Alhamdulillah

Friday 27 December 2013

Cibiuk seround!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bertemu lagi di hari2 terakhir tahun 2013 ni.

Bagi semua teman2 blogger yang suka atau teringin nak merasa masakan asli Sunda, hari ini nak kongsi sedikit lokasi tempat makan yang best iaitu Rumah Makan Cibiuk. Restoran ini terletak di Bangi. 

Restoran ini 'corner lot' menghadap lebuhraya SILK dan berdekatan dengan Tol Sungai Ramal.
Alamat rasminya ialah:

No. 1-G, Jln Putra 6, Tmn Putra Kajang,
 43000 Kajang, Selangor

Lawan gusti lengan dulu sementara tunggu makanan sampai

Ikan talapia goreng kipas (kecil RM 25.90, besar RM29.90). Memang saaaaannnnngat sedap! Siap ada sayur goreng celup tepung yang rangup di atas ikan. Isi ikan pun sangat sedap~Recommended!

Sup tulang RM13.90. Pun sangat sedap!~Recommended!

Pisang keju RM8.90

Sedap tapi agak muak bagi saya...takleh makan banyak ni hehe

Rajanya sambal~ gambar ni diambil dari blog http://izzlatif.blogspot.com/
(Tqvm tau coz beri keizinan saya copy gambar ini.)
Masa kami sampai , sambal2 ni semua dah licin huwaaa

Ini saja antara menu ringkas 'lunch' kami. In sha allah, kami akan datang lagi dan cuba menu lain juga yang semuanya nampak istimewa dan sedap2! (even teh aisnya pun sedap! Wangi sangat! RM2.90 segelas)

Sekian, wassalam!


Thursday 26 December 2013

Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pagi semalam, kami bawa anak2 ke Hari Terbuka  Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) yang terletak di Sg Ramal Baru, Kajang.


tetamu ke 76 hehe


Dah lama dengar dan ikuti cerita tentang kegigihan dan sistem pendidikan di RPWP ni melalui facebook dan semalam rasa sangat berbesar hati dan terharu dapat melawat dan melihat sendiri keadaan mereka. Kedatangan kami juga disambut dengan sangat mesra oleh RPWP. Lebih 1000 orang pengunjung datang memeriahkan Hari Terbuka  Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) ini. Alhamdulillah, cuaca pun baik. Kami dibawa melawat Rumah Prihatin.

Bangunan 3 tingkat yang masih dalam pembinaan menempatkan lebih kurang 100++ penghuni. Bangunan ini dibina sendiri oleh Warga Prihatin

Ini pula pandangan dari belakang  RPWP
tangga naik ke tingkat 3 (menempatkan dorm lelaki)


dorm lelaki

ruang2 kecil sebagai bilik tidur individu

almari pakaian

antara contoh bilik tidur yang terdapat di dorm lelaki ini
Surau di tingkat dua

Anjung



Jamuan yang disediakan untuk pengunjung yang hadir ke rumah terbuka


Antara service yang dilakukan untuk dana RPWP

Ini adalah senarai sevices yang ditawarkan oleh RPWP untuk mengumpul dana

Untuk tahu lebih lanjut tentang RPWP ini boleh like facebook mereka dan ikuti perkembangan mereka dari semasa ke semasa. Buat masa sekarang ni terdapat 20 orang sukarelawan tetap yang menyumbang masa, tenaga dan wang ringgit untuk sama2 membangunkan RPWP ini.

wajah anak2 RPWP bersama tetamu dari Brunei ~ gambar diambil dari facebook Warga Prihatin

Pengalaman disini memang mengujakan (walaupun hanya sekejap). Saya merasa lebih bersyukur dengan apa yang kita miliki. Semoga anak2ku juga akan menjadi anak2 yang berjiwa kental, kuat semangat, ada semangat kekeluargaan dan setiakawan yg utuh seperti Warga Prihatin, ada jati diri dan penyayang. Sebab anak2 kita yang tidak biasa hidup susah dan sentiasa senang dapat apa yang dikehendaki takut nanti akan membesar menjadi manusia yang sombong dan penting diri . Nauzubillah!

Cuti sekolah akan datang ,  in sha allah, anak2ku akan dihantar ke sini untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh RPWP.

Sekian, wasslam!

Tuesday 24 December 2013

Bila blogger demam

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Gagah juga menulis entry ini (walaupun demam) kerana rindu nak 'blogging' hehe. Sakit tekak, batuk dan selsema ~pakej! Lama dah tak demam2 gini tetiba nak buka sekolah pula demam huhu. Sabar..ini semua perancangan dan ujian Allah!

