Alhamdulillah

Thursday 29 May 2014

Besday Haikal

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 26 Mei 2014 (Isnin) yang lalu genaplah usia anak sulungku 10 tahun. Selamat hari lahir, Haikal! Mama dan papa sayang sangat Haikal. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, insan yang berguna pada keluarga, bangsa, agama dan negara serta cemerlang dunia dan akhirat. Semoga Haikal sihat dan ceria selalu .

Kek besday Haikal..Haikal request kek bertemakan bola sepak sebab dia memang minat bola hehe. Kek ni memang sedap...salted caramel choc cake! Thanks to Yuyu!

Haikal raikan harijadi secara sederhana di sekolah bersama rakan2 sekelas dan guru2 yang mengajarnya
Haikal raikan harijadi secara sederhana di sekolah bersama rakan2 sekelas dan guru2 yang mengajarnya (makan kek, bihun goreng dan air kotak milo)

gambar ihsan google



Sekian, wassalam!

Wednesday 28 May 2014

Kuning yang happening!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berakhir sudah sambutan hari guru peringkat sekolah kami. Majlis berlangsung dengan begitu meriah sekali dengan berkonsepkan kuning diraja dan sedikit campuran warna hitam dan putih.
Alhamdulillah!


Sempat gak 'selfie' dalam dok beratur nak photoshoot guru hihi

Majlis bermula seawal 7.15 pg. sesi pertama ialah sesi photoshoot guru2 untuk majalah sekolah. Kemudian diikuti dengan 'games' dan perarakan masuk guru2 ke dewan  besar.

4 orang daripada barisan 'orang kuat' Kelab Guru 2014

Bersedia untuk menonton permainan yang disertai oleh para guru

Para guru yang mengambil bahagian sedang bersedia
Barisan guru yang 'sporting'

Game 'Magic Straw'
Habis game...guru berarak masuk ke Dewan Wangsa Bestari dengan penuh adat istiadat diraja (kononnya lah hehe).

Perarakan masuk diketuai oleh Puan Pengetua


Semua guru naik ke pentas untuk menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dan bacaan Ikrar Guru
Acara memotong pulut kuning menggunakan pedang


Ni puteri raja ke gundik istana ??? hahaha


Selepas acara memotong pulut kuning , Pengerusi Kelab Guru menyampaikan sejambak bunga kepada Puan Pengetua  bagi pihak semua guru dan seterusnya  semua guru turun dari pentas untuk memberi laluan kepada persembahan dari pelajar dan guru. Pelbagai persembahan menarik dan menghiburkan disediakan antaranya ialah drama, pertunjukan silap mata, tarian tradisional, tarian popping, Chinese Yoyo, nyanyian, band dan breakdance. Persembahan juga diselang selikan dengan pelbagai penyampaian Anugerah Guru sebagai tanda menghargai guru.

Pertunjukan silap mata dari pelajar yang sangat mengujakan
Nyanyian duet guru dan pelajar
Tarian popping
Chinese Yoyo


Alhamdulillah...saya mendapat 2 sijil penghargaan untuk peningkatan prestasi subjek Biologi dan Kimia SPM
(2 x naik stage terima sijil)

Sekali lagi naik stage untuk terima Anugerah Guru Paling Penyayang 2014
(sesi pagi)

Kali ke-4 naik stage (untuk hari ini), kali ni untuk terima Anugerah Best Dress.
Terima kasih!


hehe lawak muka pakai 'crown'

p/s: Sebenarnya semua guru adalah guru penyayang dan layak mendapat anugerah serta semua guru juga layak menang best dress kerana semua berpakaian cantik.

Ini pula salah satu sedutan adegan drama guru...memang gempak..siap bonceng motor masuk dalam dewan lagi hihi
Drama daripada guru..memang best!
Barisan guru yang sporting menjayakan drama + nyanyian yang sangat best
Pukul 12.30 , semua guru dijemput menjamu selera di kantin. Pebagai hidangan disediakan antaranya nasi tomato, sate, kambing golek dan  juga candy buffet,


Candy buffet

Candy buffet


Kambing golek





Antara hadiah berharga pemberian salah seorang muridku..terima kasih!





