Alhamdulillah

Thursday 28 February 2013

Projek dietku yang kecundang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua

Hari ni rasa terpanggil untuk berkongsi satu rahsia besar hehehe....tapi cerita ni dah lama berlaku (tahun lepas) so mari kita sama-sama menaiki mesin masa untuk kembali ke tanggal 4 september 2012...jommmmm....


Diet!
Sebelum ni memang tak pernah terlintas dalam hati dan fikiranku untuk berdiet. Ia berlaku secara tiba-tiba apabila aku mendapati berat badanku sudah tidak di paras normal lagi dan BMI juga sudah berubah.Kenaikan berat badan ni bermula sejak aku melahirkan anak ke tigaku pada tahun 2009 .Banyak faktor yang mempengaruhi pertambahan berat badanku...antaranya yang paling utama memang sebab selera makan yang besar huhuhu...Asyik nak makan yang sedap-sedap je..Akhirnya, dalam masa 3 tahun berat badanku bertambah sebanyak 16kg!!!huhu baju2 pun sumer ala2 tak muat dan terpaksa beli banyak baju baru (part beli baju baru ni yang best hihi)

Kemuncak aku mula bertekad untuk berdiet ialah apabila aku mula merasa sakit yang amat di tapak kaki ku (bahagian tumit)...Sakit yang menyucuk terutama apabila berdiri dan berjalan...Ini memang masalah besar bagiku memandangkan aku seorang guru dan kerjayaku memang kena berdiri, banyak berjalan dan turun naik tangga sepanjang masa di sekolah. Aku mula mendapat khidmat nasihat doktor.  Doktor mengatakan ini simptom penyakit plantar fasciitis.


Heel bone with heel spur

Plantar fasciitis is a painful inflammatory process of the plantar fascia, the connective tissue on the sole 
(bottom surface) of the foot.It is often caused by overuse of the plantar fascia or arch tendon of the foot. It is a very common condition and can be difficult to treat if not looked after properly. Another common term for the affliction is "policeman's heel"

~gambar ihsan dari wikipedia~


Ada 6 saranan yang diberikan oleh  pakar perubatan padaku;
  1. rest and massage (wow, best nih!)
  2. kurangkan berat badan supaya kembali ke berat badan normal ku dulu (54kg) sesuai dengan ketinggianku 157cm.(masalah besar nih)
  3. memilih dan memakai kasut yang sesuai (okeyyy)
  4. kurangkan berdiri (ini yang masalah)
  5.  injection of corticosteroids (takut)
  6. and surgery in refractory cases (takut)

So, untuk permulaan aku memilih untuk berdiet (nawaituku berdiet untuk kesihatan bukan untuk kecantikan). Bismillahirrahmanirrahim...

Langkah pertamaku:

aku mula mencari produk kesihatan yang sesuai yang dapat membantuku untuk berdiet. Aku takut untuk mengambil produk yang menjanjikan kesan serta - merta kerana takut ada bahan kimia or dadah berbahaya tersembunyi di dalam produk tersebut. Kan tetiba dapat penyakit lain yang lebih berbahaya pulak huhu...nauzubillah.

Akhirnya , dengan saranan seorang kakak iparku (berserta testimonial dirinya sendiri)...aku membeli produk ni...jeng...jeng...jeng...

set kesihatan shaklee  sebagai mangkin untuk mempercepatkan tidakbalas penurunan berat badanku. Berkobar-kobar gitu!

Bersama-sama pengambilan produk ini aku perlu juga bersenam serta mengawal 'portion' makanan yang diambil setiap waktu makan...huhu...(dalam hati macam tak rela)

 first time cuba minuman cinch tu memang aku dah pasti aku takkan meneruskan projek diet ni (mungkin fasa 1 ni). Masalah ku aku tidak gemarkan susu. Daily intake for calcium and phosphorus pun i terpaksa bergantung kepada tablet supplemen iaitu Caltrate 600.Walaupun cinch tu berperisa latte...memang tekakku tak boleh telan (ini bukan salah produk). 
Ditambah pula banyak internal and external factor yang cuba mengganggu gugat nawaitu baikku ini...

internal factor: memang tak cukup bersedia untuk berdiet dan external factor pula godaan makanan ,famili dan kawan2 haha  ...(cehhh...salahkan orang pula)

Akhirnya...hanya seminggu projek diet fasa satu ku bertahan...pas tu terus musnah...tumit kaki pun sekali-sekala masih terasa sakit lagi...maybe satu masa nanti aku akan memulakan projek dietku (fasa 2).Doakan ya!


itu saja...wassalam


Tuesday 26 February 2013

Mouth Ulcer!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nak tanya, kawan-kawan semua pernah naik 'ulcer' dalam mulut tak? Kalau naik 'ulcer'...anda semua letak ubat apa ya? Tau tak apa punca 'mouth ulcer' tersebut?

