Alhamdulillah

Showing posts with label hari sukan sekolah 2013. Show all posts
Showing posts with label hari sukan sekolah 2013. Show all posts

Saturday, 23 March 2013

Run My Heroes Run!

Assalamualaikum dan  salam sejahtera,
Moga semua sihat dan ceria selalu...wah, cuti sekolah dah bermula.! Agaknya apa perancangan dan  destinasi cuti sekolah ni? hihi

Pagi tadi kami sekeluarga hadir ke Temasya Sukan Tahunan  sekolah tempat 2 orang puteraku sedang menuntut ilmu. Memang meriah! 

around pukul 8 .00pg: Persiapan untuk perbarisan rumah sukan 
(ada 4 rumah sukan iaitu Uhud, Badar, Khaibar dan Khandak)

Danial sedang disiapkan oleh guru rumah sukan Uhud.Danial rumah hijau.

Danial dan rakan sepasukan!

 Maskot rumah Khaibar (Kuning)-Harimau! Aummmm!

Haikal rumah sukan Khaibar (Kuning). Aiseyy, dah kena pakai topeng harimau la pulak ye


Haikal

Danish , penyokong kuat abg Haikal dan abg Danial!

Berhimpun untuk menyanyikan nasyid sekolah, nasyid sukan dan  nasyid rumah sukan masing-masing


mama dan papa : penyokong setia Haikal, Danial dan Danish!
(gambar diambil oleh my little Danish)

Danial (paling kanan) dan rakan2 di bawah khemah peserta


Haikal (paling kanan) dan rakan2 di bawah khemah peserta

Danial (kiri) dan rakan sepasukan menjadi Johan untuk acara Rampaian Tahun 2. 
Bergambar bersama-sama pingat emas masing2!

Haikal (kiri) dan rakan sepasukan menjadi Johan untuk acara Rampaian Tahun 3. 
Bergambar bersama-sama pingat emas masing2!


Pungutan pingat semasa (banyak lagi acara belum dipertandingkan)


Haikal dan Danial! Masing2 mendapat pingat emas dalam acara yang disertai. Tahniah!

Tamat sudah cerita sukan  tahunan untuk tahun ini. Yang penting, 
" Yang menang merendah diri, yang kalah usaha lagi"
Sekian, wassalam!