Demam2 pun tadi terpaksa juga keluar sekejap kerana ada urusan kerja di sekolahku. Balik dari sekolah pusing2 untuk cari tempat makan tetiba ter'singgah' Old Town White Coffee..(seriusly tadi first time rasa x tau nak makan apa dan kat mana maybe sebab demam dan rasa kurang berselera).

makan ni aje  pun hehe ..sedap juga

Sebenarnya nak tulis tentang buku teks anak2ku yang dibeli di sebuah kedai buku terkenal di area rumahku (beli buku teks sendiri kerana anak2 bersekolah di sekolah swasta). Yang herannya semua buku teks yang dibeli (darjah 3 dan darjah 4)  siap ada print kat cover belakang skim pinjaman buku teks dan "Buku ini tidak boleh dijual". Satu daripada buku yang dibeli siapa ada cop sekolah! (Tapi saya dah pergi tukarkan semula.)

Awat jadi lagu ni no???
Ok, itu saja coretanku untuk kali ini. 
Sekian, wassalam!

Sunday 22 December 2013

3 novel?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sesi book review untuk hari ini : masih mode Novel 

3 novel terbaru yang menjadi milikku ialah:

Menarik dan ceria betul ilustrasi dan warna untuk 'cover' novel sekarang kan!

________________________________ 

Novel 1 : Jah & Od_Soulmate SELAMANYA

Sinopsis:

Hud Nuqman, atau Od, memang rapat dengan Khadeeja, atau Jah, jiran sekampungnya sejak kanak-kanak. Rapat... hingga orang selalu salah sangka hubungan mereka. Rapat... sampai mereka pun tak tahu bezakan antara sayang sesama sahabat dengan cinta sesama tersayang.

* * *

"Jah?"
"Tapi kau nampak sepadan dengan dia."
"Isy, tak adalah. Jah tu luar dalam aku kenal. Dah macam saudara sendiri."
"Tu dia! Luar dalam kau kenal."
"Ke situ pula."
"Haaa... dah kenal luar dalam lagilah senang. Tak perlu ambil masa nak kenal-kenal."

* * *

Tapi Od ada Julie, model, pelakon dan pengkritik filem sambilan yang serba-serbi menawan, dan Jah pula bertunang dengan Ikmal sepupu Od, seorang jurutera petroleum yang cukup semua syarat untuk jadi suami mithali.

* * *

Tapi Ikmal, jangan kahwin dengan Jah!

Kata Od:
“Jah tu, masa kecil comot. Hari-hari main selut kat bendang. Habis kakinya ‘berbintang-bintang’. Entah-entah, sekarang pun masih ada.”
Jawab Ikmal:
“Tak apa, sekarang ada banyak produk yang boleh hilangkan parut.”

Kata Od:
“Jah tu kasar orangnya, mana tahu bersopan-santun.”
Bantah Imal:
“Aku perhatikan elok aje dia. Bersopan dan tertib.”

Kata Od:
“Dia pernah paksa aku makan nasi goreng dia. Perghhh! Seminggu lidah aku kebas. Bibir ni rasa tebal, pijar nak meletup. Entah berapa kilo cabai burung dia bubuh.”
Balas Ikmal:
Err... sekarang mesti dia dah pandai masak.”

Tapi aku suka Jah lebih daripada kau suka, kata Od dalam hati.

_________________________________________________ 

Novel 2 : Busana Nana

Sinopsis:

Lubna atau Nana, gadis itu tidak pernah tahu menjahit pun sebelum ini. Kalau ada pun hanya pengalaman menjahit sarung kusyen yang senget-menget waktu di sekolah dulu. Di kedai sepupunya, Zatil itulah dia belajar dan belajar menjahit baju.
Di situ, Nana kenal dengan AMD singkatan kepada Anak Mak Datin yang diberikan oleh Huda, kawan baiknya. Huda pernah mengusiknya dengan Si AMD itu, namun jawapannya...

“Tak nak aku orang kaya. Nanti aku jugak yang susah.”
“Lorh... apa yang susah? Cuci kaki je. Semua benda dah siap.”
“Bukan masalah tu.”
“Dah tu?”
“Anak orang kaya ni, cara hidup dia orang pelik.”

Dari situ juga Nana mencantum cebis-cebis impian bersama insan tersayang. Berjayakah dia menggapai impian saat diri teruji hingga dia rebah? Ketika itu dia sedar, kebergantungan hidup itu hanya layak untuk Allah. Bukan pada manusia.

