Alhamdulillah

Showing posts with label MPH. Show all posts
Showing posts with label MPH. Show all posts

Friday, 19 April 2013

Terima kasih, NOEN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni nak kongsi tentang buku ini.

Edisi Bahasa Melayu (RM 25)

Semalam sempat melawat blog NOEN dan tertarik dengan 'entry'nya tentang buku Deadly Mist ni. Saya terus terjah BookCafe.com .my untuk dapatkan buku yang sama, malangnya telah kehabisan stok. Memandangkan keinginan yang sangat kuat untuk memiliki buku ini, so hari ni balik dari kerja terus ke MPH, Jusco Alpha Angle untuk mencari buku ini.Taadaa....happy sangat melihat timbunan stok buku ini di MPH. Selepas 'speed reading' buku ini (belum khatam lagi ) , saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada NOEN kerana berkongsi tentang buku ini di blognya. Saya juga nak sarankan pada semua kawan2 supaya segera dapatkan buku ini. Memang berbaloi.! Saya rasa menyesal pula tak tahu tentang buku ini dengan lebih awal....




Friday, 15 March 2013

Ustaz Azhar Idrus datang rumah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ini 'entry' keduaku untuk malam ini...baca jangan tak baca ya...hehe
Tajuk tu gempakkan.....hehe sebenarnya Ustaz Azhar Idrus tak datang rumah...yang datang ke rumahku ialah buku terbaru Ustaz Azhar Idrus (Cetakan pertama:feb 2013) .

RM15 senaskhah dan boleh diperolehi di MPH.
 Keluaran Telaga Biru.

Yang 'bestnya' , buku ni diadaptasi oleh Kartunis Athool supaya lebih santai dan menghiburkan penyampaiannya serta mempunyai mesej yang jelas.



Bacalah...teman-teman semua, jangan lupa dapatkan buku ni di pasaran ya.Sekian.Tata!