Alhamdulillah

Showing posts with label wedding Asyghar. Show all posts
Showing posts with label wedding Asyghar. Show all posts

Sunday, 1 September 2013

Penat makan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semoga teman2 semua berada dalam keadaan tenang dan sihat serta ceria sentiasa. Nampaknya, 'weekend' ni mungkin ' weekend' terakhir untuk acara memenuhi jemputan makan2 'open house' dan kenduri kendara. Maklumlah, bulan Syawal sudah sampai ke penghujungnya. Terima kasih kepada yang sudi menjemput kami sekeluarga ke rumah terbuka/kenduri mereka. Kami juga memohon jutaan maaf kepada teman2 yang kami tak dapat hadir memenuhi undangan mereka atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Maaf sangat tau! Jangan serik jemput kami lagi tau hehe.

Hari sabtu, kami sekeluarga sempat hadir ke 2 'open house'. Satu di Cheras (kawan suami) dan satu lagi di Bandar Baru Bangi (teman baikku sejak sekolah menengah). Pada hari yang sama, kami tak sempat memenuhi 3 lagi undangan 'open- house' kerana masa jemputan yang sama (1-4 ptg) dan lokasi berbeza. Almaklumlah di KL ni, keadaan trafik memang sana sini jem huhu. Maaf ye Kak Ros, Kak Sariza dan Kak Wan!

open house di Cheras
open house di Cheras
open house di Cheras

Sempat pulak kami singgah kat Cheras Leisure Mall  tu hehe.




Pesta Tanglung

Ini pula gambarku dengan teman baikku, Anizan (Bangi)
p/s: sedap sangat nasi dagang yang Che masak tu plus kuzi roti jala Jea pun memang best gileerrr! Kira berjaya la tu untuk 'first attempt ' hehe.


Ahad (1 september 2013)

Sempat menghadiri kenduri kahwin bekas anak muridku, Nadjmi dan pasangannya.
Semoga berbahagia hingga akhir hayat dan diberkati selalu. Amin!
Pasangan pengantin  muda :sama cantik, sama padan!

ole-ole (ada muffin coklat dalam cute box ni)
" Tak dapat bayangkan perasaanku nanti sebagai ibu apabila nak melepaskan anak2 teruna kesayanganku (Haikal, Danial & Danish) apabila tiba masanya mereka akan berumahtangga huhu. Moga ketiga2  puteraku menjadi insan yang soleh dan dipertemukan jodoh dengan wanita yang solehah. Amin!"

Selepas kenduri, kami menuju ke 'open- house' teman sekerjaku (Shila) pula di AU2. Nasib baik area dekat2 sini je hehe.


Sekian coretan hujung minggu ku. Jumpa lagi next entry.
 Wassalam.