Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebenarnya baru teringat tentang 2 perkara yang berlaku di sekitar kawasan kediamanku yang kurasa agak menarik untuk dikongsi. Perkara pertama...saya baru juga first time ternampak iaitu kedai gunting rambut bergerak dan perkara kedua ialah perkhidmatan dobi door to door.
Kedai gunting rambut bergerak tu di dalam sebuah anak lori (lori kecil hehe). Lebih kurang macam gambar di bawah. Hari tu masa terserempak, saya tengah drive so tak sempat nak snap picture. Lori ni park di luar pagar kondominium kami.
![]() |
gambar ihsan google |
Menarik kan??!! Hehe tapi saya tak pasti berapa bayaran yang dikenakan tapi memang tak dinafikan idea ni kreatif dan inovatif. Tak perlu sewa2 unit kedai dan sebagainya. Yang penting dapat mencari rezeki yang halal.
Perkara kedua pula ialah perkhidmatan dobi door to door. Saya selalu dapat flyers tentang perkhidmatan ni. Ada je flyer ni dalam pigeon hole . Sekiranya ingin menghantar baju ke dobi, anda boleh call or sms sahaja nombor tertera pada flyers tersebut dan mereka akan datang ambil pakaian anda di muka pintu rumah anda. Pakaian yang dah bersih itu juga akan di hantar kembali kepada anda . So tak perlu susah2kan diri la senang cerita hehe. Macam2 kan cara orang berniaga. Semuanya kreatif dan ada usaha untuk maju dan bersaing. (Tapi setakat ini saya belum pernah lagi menggunakan service dobi door to door ni).
![]() |
gambar ihsan google |
Itu sahaja coretan untuk kali ini. Sehingga ketemu lagi. Wassalam