Hehe...ni gara-gara sebab ' now' ada 'mouth ulcer' sebijik naik dalam mulutku...huhu sakit....bengkak ' lymph nodes'ku kat leher....
so  today dah pergi jumpa 'doctor' dan  dapat ubat...so now mari kita sesama 'share' dan  'discuss' punca-punca 'mouth ulcer' ni...

jommmmm...terjah!

gambar ihsan dari wikipedia

Mouth ulcer ni dikenali juga sebagai oral ulcer or mucosal ulcer. Atau nama tak saintifiknya ialah mata ikan atau kudis/luka mulut. Secara amnya ulcer tidak merbahaya dan boleh dirawat. Tetapi sekiranya ia berlarutan melebihi 2 minggu.. please aware... itu mungkin juga simptom untuk oral cancer.
Nauzubillah, mintak jauh la kan...


Banyak faktor yang boleh menyebabkan mouth ulcer ni...kebiasaannya...:

  1. Kekurangan zat makanan contohnya vitamin c, zat besi, asid folic dan vitamin B12
  2. jangkitan/infeksi  patogen (infectious agent)...banyak...boleh refer contoh2nya di Wikipedia
  3. stress (jangan stress dan berfikiran negatif...banyak penyakit datang bertandang huhu)
  4. perubahan hormon
  5. alahan pada bahan kimia tertentu
  6. alahan pada ubat-ubatan tertentu
  7. Radioterapi
  8. Kimoterapi
  9. kurang menjaga  kebersihan mulut (gigi dan gusi)
  10. kurang minum air masak
  11. faktor cuaca
  12. faktor genetik

Apa yang boleh kita lakukan untuk melegakan rasa sakit ialah, antaranya:
  1. berkumur dengan cecair antiseptik
  2. banyakkan minum air masak
  3. minum air barli (memang berkesan...sila cuba)
  4. makan makanan lembut
  5. elakkan makanan pedas, panas dan berminyak
  6. sentiasa jaga kebersihan mulut
  7. sapu krim/gel penahan sakit pada ulcer tersebut
  8. Elakkan meminum jus yang masam
  9. Pemeriksaan gigi secara berkala (untuk elakkan ulcer)
  10. bla...bla...bla...

Itu saja untuk kali ini...Moga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.Jumpa lagi.
Wassalam




Pesta Buku Islam 2013 @ Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan maya
Semoga semua sihat dan ceria sentiasa

As a book-a-holic, tak sah rasanya kalau tak bercerita tentang buku hik.. hik.. 

Kali ni nak kongsi cerita tentang kunjungan kami ke Pesta Buku Islam 2013  pada hari Sabtu, 23 feb 2013 yang lalu.


Sempat 'posing' dalam perjalanan ke Dewan Cempaka Sari


Kami bertolak ke Putrajaya ' around' pukul 11.00 pagi dan tiba disana sejam kemudian.

Masa kami sampai tu, tak ramai sangat pengunjung waktu itu. Hurray! bestnya bila dah nampak buku2 yang pelbagai tersusun indah menggamitku...chewwwah!
Apa lagi, bermulalah acara memilih dan membeli buku. 3 orang 'prince charming' ku juga mewarisi minatku membaca dan membeli buku.

