Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari-hari terakhir Ramadhan...nampaknya sudah ramai teman2 yang telah selamat pulang ke kampung halaman dan sibuk dengan persiapan terakhir sebelum Syawal menjelma. Jangan terlupa juga melakukan ibadah di malam2 terakhir ni...
Saya juga telah selesai 'packing' barang2 untuk pulang ke kampung. Rasa sangat tak sabar nak jumpa keluarga tersayang dan berbuka puasa bersama2. Ma & abah....tunggu kami hehe.
Semoga perjalanan kita menuju destinasi masing2 dilindungi Allah dan kita semua selamat tiba ke destinasi masing2...in sha Allah!
Nak selitkan juga disini...hari tu selepas dibenarkan keluar dari wad...sampai je rumah terus pulun buat muffin hehe. Kuat semangat (walaupun tangan bekas inject tu masih sakit dan badan masih lemah) sebab muffin2 tu nak bawa pulang ke kampung.
muffin blueberry |
![]() |
muffin coklat |
![]() |
muffin strawberry |
Namun tak sempat buat cheese cake, red velvet cupcakes dan biskut semperit dahlia. Bahan2 dah ada,,,in sha allah....
Ok, sampai sini sahaja buat kali ini. Wassalam!
p/s: di bulan Ramadhan yang mulia inipun masih ramai yang melakukan kejahatan. Baru2 ni (hari Nuzul Quran~Jumaat), seorang cikgu di sekolahku (teman sejawat), telah disamun di dalam kawasan sekolah kami. Temanku baru balik dari bank dan baru mengeluarkan sejumlah wang yang besar (5 angka) dan dia kembali ke sekolah semula untuk menunggu anaknya selesai solat jumaat di masjid berhampiran sekolah kami. Penyamun tu mungkin sudah mengekori kereta kawanku itu dari bank lagi. Dan yang melakukan jenayah itu adalah orang melayu (tengok dalam cctv).
Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini juga seorang lagi cikgu di sekolahku telah kehilangan kereta. Keretanya di curi di hadapan pagar rumahnya sendiri.
Takziah diucapkan kepada teman2 sejawat yang telah diuji dengan dugaan yang besar di bulan puasa ini. Bersabar dan ingatlah ...setiap yang berlaku itu adalah dalam pengetahuan-Nya dan tentu ada hikmah disebaliknya.