Alhamdulillah

Sunday 26 January 2014

Jangan salah faham niatku!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

gambar ihsan google

Semua yang kita ingin lakukan mestilah dimulai dengan niat baik. Niatlah kerana Allah atas segala perkara dan urusan yang kita lakukan. 

gambar ihsan google

Jangan lupa...niat tidak menghalalkan cara! (Walaupun niat baik tapi disusuli perbuatan yang salah..juga tetap dipandang salah disisi Allah...yang haram tetap haram).

gambar ihsan google

Elakkan daripada sikap bermegah2, membazir dan bangga diri bila kita berbuat sesuatu kebaikan. Buka minda utuk mendengar pendapat orang lain sebelum membuat sebarang keputusan. Selalulah  'recheck' @ semak semula setiap niat, perkataan dan perbuatan kita setiap malam sebelum kita melelapkan mata. Minta maaf kepada sesama manusia dan minta ampunlah kepada Allah setiap masa kerana kita tidak pasti bila ajal kita.

gambar ihsan google

Sekian, wassalam!


Thursday 23 January 2014

Brain surgery vs B17 apricot seed?

Assalamualaikum dan salam sejahtera


 " Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan "


p/s : Rindu sangat pada blog ini dan kawan2 semua!

Lebih dahulu maaf dipinta kerana telah lama menyepi serta tidak sempat untuk ziarah ke blog teman2 juga.

Alkisahnya, minggu lepas kami telah melalui detik yang agak mencemaskan apabila ibu mertuaku (MIL) dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). So, kami telah pulang dengan segera ke kampung untuk melihat keadaannya. (Semua adik beradik suami balik kampung dengan segera  setelah mendapat berita tentang MIL)

Keadaan MIL semasa di ICU

Tentu ramai yang tertanya2 MIL sakit apa kan? Sebenarnya MIL baru sahaja di 'diagnose' menghidap "Meningioma Brain Tumors" .MIL telah menjalani ujian darah, CT scan dan MRI .  Selama ni MIL memang berada di KL cuma dia ingin pulang ke kampung sekejap (seminggu) sebelum rawatan kanser dimulakan. Tak sangka pula dalam masa beberapa hari dia pulang ke kampung terjadi pula perkara itu.

MIL berjaya melepasi detik kritikal dan ditempatkan di wad biasa


Neurosurgeon insists for operation/brain surgery as soon as possible. But memang ada risiko yang perlu dihadapi coz MIL dah 71 years old and have high blood pressure. So, my hubby dan adik beradiknya decides to go for alternative treatments to avoid modern cancer treatment (eg modern cancer treatment:chemotheraphy, radiotheraphy and surgery).

Google2 , depa jumpa tentang khasiat biji aprikot dan kesannya yang dapat menentang kanser. (Guys...i wil give you more details about B17 Apricot Seed Treatment later).
So..MIL will start first treatment on this coming Sunday (suntikan B17 dan ubat makan). Tolong doakan ye kawan2!

Senarai harga suntikan B17

Ini pula biji aprikot mentah dan khasiatnya

Boleh berhubung dengan En Rafee ni untuk tahu lebih lanjut tentang B17

Boleh juga berkunjung ke blognya atau ke officenya yang beralamat di Banting, Selangor

En Rafee ni adalah nutritionist dan pembekal produk B17. Ada doktor dan jururawat yang akan menjalankan prosedur rawatan nanti.

^
^
^
^
^


Danish sempat menemani papa ke kedai tayar untuk tukar tayar kereta baru kerana tayar kereta kami pecah semasa balik ke kampung hari tu.
Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga bertemu lagi. Wassalam!


Wednesday 15 January 2014

Kuih talam bermuka-muka

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni nak kongsi tentang kuih talam. Bukan resepi kuih talam tetapi pelbagai variasi kuih talam yang ada di jual di sebuah kedai ini. Kedai ini terletak di alamat:


 No.1 Jalan 5/23H, Kawasan Perindustrian Ringan Off Jalan Genting Klang, 53300 Setapak, Kuala Lumpur.
03-4149 4008


Inilah kedainya~ Seri Talam Zaiton

Menu pelbagai jenis kuih-muih




Kuih lapis (kiri) dan kuih lapis kacang merah (kanan).
RM0.70 sepotong. Sedulang RM32

Seri muka (kiri), talam gula merah (tengah) dan koleh kacang(kanan)
Ini pula kuih lapis kacang merah untuk acara makan2 dengan kawan2 sekerja

Kepada sesiapa yang berminat, boleh la mencubanya. Kedai ini juga menerima tempahan.

Sekian, wassalam!

Tuesday 14 January 2014

Penulisan novel..klise dan stereotaip!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semoga teman2 sentiasa berada dalam perlindungan-Nya

gambar ihsan google

Hari ni saya terpanggil untuk membincangkan satu topik iaitu tentang penulisan novel. Walaupun saya bukan orang yang arif tentang bidang penulisan ni tapi sebagai pencinta ilmu dan seorang 'book-a-holics' (dan juga 'shopaholics' hehe), mungkin saya ada hak  untuk memberi sedikit pendapat. Sebelum itu ingin saya tegaskan disini, saya membaca semua genre buku( biografi, ilmiah, novel dll). 

Hari ini saya nak luahkan sedikit rasa tak puas hati dengan gaya penulisan novel (tidak ditujukan kepada semua penulis, ini hanya berpandukan novel2 yang telah ku baca selama ini). Saya rasa cukup tidak gemar bila penulis mengangkat watak utama (hero dan heroin) mesti lawa dan hensem gilerrr, romantik, kaya raya, berpangkat, kerabat diraja, status multimillionaire, bekerja di syarikat multinasional, rumah besar, kereta hebat, pakai item berjenama, makan di tempat high class and bla...bla...bla..Aduss! Rasa sangat  jauh dengan kita, x realistik dan tertanya2 adakah manusia yang sempurna begitu? (memang ada tapi hanya segelintir).Hanya watak2  yang macam itukah yang 'laku' ceritanya dan sentiasa bahagia? Kalau hanya satu dua novel je yang begitu masih boleh diterima tapi kalau dah banyak sangat lambakan novel begitu...emmm. Pembaca pun terbuai-buai perasaannya tapi still dapat rasakan perbezaan kisah dalam novel dan kehidupan sebenar. Macam kita menonton cerita hindustan kan. Sangat tipikal ! KLISE! Stereotaip!

Why not penulis mengangkat kisah masyarakat dan watak2 yang lebih realistik dan dekat dengan kehidupan kita dan menyelitkan lebih banyak informasi berguna dalam format penceritaan yang santai.

gambar ihsan google

Ini sedikit luahan rasa dari seorang ulat buku.


gambar ihsan google

Namun begitu masih ramai penulis yang bagus, buat 'homework' dan 'research' sebelum mula menulis serta menghasilkan karya2 yang hebat yang memberi ilmu berguna kepada yang membaca. Tahniah buat mereka!

gambar ihsan google

Sekian, wassalam!




p/s:entry ini adalah hasil coretan dari penulis blog picisan yang masih serba kekurangan dan perlu banyak lagi belajar.