Kucing & pertandingan kucing
The Hanging Garden (Taman Terapung)
Landscape Decorative Walls
Pertandingan Rekabentuk Taman
ect.


Semuanya memang cantik dan menarik! So, jom layan gambar2 di bawah ye.

Cantiknya!



Subhanallah!


Mini Ready-made terrarium!...So in love with this!





Maskot Floria




Taman Raja Sehari

Taman Raja Sehari
Taman Raja Sehari

Taman Raja Sehari

Taman Raja Sehari

Taman Raja Sehari
Flowers pop-up book yang sangat cantik! Nak buku cenggini!!!

Flowers pop-up book yang sangat cantik! Nak buku cenggini!!!

Flowers pop-up book yang sangat cantik! Nak buku cenggini!!!

Celebrate Love!


Antara kucing yang menyertai pertandingan

Taman kucing

The Hanging Garden
Taman Diraja

Taman Diraja

Taman Diraja

Taman Diraja

Taman Diraja

Taman Diraja
Aiisshh dah banyak sangat photo ni. Sedar x sedar i dah upload 33 keping pic! Apa kata kita sambung next episode lak ye! Jangan lupa tau..masih banyak gambar yang menarik nanti hihi.

Sekian, wassalam!

Sunday, 24 November 2013

Sudah potong...Sunathon!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini merupakan hari yang amat bersejarah untuk kedua-dua orang putera tercinta kerana hari ini mereka berdua telah selamat dikhatankan secara beramai-ramai dalam majlis yang sangat meriah. Majlis berkhatan beramai-ramai ini atau namanya Sunathon telah dianjurkan oleh sekolah mereka dan dilakukan di sekolah. Seramai 33 orang murid mengambil bahagian. Program bermula seawal jam 8 pagi.

Semua peserta Sunathon dan famili masing2 dikumpulkan di Dewan Serbaguna. Ketibaan VIP untuk merasmikan majlis. Sedikit briefing diberikan daripada pakar perubatan yang in-charge (dari Pusat Perubatan HUKM). 

Acara di teruskan dengan penyampaian cenderamata berupa beg door gift (macam2 ada dalam beg tu..Alhamdulillah), duit (RM35) dan bunga telur kepada setiap seorang peserta Sunathon. Peserta termuda berumur 4 tahun.!

Seterusnya peserta diarak dan dikumpulkan serta dimandikan beramai-ramai dengan semburan paip dari ahli bomba. Meriah betul!

Selepas dimandikan...peserta tukar baju dan memakai kain pelikat dan dijamu dengan pelbagai hidangan yang enak2. Dan...bermulalah acara utama....jeng...jeng..jeng..


gift dan bunga telur untuk peserta Sunathon

tokbah bersama-sama cucu tersayang











sejukkk!





menunggu turn!


Dah selesai bersunat...syukur...semua berjalan lancar !

Dah selesai bersunat...syukur...semua berjalan lancar !



 Semoga cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Syukur semua berjalan lancar dan tiada adegan yang tak diingini berlaku. Peserta Sunathon pun semua ceria n  'cool' je mungkin kerana semangat dan dorongan dari kawan2, para guru dan famili masing2.

Sekian,wassalam!