Alhamdulillah

Showing posts with label jerebu. Show all posts
Showing posts with label jerebu. Show all posts

Monday, 24 June 2013

Kain pelikat & kain songket moden

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Jerebu masih meng'kelabu'kan alam (adui rosak bahasaku). So, semua sekolah di KL dan Selangor pun turut bercuti pada hari ini. 

pesanan dari Mr Nuffnang

Beralih daripada isu jerebu, just nak 'share' tentang hari tu ada beli kain pelikat untuk anak-anak terunaku. Senang untuk mereka bersolat. Cap Ayam Serama Junior hehe. Brand tu je yang ada kat kedai tu. Cantik dan lembut je kain dia.



Nak tanya ada tak sesiapa kat sini mengalami masalah keguguran rambut? Ada tips nak share? Kalau ada, jangan lupa tinggalkan tips anda ya.



Hari tu kat Jusco ada satu "Arts & Crafts fair 2013" (14-26 May). Ada pelbagai item menarik dipamerkan dan dijual di situ.


Jam tawaf ~ jam ni berpusing arah bertentangan dengan jam yang kita guna sekarang.
Menarik rahsianya!
Jam tawaf ~Seleksi jam tangan dan jam dinding. Setiap satu berharga RM90
Tanamera Tropical Spa
Produk spa yang dijual untuk spa sendiri @ home. Siapa pernah guna produk ini?
Ini pula kain songket moden...cantik dan lembut serta tidak keras dan tebal seperti songket biasa. Ini dari I'naz Collections. Sepasang 5 meter. Cantik tak? hehe
Dok ralit tengok orang hias donut
Ini pulak permainan Circus Bungee (ni kat Wangsa Walk)


Hehe disebabkan jerebu jadi tak boleh keluar dari rumah, so entry nipun hanya imbas kembali cerita weekend2 lalu hehe. Namun semalam kami sekeluarga sempat juga pergi menonton cerita "Monsters University" di TGV Cinema Wangsa Walk. Best!


Sekian, wassalam!

Sunday, 23 June 2013

Supermoon tonite!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Keadaan jerebu makin teruk di KL nih....! Kepala pun terasa sakit kerana menghirup udara tercemar. Semoga keadaan akan menjadi semakin baik. Sebelum tu dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah, banyakkan minum air masak, tutup semua pintu dan tingkap rumah, memakai 'mask' dan berdoalah pada Allah agar bencana ini akan segera hilang.

Sebelum terlupa, pernah dengar tentang fenomena Supermoon? Supermoon  adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi (perigee).Keadaan itu berlaku apabila kedudukan bulan paling dekat dengan Bumi pada jarak 357,000 kilometer.
Posisi tersebut adalah 24,600 kilometer lebih dekat daripada purata jarak Bumi dengan bulan. Fenomena ini berlaku setiap 350 tahun sekali.

fenomena supermoon dijangka akan berlaku malam ini !
gambar ihsan google

Sekian, Wassalam. Jumpa lagi next entry ya!

Saturday, 22 June 2013

Bersukan dalam jerebu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berakhir sudah Kejohanan Olahraga Kali ke 17 sekolah kami. Alhamdulillah.! Namun sukan sekolah tahun ini kurang meriah (sedikit) kerana masalah jerebu . Kejohanan Olahraga tahun ini dirasmikan oleh YDP PIBG. 

Berikut adalah gambar2 sepanjang majlis berlangsung (hehe kebetulan diberi amanat memegang portfolio AJK Fotografi dan Dokumentasi).

Perbarisan masuk kontinjen Rumah Emerald
Perbarisan masuk kontinjen Rumah Amethyst
Perbarisan masuk kontinjen Rumah Sapphire
Perbarisan masuk kontinjen Rumah Topaz

Perbarisan seterusnya dari Pasukan Unit Beruniform. Berikut di muat naik  sebahagian gambar.

PKBM (L)
Ranjer Puteri
Puteri Islam
PBSM

Membaca Ikrar Kejohanan
Pelajar 5 Teknikal terlibat sebagai team gimik perasmian
Gimik perasmian...menyalakan lilin belon udara panas

Hurray..!
4 belon udara panas mewakili 4 rumah sukan yang bertanding dilepaskan ke udara
up ...up...and away!
Belon kuning tak nak naik...ada masalah teknikal hehe


Ex-students pun ramai yang sudi datang memeriahkan temasya sukan walaupun  keadaan berjerebu. TQVM!
Pelajar membuka gerai jualan
MEOW...!MEOW...!
Adat bertanding...ada yang menang dan kalah.
Yang menang merendah diri, yang kalah usaha lagi
Acara terakhir..acara ibu bapa dan guru...Berjalan menggunakan tempurung kelapa berganti-ganti.
1 pasukan terdiri daripada 4 orang peserta hehe
Acara kemuncak...Tarik Tali

Berakhirlah sudah semua acara yang dipertandingkan pada hari ini ( tak larat nak upload semua pic hehe banyak sangat). Kepada pasukan yang menang ..TAHNIAH! dan pasukan yang kalah....jangan bersedih...usaha lagi pada tahun hadapan.

Sekian, Wassalam!