 Danial gembira dah jumpa buku yang dikehendaki



 My wife n kids! (bak kata my hubby hehehe)

Gembira dengan hasil 'tangkapan' masing2!

dah nak balik. 'my hubby' hanya bagi kami masa sejam saja untuk 'round' pesta buku tu  huhu.
sebenarnya sebab nak balik cepat 'coz' ada tetamu mau datang ke rumah petang nanti

masa singgah 'lunch' pun anak-anakku khusyuk dengan buku masing2 sampai papa naik 'hot' coz depa taknak makan...hehe...sabar ya papa

Ini antara hasil 'tangkapan' kami di pesta buku tersebut:


 (after less dapat rm40)

 (after less dapat rm80.70 untuk 3 buku)

(after less dapat rm25)

(after less dapat rm20 untuk 3 buku)

Memang banyak sangat buku2 yang bagus dan ilmiah di Pesta Buku tersebut. 'Looking forward' untuk ke pesta buku seterusnya april nanti di PWTC pula. Kita jumpa di sana..di sana...di sana....

oooppppps sebelum terlupa...nak bagitau, x sabar nak tunggu kemunculan novel terbaru karya Hlovate (penulis kegemaranku1) pada 15 march 2013 nanti.

Inilah novelnya..(gambar ihsan dari facebook Hlovate)

Ok ...sampai sini saja untuk kali ini... jumpa lagi semua...
tata...titi...tutu...

Friday 22 February 2013

Emergency!

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Dah agak lama tak sempat menulis 'entry' baru di blog ni...Malam ni baru ada masa jap

Alkisahnya...minggu ni (18-23 feb 2013) , aku jadi guru bertugas mingguan di sekolah. Maka ...jadi lebih sibuk daripada biasa. Tambahan pula , minggu ni juga my hubby outstation ke Penang. Penat betul rasanya mengurus segala kerja rumah, anak2 dan kerja disekolah. 

Semalam (Khamis)...sedang aku mengawas exam kelas 5 teknikal...tetiba datang seorang guru ke pintu kelas 5 teknikal:

"Juhaida, boleh tolong hantar murid cedera  ke HKL?"

terkejut juga bila ada kes2 kecemasan begini...ini julung2 kali berlaku padaku sewaktu aku menjadi guru bertugas.

 lub dup ..lub dup...degup jantungku (itu mmg ritma degupan jantung yang betul)

"ok, boleh tapi saya tak kenal jalan nak gi HKL"...huhu kena ada yang teman aa. Walaupun dah 9 tahun menetap di KL , tapi tak penah masuk HKL lagi. Setakat lalu depan HKL tu biasa lah tapi my hubby yang drive. 

Teruk2! bukannya jauh pun HKL tu...cuma rasa tak 'confident' nak drive sendiri dan bawa kes 'emergency'  ke hospital yang kita tak biasa pergi. Lagipun faham2 lah HKL, nak cari tempat 'parking' kereta pun susahkan.

8.40 pg: Nasib baik ada seorang sahabat sudi meneman. So, dia drive n hantar aku dan murid yang cedera itu di bahagian kecemasan kerana tiada 'parking'. Aku menguruskan pendaftaran dan menemani murid itu masuk ke ' observation room'.

"Naper ni dik?' tanya nurse muda yang comel
"Murid saya ni cedera semasa bermain badminton sewaktu PJK.  Bulu tangkis terkena cermin mata dan cermin mata pecah dan kaca itu terkena mata nya lalu berdarah", aku menjawab panjang lebar bagi pihak muridku. Risau kot...kalau jadi kat anak kita macam manakan?


Budak lelaki itu tingkatan 3. Nurse memeriksa mata dan memberi satu suntikan pada bahu kanan muridku. Selepas itu kami diberi nombor untuk giliran berjumpa dengan doktor.

Tengok sekeliling tempat menunggu...masya Allah, ramainya 'patient' yang menunggu utk dirawat. Kami duduk dulu dan sebentar kemudian famili muridku yang cedera pun sampai. Jadi aku mengambil keputusan untuk balik semula ke sekolah kerana tugasku di sekolah juga belum selesai. 'Member'ku yang bawak kereta tupun dah 3x pusing coz takde parking. pukul 10.15pg:; kami selamat sampai semula ke sekolah.

Nota:

Syukur, alhamdulillah, tiada yang 'serius' berlaku pada muridku. Kaca itu terkena pada mata putih dan bukan kornea matanya. Syukur...muridku itu dibenar pulang selepas menerima rawatan. Dia juga perlu hadir semula ke hospital untuk pemeriksaan kedua pada tarikh yang telah diberikan. 
Doakan Mohd Aiman kembali sihat seperti sediakala ya kawan2!


Cornea.png

Sekian


Tuesday 19 February 2013

Angiogram!


Assalamualaikum...dan salam sejahtera!

