Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mengikut perancangan, hari ni nak bawa anak2 ke Kota Bharu Water Splash yang terletak di Taman Indera Petra bersebelahan dengan Kota Darul Naim. Malangnya hari ini sedari pagi hujan telah turun dengan lebatnya.Kecewalah hati semua anak2 tercinta kerana hajat nak main air tak kesampaian.
![]() |
KB Water Splash ~ gambar ihsan google |
![]() |
KB Water Splash~gambar ihsan google |
Sebagai alternatif, mama telah izinkan anak2 main saja air hujan hehe. Baik tak hati mama? (haha jangan pasni demam dah). Yelah kalau kat KL jangan harap nak dapat merasa mandi hujan ni. Kita 'water splash' kat halaman rumah tok ma dan tok bah sahaja. Hurray!!
![]() |
Aiyooo..siap baring2 pulak..nasib baik tempat parking keta rumah tobah ni bersimen |
![]() |
Uncle pun join anak2 saudara mandi hujan hehe |
Ok itu sahaja celoteh tuan rumah untuk hari ini.
Sekian, wassalam!