________________________________ 


Novel 3 : Rembat

Sinopsis:

“Alang nak sertai pasukan bola sepak Legenda. Nak kejar cita-cita Alang.”      


Hanif boleh meneruskan impiannya menjadi pemain bola sepak profesional, tapi dengan satu syarat. Dia haruslah menamatkan 30 juzuk al-Quran dan menjadi seorang hafiz. Itu janji dia pada ayahnya.
Dan, bermulalah kisahnya sebagai seorang pemain bola.

Saya ingin memiliki hati awak bukan sekadar sebagai teman, malah sebagai puteri nurani.

Dalam pada masa yang sama, Diana, sahabat penjejak impiannya menagih cinta. Jika jawapannya ‘ya’, kirimkanlah poskad Taj Mahal. Jika hubungan mereka dianggap sebagai teman sahaja, maka kirimkan saja poskad Gua Thur.
Dan, Hanif telah mengirimkan poskad yang kedua kepada Diana. Cita-cita lebih penting daripada cinta. Kalau berjodoh, mungkin cinta ini akan terikat juga.

Masih adakah ruang untuk saya memetik kuntuman cinta yang pernah mekar di hati awak dahulu?

Setelah lima tahun, Hanif kembali semula mencari cinta dalam hati Diana. Dia mahu mengikat tali perkahwinan yang sah bersama gadis itu. Namun, selain Hanif, ada Umar yang bersungguh-sungguh meraih cinta Diana.

Dan, Diana harus mengakui kini dia keliru untuk memilih siapa. Hanif, jejaka yang pernah menolak cintanya. Ataupun Umar, pemuda yang bersusah payah memburu cinta. Kedua-duanya memiliki kelebihan untuk menjadi bakal suami yang soleh.

____________________________ 
Jom kita baca !
Sekian , wassalam!

Saturday 21 December 2013

Portfolio 2014!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semoga semua teman berada dalam keadaan sihat dan ceria sentiasa.

Pada 20 & 21 hb disember 2013, bermulalah Mesyuarat Guru 1/2014 (merangkumi mesyuarat unit Kurikulum, HEM, Kokurikulum & Kelab Guru dan Staf Sokongan) untuk sekolahku. Cuti sudah habis...welcome back to school everybody!

Kalendar 2014 from MPH

Banyak hasil dapatan sepanjang mesyuarat 2 hari ini..agenda lebih kurang sama, merangkumi persediaan guru untuk sesi persekolahan tahun depan (2014), peringatan tentang dasar2 kerajaan, tugas utama guru dan perancangan serta pembahagian tugas untuk tahun baru serta pembentangan takwim  (aktiviti setahun) 2014. Jadual waktu mengajar untuk setiap guru pun sudah diperolehi.

'Kitab' penting untuk seorang guru hehe Buku Rekod Mengajar (BRM) dan Buku Panduan Pengurusan Sekolah tahun semasa ( merangkumi semua tugas2 guru, takwim dan dasar2 kerajaan )
Ini pula sedikit penambahan untuk etika berpakaian guru wanita. Bermula 2014, guru wanita dibenarkan memakai three-piece suit pants @ two-piece suits pants ke sekolah.
(Kalau i pakai cenggini ke sekolah, agak2 all my chemistry students boleh dapat A+ tak hehehe?)

Bilik guru juga sudah berwajah baru dan ceria dengan pemasangan curtain blind. Wah...ni yang semangat makin berkobar2 nak bekerja mendidik anak bangsa!


Secara jujurnya memang rasa teruja dan bersemangat untuk kembali semula ke sekolah. Walaupun banyak tugasan menanti (berat mata memandang, berat lagi bahu memikul), kerjasama dan sokongan daripada rakan sejawat yang sangat 'sporting', 'sekepala', ceria, dan ikhlas sentiasa memudahkan semua perkara. Tak gitu kawan2? hehe Apa yang penting...KERJASAMA! 

Moga kita semua menjadi cikgu yang berkesan dan mempunyai integriti serta terhindar dari perasaan dengki khianat, cemburu, buruk sangka dan penting diri.

Portfolioku tahun 2014:

Guru subjek Kimia (F4 & F5 -4 kelas)
Guru subjek Biologi (F5-2 kelas)
Penyelaras tingkatan 5
Setiausaha HEM (Hal Ehwal Murid)
AJK Kelab Guru
AJK Disiplin
Guru penasihat PBSM, Kelab Sivik & Bola Baling
Penyelaras subjek Kimia
Penyelaras Makmal Kimia
Tahun 2014 (Nov & dec ) giliranku menjadi Pengawas SPM

****************
*Portfolio setiap guru pun memang banyak hehe dan sepanjang tahun nanti masih akan ada penambahan tugas.

p/s: kepada teman sejawat yang juga mendapat portfolio baru untuk tahun ini...all the best and jom kita buat dan beri yang terbaik!

our client?