Nak berkongsi  sedikit tentang angiogram. Adakah kawan-kawan pembaca semua pernah mendengar atau melalui prosedur ini?

Angiogram adalah satu 'medical imaging technique' untuk mengesan salur darah ( veins , arteries and heart chamber) yang tersumbat di dalam badan kita. Kaedahnya ialah dengan menyuntik radio-opaque contrast agent into the blood vessel and imaging using X-ray based techniques such as fluoroscopy


Baru-baru ini, seorang bapa saudaraku (berusia 62 tahun) telah melalui prosedur angiogram ini di HUSM Kubang Kerian. Ini kerana beliau kerap mengalami serangan jantung dan doktor ingin mengesan peratus salur darah ke jantung yang tersumbat. Selepas menjalani kaedah angiogram ini, bapa saudaraku di syorkan oleh doktor untuk menjalani pembedahan segera iaitu 'heart  bypass surgery' kerana peratus salur darah yang tersumbat adalah tinggi dan serangan jantung yang menyebabkan kematian itu akan berlaku bila-bila masa sahaja. Bapa saudaraku juga tidak disyorkan untuk memandu kenderaan lagi sebelum pembedahan dilakukan.

Info tentang heart bypass surgery!

"Coronary bypass surgery is a procedure that restores blood flow to your heart muscle by diverting the flow of blood around a section of a blocked artery in your heart. Coronary bypass surgery uses a healthy blood vessel taken from your leg, arm, chest or abdomen and connects it to the other arteries in your heart so that blood is bypassed around the diseased or blocked area. After a coronary bypass surgery, blood flow to your heart is improved. Coronary bypass surgery is just one option to treat heart disease.
Coronary bypass surgery improves symptoms, such as chest pain and shortness of breath due to poor blood flow to the heart. In some situations, coronary bypass surgery may improve your heart function and reduce your risk of dying of heart disease."

Kepada semua rakan-rakan pembaca semua, doakan bapa saudara kesayangan saya itu selamat menjalani pembedahan dalam masa terdekat ini dan tiada sebarang komplikasi yang serius menimpanya. In sha Allah!
Photo
Gambar ini selepas menjalani prosedur angiogram!
Photo
Apa-apa pun , selagi hidup kita mesti berusaha, berdoa dan bertawakkal  pada Allah!
Sekian.


Pssstttt.....Rahsia awan biru!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...

Petang ni walaupun banyak kerja lain yang perlu disiapkan, tetapi terpaksa di 'postpones' kerana ada sedikit masalah teknikal di rumah...ada 'plumber' datang tukar paip baru. So , sesambil menunggu dia buat kerja2nya, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi sedikit tentang buku ini.


Buku ini boleh didapati di MPH (RM29.90)

Buku yang baru dibeli ini ditulis oleh seorang pramugari. Setelah membaca buku ini, memang rasa sangat terkejut dengan segala pendedahan tulusnya dan barulah saya mengetahui sedikit sebanyak tentang dunia mereka di awan biru huhu.

Rupanya banyak benda tersembunyi serta peristiwa yang tak terduga berlaku di dalam pesawat semasa sesebuah pesawat itu terbang di awan biru.

Ini isi kandungan di dalam buku ini.



Setelah membaca buku ini , ada banyak perkara baru yang diketahui melalui pengalaman penulis sepanjang bertugas sebagai pramugari.

dan selepas membaca buku ini juga saya rasa bangga bahawa saya adalah seorang cikgu dan bukan pramugari....! Kepada pembaca  diluar sana, jangan marah ya...bacalah buku ini.

Sekian, terima kasih.

Sunday 17 February 2013

Family Hi-tea!

assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buat semua rakan pembaca....nampaknya tak abih2 lagi saya nak berceloteh tentang makan-makan. Tu yang 'gebu' semacam ja 'body' i ni hehehe. Ada ja aktiviti melibatkan makanan dan makan-makan ...hehe...

dapat e-mail daripada adik ipar tentang majlis makan-makan ' family'. Adik -beradik 'my hubby' seramai 7 orang semuanya berada di KL & Selangor . Kebetulan mak mentua pun turun KL, so majlis ni diadakan untuk merapatkan lagi silaturrahim.Kot tak masing- masing sibuk dengan kerja dan ' life' masing-masing. Walaupun dok dekat je, tp susah nak jumpa-jumpakan.

