Alhamdulillah

Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Tuesday, 5 March 2013

Burger Bakar!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni rasa banyak sangat idea datang untuk menulis di blog ni hehehe...macam2 idea...actually bahan dah ada cuma waktu membataskan...ceh...ceh...macam' busy ' bebenor bunyinya...macam tak cukup ja 24 jam sehari .

Hari ni nak kongsi sedikit tentang Burger Bakar yang tengah 'famous' di mana-mana sahaja sekarang ni. Petang semalam sempat singgah kat satu 'stall ' Burger Bakar untuk merasa sendiri sedap ke tak sedap agaknya hihihi..'First time' gitu!

Inilah gerainya

aiyoo...banyak pulak seleksi burger bakar ni. Nama pun macam2!
Yang mana best ni ?

Akhirnya , aku 'order' Burger Bakar KL Gangster (Daging). Sebijik berharga rm7. 
Jangan pas makan ni jadi gangster dah la..huhu nauzubillah

Daging dibuat sendiri.Alamak gemukss2nya ! Takut plak nak makan...habis ke tak ni..??

Inilah rupanya bila dah siap dan 'ready; untuk dimakan.

Rasanya memang sedap.! Sos saja 4 jenis dia letak;sos cili, mayonis, sos black pepper dan thousand islands. Tapi aku tak berjaya juga menghabiskan dagingnya yang tebal itu...Namun tak digalakkan makan dengan kerap ya kawan2! Utamakan kesihatan gitu!



Sekian, wassalam. Teruskan membaca ya!




Sunday, 3 March 2013

Ayam Panggang 5 bintang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni nak kongsi sedikit tentang makanan dan tempat makan yang best. Destinasi yang terpilih untuk diceritakan pada kali ini ialah :

Ayam Panggang 5 Bintang

Jalan Bukit Angkasa, Taman Bukit Angkasa

Pantai Dalam,Wilayah Persekutuan

59200 Kuala Lumpur

Opening hours: Daily from 6pm to 10pm



ayam panggan lima bintang chicken place big 1
(gambar ihsan dari Wonderful Malaysia)


memang sedap!



 Lunch menu : ayam panggang bersama telur dadar ,sup daging dan nasi panas.
Memang best gitu!


Selamat menjamu selera !



Sunday, 17 February 2013

Family Hi-tea!

assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buat semua rakan pembaca....nampaknya tak abih2 lagi saya nak berceloteh tentang makan-makan. Tu yang 'gebu' semacam ja 'body' i ni hehehe. Ada ja aktiviti melibatkan makanan dan makan-makan ...hehe...

dapat e-mail daripada adik ipar tentang majlis makan-makan ' family'. Adik -beradik 'my hubby' seramai 7 orang semuanya berada di KL & Selangor . Kebetulan mak mentua pun turun KL, so majlis ni diadakan untuk merapatkan lagi silaturrahim.Kot tak masing- masing sibuk dengan kerja dan ' life' masing-masing. Walaupun dok dekat je, tp susah nak jumpa-jumpakan.

'Detail' majlis seperti di bawah :

Date     :16 feb 2013 (saturday)

 Place     : Kelab Komuniti Cyberjaya
 Time      : 3pm-7pm (hi-tea)
 Menu    : In sha Allah as per following;
                                                Nasi Goreng Cina
Roasted Chicken with BBQ Sauce
Spaghetti Chicken Bolognese
Mee Rebus and Condiments
Assorted Sandwiches
Firecracker Sausage Roll
Curry Puff
Pineapple Roll Pastry
Mix Fruits
Bubur Kacang Hijau
Coffee
Tea



                                       

             
                          
             geng menantu perempuan ..hehe

Selepas menjamu selera, kaum bapa mula 'start' main badminton dan kaum ibu pula melayan anak- anak mandi di kolam renang. Pelbagai aktiviti riadah dapat dilakukan di kelab ni. Ada gelanggang tenis, futsal, badminton, 'squash', golf, go-kart,paint ball, dan boleh juga berenang dan senamrobik.

                satu ' pool' kami 'konker' hihi

gambar diambil sebelum pulang



Makan - makan di istana!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Hari ni nak cerita tentang makan - makan .Tengahari tadi kami sekeluarga singgah  makan  tengahari di Restoran Istana Bambu.


paddy- field

kolam ikan koi

"Istana Bambu is a paddy-field concept restaurant serving fresh seafood and Nusantara cuisine within the traditional comfort of a bamboo village. The restaurant’s structure including every furniture and fixtures are 95 per cent built by using treated bamboo trees and other natural materials. Istana Bambu prides in itself as the most environmental-friendly restaurant in the Klang Valley. It is also has a paddy field that enhances the ambience of the restaurant even more. Istana Bambu Restaurant offers Chinese-style Seafood delicacies, Nusantara Malay Traditional cooking and Western cuisine. The food is served either in the dining hall or the individual gazebos, which together can hold up to 450 persons at any one time. In addition, an air-conditioned seminar room with a projector screen that can comfortably accommodate 30 people is also available. For patrons who love the Internet, it is a Wi-Fi hotspot." (ini di petik dari goldentorch.com)

Makanannya memang 'superb delicious'. Suasana juga sangat tenang dan nyaman. Yang paling aku gemari di sini (setakat ini) ialah  ayam masak lemon, daging salai masak lemak dan sayur kangkung goreng belacan.


 daging salai masak lemak

 telur dadar

 ayam masak lemon dan sayur kangkung goreng belacan.

sup tulang

Jemput makan semua ya....Bismillahhirrahmanirrahim ...

my family!

me n my ma & abah tersayang!

my heroes...kenyang perut, hati riang!



so, kepada semua yang berminat untuk jalan-jalan cari makan, jangan lupa singgah menjamu selera di sini ya.Tata!

Istana Bambu,
Lot 841 – 842, Jalan Hulu Kelang - Ampang,
 68000 Ampang, Selangor

Istana Bambu