Guru2 bergambar bersama-sama Mikail Andre, salah seorang ex-students sekolah kami

Terima kasih juga kepada semua ex-students yang sudi hadir beramai-ramai untuk memeriahkan majlis hari guru sekolah kita. Maaf tahun ni cikgu tak sempat nak bergambar sakan dengan anak murid kerana sibuk ke sana ke sini menguruskan majlis hari guru. Almaklumlah tahun ni jadi AJK Kelab Guru..so memanglah agak sibuk daripada tahun sebelumnya.

Anyway..syukur semua sudah berakhir dengan jayanya.
Sekian, wassalam!

Tuesday 20 May 2014

Oh wanita!...Bila nafsu merajai diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sempena bulan Mei yang penuh dengan hari2 istimewa tetiba diri rasa terpanggil untuk mencoret sesuatu. Mentang2 bulan Mei ni ada Hari Ibu dan Hari Guru (yang berkait dengan diriku)..tetiba rasa ter'shopping' sangat extra dari kebiasaannya...fuiyo..ayat 'ter' yang tak tahan tu.

Kebetulan tema sambutan Hari Guru peringkat sekolahku tahun ini (yang bakal disambut pada 27 Mei nanti) ialah kuning diraja with a little bit white and black, terus macam2 la i ter'shopping' semata-mata untuk menepati tema itu hehe. Maklumlah nama sambut hari guru tapi sebenarnya macam cecikgu ni syok sendiri je huk huk..cikgu yang sendiri keluar duit (nak harap ada pihak sponsored...memang takde aa), susah payah anjur dan plan pelbagai aktiviti sendiri, cikgu sambut and cikgu wish sesama sendiri huhu. Kesian cikgu kan?! 

Baju dah tempah (belum siap)...kali ni aku hanya menempah sepasang baju kurung moden kain chiffon berwarna kuning. Memandangkan tahun ini aku merupakan salah seorang AJK Kelab Guru...so memang akan busy untuk menguruskan majlis itu nanti. So pilihan baju yang mudah untuk bergerak ke sana sini hehe (takde can aa ni nak menang best dress hehe).

Shawl pun dah ada hehe. Mula2 tempah 1 tetiba terbeli 1 satu lagi. Haisshhh...nak pakai mana satu ni hehe. Dua2 pun cantik bagiku.


Shawl ni di tempah dari seorang teman
Shawl ready-made koleksi dari Amra Collection

Kasut dan hand bag pun dah beli baru. Hand bag memang over la...bukan 1 ye...sampai 3 bijik i beli dalam bulan ni (2 biji beli bersama hubby..yang satu lagi beli tanpa pengetahuan dia huhu). Harap2 dia x baca entry ni hehe.





Sempat juga beli aksesori kerongsang hehe..kebetulan cari hadiah untuk seseorang, dan terus beli satu untuk diri sendiri.

Kerongsang dan Inspired Pandora. Loket bunga  tu tetiba beli sebab warna kuning. Aii selagi majlis ni belum berakhir memang dok nampak item warna kuning, putih dan hitam je.
Sempat juga beli Parfume dari Lancome dan blusher serta eye shadow dari The Body Shop. (Actually, masih ada beberapa botol parfume yang baru dibeli dan belum digunakan dalam koleksi peribadiku...oh no!).



p/s: Last minute, saya terpaksa cari baju lain kerana baju yang ditempah tailor ada tersilap jahit huhu.

So...saya beli ready-made dress di Lidya Couture KL, Busana@Menara MARA KL

Maaf ye teman2 andai entry ini memang tidak dapat memberi apa2 manfaat untuk anda. Memang bila di tengok semula rasa sangat tidak patut ber'shopping ' sakan begini.
In sha Allah, selepas ini akan lebih berhemah dalam berbelanja. (Jangan tiru macam saya!!)

p/s: Kebetulan encik hubby baru dapat bonus hehe.. tu yang sakan belanja anak2 dan 'wife'nya ni hihi. Lagipun sempena satu lagi hari istimewa kami yang akan disambut pada 31 mei nanti iaitu ulangtahun perkahwinan kami yang ke - 11.
 Tq, dear!

Sekian, wassalam!