'Detail' majlis seperti di bawah :

Date     :16 feb 2013 (saturday)

 Place     : Kelab Komuniti Cyberjaya
 Time      : 3pm-7pm (hi-tea)
 Menu    : In sha Allah as per following;
                                                Nasi Goreng Cina
Roasted Chicken with BBQ Sauce
Spaghetti Chicken Bolognese
Mee Rebus and Condiments
Assorted Sandwiches
Firecracker Sausage Roll
Curry Puff
Pineapple Roll Pastry
Mix Fruits
Bubur Kacang Hijau
Coffee
Tea



                                       

             
                          
             geng menantu perempuan ..hehe

Selepas menjamu selera, kaum bapa mula 'start' main badminton dan kaum ibu pula melayan anak- anak mandi di kolam renang. Pelbagai aktiviti riadah dapat dilakukan di kelab ni. Ada gelanggang tenis, futsal, badminton, 'squash', golf, go-kart,paint ball, dan boleh juga berenang dan senamrobik.

                satu ' pool' kami 'konker' hihi

gambar diambil sebelum pulang



Makan - makan di istana!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Hari ni nak cerita tentang makan - makan .Tengahari tadi kami sekeluarga singgah  makan  tengahari di Restoran Istana Bambu.


paddy- field

kolam ikan koi

"Istana Bambu is a paddy-field concept restaurant serving fresh seafood and Nusantara cuisine within the traditional comfort of a bamboo village. The restaurant’s structure including every furniture and fixtures are 95 per cent built by using treated bamboo trees and other natural materials. Istana Bambu prides in itself as the most environmental-friendly restaurant in the Klang Valley. It is also has a paddy field that enhances the ambience of the restaurant even more. Istana Bambu Restaurant offers Chinese-style Seafood delicacies, Nusantara Malay Traditional cooking and Western cuisine. The food is served either in the dining hall or the individual gazebos, which together can hold up to 450 persons at any one time. In addition, an air-conditioned seminar room with a projector screen that can comfortably accommodate 30 people is also available. For patrons who love the Internet, it is a Wi-Fi hotspot." (ini di petik dari goldentorch.com)

Makanannya memang 'superb delicious'. Suasana juga sangat tenang dan nyaman. Yang paling aku gemari di sini (setakat ini) ialah  ayam masak lemon, daging salai masak lemak dan sayur kangkung goreng belacan.


 daging salai masak lemak

 telur dadar

 ayam masak lemon dan sayur kangkung goreng belacan.

sup tulang

Jemput makan semua ya....Bismillahhirrahmanirrahim ...

my family!

me n my ma & abah tersayang!

my heroes...kenyang perut, hati riang!



so, kepada semua yang berminat untuk jalan-jalan cari makan, jangan lupa singgah menjamu selera di sini ya.Tata!

Istana Bambu,
Lot 841 – 842, Jalan Hulu Kelang - Ampang,
 68000 Ampang, Selangor

Istana Bambu



Friday 15 February 2013

Bahagia Dunia, Bahagia Akhirat!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat-sahabat di alam maya  ni.

Hari ini berpeluang mendengar bicara Prof Dr Muhaya dalam rancangan Tanyalah Ustazah di TV9. 
Tajuk bicaranya hari ini ialah "Bahagia Dunia, Bahagia Akhirat". Tajuknya sangat berkesan di hati.

Antara isi yang disampaikan beliau,secara ringkasnya manusia dikategorikan kepada dua
 jenis iaitu :
  1. Manusia Jernih
  2. Manusia Keladak

Manusia jernih ( manusia yang bijak)

-ialah manusia yang memiliki minda positif (5%) dan emosi yang positif (95%). Manusia yang memiliki aura positif ini suka memaafkan, meminta maaf, sentiasa bersyukur , ceria dan bahagia serta sentiasa suka memberi & membahagiakan orang lain.

Manusia keladak (manusia bajet bagus)

-ialah manusia yang memiliki minda negatif (5%) dan emosi negatif (95%) . Manusia yang memiliki aura negatif ini suka berputus asa, bersedih, mengungkit, mengumpat, menyesali nasib diri dan masa silamnya, rendah diri , suka menangis serta tidak boleh tengok orang lain bahagia dan hidup senang kerana wujudnya perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Manusia yang dikuasai emosi negatif cenderung untuk mendapat pelbagai penyakit kerana sistem pertahanan badannya menjadi lemah.
Manusia keladak juga adalah manusia yang 'self-centered' kerana sentiasa bercakap dan berbangga tentang dirinya, keluarganya, kerjayanya dan serba serbi tentang dia.


