Alhamdulillah

Showing posts with label Kota Bharu Water Splash. Show all posts
Showing posts with label Kota Bharu Water Splash. Show all posts

Wednesday, 26 March 2014

Kota Bharu Water Splash


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setelah lama menyepi, nak kongsi sedikit cerita percutian bersama anak-anak tersayang di musim cuti sekolah ini. Cuti kali ini kami hanya memanfaatkan masa dengan balik ke kampung halaman tercinta~Kota Bharu, Kelantan.
Sempat juga bawa anak2 berkunjung ke Taman Tema Air "Water Splash" yang terletak bersebelahan dengan  Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan.















Waktu operasi:


Dibuka setiap hari:

10.00 am hingga 1.00 pm (1.00pm hingga 2.00 pm rehat)

2.00 pm hingga 7.00 pm



HARGA TIKET (amat berpatutan):

Ibu Bapa / Penjaga : RM3

Kanak-kanak:

6 Tahun ke bawah: RM5

7 hingga 12 Tahun: RM6

12 Tahun ke atas: RM7



KEMUDAHAN LAIN YANG TERDAPAT DI TAMAN INDERA PETRA

Taman Permainan Kanak Kanak, Surau, Medan Selera, Tandas Awam, Parking

Selamat berkunjung ke sini juga ye jika berkesempatan.
Sekian, Wassalam!

Tuesday, 10 December 2013

Splash air hujan saja!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mengikut perancangan, hari ni nak bawa anak2 ke Kota Bharu Water Splash yang terletak di Taman Indera Petra bersebelahan dengan Kota Darul Naim. Malangnya hari ini sedari pagi hujan telah turun dengan lebatnya.Kecewalah hati semua anak2 tercinta kerana hajat nak main air tak kesampaian.

Suasana di Kolam Splash Taman Indera Petra
KB Water Splash ~ gambar ihsan google
Suasana Kolam Mandi Splash
KB Water Splash~gambar ihsan google


Sebagai alternatif, mama telah izinkan anak2 main saja air hujan hehe. Baik tak hati mama? (haha jangan pasni demam dah). Yelah kalau kat KL jangan harap nak dapat merasa mandi hujan ni. Kita 'water splash' kat halaman rumah tok ma dan tok bah sahaja. Hurray!!

Aiyooo..siap baring2 pulak..nasib baik tempat parking keta rumah tobah ni bersimen

Uncle pun join anak2 saudara mandi hujan hehe

Ok itu sahaja celoteh tuan rumah untuk hari ini.
Sekian, wassalam!