Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari yang indah untuk berkongsi sedikit info yang mungkin boleh memberi manfaat pada semua. Mungkin para ibu bapa diluar sana sudah sedia tahu dan amalkan semua yang baru saya nak kongsi ni. Bagus!
Hari ni nak kongsi sedikit tips berdasarkan pengalaman sendiri sebagai ibu ~ tips penjagaan anak-anak.
Didikan awal anak2 bermula dari dalam kandungan ibunya lagi. Ibu memainkan peranan penting semasa mengandung. Bapa juga perlu memberi sokongan kepada ibu. Ibu mesti sentiasa positif (jasmani, emosi, rohani dan intelektual) sepanjang kehamilan, banyak membaca al-quran, mengambil pemakanan sunnah yang berkhasiat dan boleh juga selalu bercakap dan merangsang bayi anda yang berada di dalam kandungan.
Bila bayi dilahirkan~ susu ibu adalah pilihan terbaik untuk mereka!
Tips 1:
Sepanjang saya bergelar ibu kepada 3 orang putera ini, saya tidak pernah memberikan anak2 alat penenang seperti puting kosong. Banyak keburukan penggunaan puting kosong~ satu daripadanya ialah SIDS ( Sudden Infant Death). Anda boleh google untuk maklumat lanjut.
gambar ihsan google |
Tips 2:
Satu lagi dont's ialah saya tak pernah gunakan buaian untuk tidurkan anak2. Saya juga mencari tempat asuhan kanak2 yang tidak menggunakan buaian untuk menidurkan bayi.
gambar ihsan google |
Tips 3:
Saya juga tidak memakaikan bedak kepada bayi (especially bayi umur bawah setahun). Bayi sudah memiliki bau semulajadi yang harum dan lembut. Cuma pastikan mereka dimandikan, sentiasa bersih, lampin kerap ditukar supaya mereka sentiasa kering dan untuk elak ruam, dan pilih pakaian untuk anak2 dan kelengkapan tidur yang diperbuat daripada kain kapas (100%) supaya kulit dapat bernafas dan membuat anak2 selesa.
Tips 4:
Elakkan daripada mencubit pipi gebu anak2 anda!
![]() |
gambar putera sulungku semasa berumur setahun lebih |
Tips 5:
Dedahkan anak2 dengan alat permainan serta simulasi yang merangsang minda mereka seawal yang mungkin. Saya sentiasa berpegang pada kata2 ini: " Education start before birth!"
gambar ihsan google
Tips 6:
Sediakan satu digital thermometer di rumah untuk tindakan segera mengesan suhu badan jika anak2 anda demam.
gambar ihsan google
Tips 7:
Jangan sesekali memanjakan anak2 sehingga anda bercakap pelat dengan mereka. Komunikasi secara pelat akan menyebabkan konflik dalam diri anak2 dan menyebabkan mereka membesar dengan bercakap pelat dan akan memalukan mereka serta diejek oleh orang sekeliling.
Tips 8:
Sentiasa menggunakan pendekatan memujuk, sentuhan dan pelukan dengan anak2. Jangan sesekali memarahi anak2 di depan orang ramai kerana itu akan menjatuhkan maruah diri dan air muka mereka.
gambar ihsan google
Tips 9:
Kanak2 boleh diberikan supplemen seperti vitamin C dan multivitamin especially jika mereka tidak suka memakan buah dan sayuran.
Tips 10:
Doa.
Berdoalah sepanjang masa agar anak2 sentiasa dilindungi dari sebarang kecederaan sama ada di rumah atau kecuaian manusia di tempat asuhan (untuk ibu yang berkerja sepertiku). Doa adalah senjata utama seorang Muslimkan.
^
^
^
Ini antara perkara yang saya amalkan selama ini (kalau nak tulis semua..panjang sangat pula hehe maybe entry akan datang). Mungkin mommies diluar sana yang lebih banyak pengalaman dan pengetahuan boleh tambah lagi senarai di atas ni ya.
Sekian, wassalam!