A STUDENT!
(A student is an essential part of our job, not an outsider)

Sekian, wassalam!

Thursday 19 December 2013

10 Tips mudah penjagaan anak ala2 caraku!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari yang indah untuk berkongsi sedikit info yang mungkin boleh memberi manfaat pada semua. Mungkin para ibu bapa diluar sana sudah sedia tahu dan amalkan semua yang baru saya nak kongsi ni. Bagus!
Hari ni nak kongsi sedikit tips berdasarkan pengalaman sendiri sebagai ibu ~ tips penjagaan anak-anak.

Didikan awal anak2 bermula dari dalam kandungan ibunya lagi. Ibu memainkan peranan penting semasa mengandung. Bapa juga perlu memberi sokongan kepada ibu. Ibu mesti sentiasa positif (jasmani, emosi, rohani dan intelektual) sepanjang kehamilan, banyak membaca al-quran, mengambil pemakanan sunnah yang berkhasiat dan boleh juga selalu bercakap dan merangsang bayi anda yang berada di dalam kandungan.

Bila bayi dilahirkan~ susu ibu adalah pilihan terbaik untuk mereka!

Tips 1:

Sepanjang saya bergelar ibu kepada 3 orang putera ini, saya tidak pernah memberikan anak2 alat penenang seperti puting kosong.  Banyak keburukan penggunaan puting kosong~ satu daripadanya ialah SIDS ( Sudden Infant Death). Anda boleh google untuk maklumat lanjut.

gambar ihsan google

Tips 2:

Satu lagi dont's ialah saya tak pernah gunakan buaian untuk tidurkan anak2. Saya juga mencari tempat asuhan kanak2 yang tidak menggunakan buaian untuk menidurkan bayi.

gambar ihsan google

Tips 3:

Saya juga tidak memakaikan bedak kepada bayi (especially bayi umur bawah setahun). Bayi sudah memiliki bau semulajadi yang harum dan lembut. Cuma pastikan mereka dimandikan, sentiasa bersih, lampin kerap ditukar supaya mereka sentiasa kering dan untuk elak ruam, dan pilih pakaian untuk anak2 dan kelengkapan tidur yang diperbuat daripada kain kapas (100%) supaya kulit dapat bernafas dan membuat anak2 selesa.

Tips 4:

Elakkan daripada mencubit pipi gebu anak2 anda!

gambar putera sulungku semasa berumur setahun lebih

Tips 5:

Dedahkan anak2 dengan alat permainan serta simulasi yang merangsang minda mereka seawal yang mungkin. Saya sentiasa berpegang pada kata2 ini: " Education start before birth!"
gambar ihsan google


Tips 6:

Sediakan satu digital thermometer di rumah untuk tindakan segera mengesan suhu badan jika anak2 anda demam. 

gambar ihsan google


Tips 7:

Jangan sesekali memanjakan anak2 sehingga anda bercakap pelat dengan mereka. Komunikasi secara pelat akan menyebabkan konflik dalam diri anak2 dan menyebabkan mereka membesar dengan bercakap pelat dan akan memalukan mereka serta diejek oleh orang sekeliling.

Tips 8:

Sentiasa menggunakan pendekatan memujuk, sentuhan dan pelukan dengan anak2. Jangan sesekali memarahi anak2 di depan orang ramai kerana itu akan menjatuhkan maruah diri dan air muka mereka.

gambar ihsan google


Tips 9:

Kanak2 boleh diberikan supplemen seperti vitamin C dan multivitamin especially jika mereka tidak suka memakan buah dan sayuran.

Tips 10:

Doa. 
Berdoalah sepanjang masa agar anak2 sentiasa dilindungi dari sebarang kecederaan sama ada di rumah atau kecuaian manusia di tempat asuhan (untuk ibu yang berkerja sepertiku). Doa adalah senjata utama seorang Muslimkan.

^
^
^

Ini antara perkara yang saya amalkan selama ini (kalau nak tulis semua..panjang sangat pula hehe maybe entry akan datang).  Mungkin mommies diluar sana yang lebih banyak pengalaman dan pengetahuan boleh tambah lagi senarai di atas ni ya.
Sekian, wassalam!