Teman,

Carilah kebahagiaan di akhirat, insya allah secara automatik akan mendapat kebahagiaan di dunia.

Hidup ini perlu ada perancangan yang teliti. Berpandukan Al-Quran dan Sunnah Nabi. Insya allah, kita  akan kecapi kebahagiaan. Dalam mencari bahagia, jangan meminta kepada manusia, tetapi memintalah pada Allah kerana apabila kita mendapat kasih sayang dan rahmat Allah, kita juga akan dapat kasih sayang daripada manusia. Hanya manusia yang bahagia sahaja dapat membahagiakan insan lain.Macam mana nak dapat kebahagiaan yang konsistent?

  1. Tuliskan skrip kehidupan anda .
  2.  Wujudkan 'spiritual journal'untuk mencatat emosi anda setiap hari sama ada emosi positif atau negatif.
  3. Ubah cara berfikir, ubah emosi negatif kepada positif dan ubah cara bertindak. Ingatlah; ibu bapa bermasalah akan melahirkan anak-anak yang bermasalah.

Ayuh kita BERHENTI merungut, mengumpat dan mengenang kisah lalu. Kita sebarkan emosi dan aura positif via sebarkan salam ukkhuwwah, senyuman dan kasih sayang sesama Islam , sesama makhluk. 
"What you give, u get back!"

Insya allah

Sekian, wassalam








Photobook!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Hari ni dapat idea untuk berceloteh tentang...Photobook! hehe

Sejak kecil hingga sekarang , aku memang minat bergambar. 'Camera' mesti sentiasa ada bersama-samaku kemana-mana hihi. Kalau dulu lepas ambil gambar mesti pegi 'cuci' gambar kat kedai. Bermula dengan 'camera' biasa yang model lama yang menggunakan filem Kodak hinggalah zaman 'camera digital' dan 'camera' DSLR sekarang ni. Terbaru ada pula 'camera ' yang dilengkapi dengan ciri- ciri 'camera' pintar seperti ' Camera' Samsung Galaxy yang dilengkapi perisian Android Jelly Bean OS! Canggih betul bidang fotografi sekarang ni kan??!! 

Berbalik kepada cerita asalnya....dah lama tak pergi ' cuci' foto yang diambil. Hanya simpan sahaja dalam bentuk 'soft copy'. Tapi risau juga kot nanti soft copy tu kena 'virus' atau ter'delete'kan.So, bermula tahun 2009, aku mula buat photobook untuk foto famili. Setiap foto ada ceritanya. Sayang jika ia tidak abadikan untuk kenangan masa tua nanti.

Ada banyak syarikat printing online yang menawarkan pakej untuk buat photobook sendiri ni. Aku memilih http://www.u-print.com.my/photobook.htm. Setakat ni aku amat berpuas hati dengan hasil cetakan, kertas yang digunakan, warna dan juga harga yang ditawarkan oleh syarikat ini. Caranya juga mudah. Anda boleh pergi ke laman sesawang di atas dan 'download software with genie' ke PC anda. Anda juga boleh memilih jenis photobook yang dikehendaki dan menyusun atur sendiri gambar2 di dalam photobook anda. Boleh juga masukkan 'caption' di setiap gambar. Setelah selesai dan berpuas hati, anda boleh 'upload' semula projek tersebut dan membuat pembayaran secara 'online'. Photobook anda akan siap di hantar ke rumah dalam tempoh seminggu! Mudah dan cepatkan!

Ini beberapa contoh hasil kerja amaturku hehe






ini pula projek photobook ku yang terbaru dan sudah hampir 95% siap di edit dan bersedia untuk di hantar cetak


Harap anda semua suka dengan coretan saya kali ini. Selamat membuat photobook kawan-kawan. Abadikan kenangan dan perjalanan hidup kita  dalam bentuk ' hard copy'. Foto - foto lama bila dilihat kembali mampu mengundang senyum dan tawa di bibir kita dan ada juga yang mampu mengalirkan air mata ! Sekian, terima kasih