Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lama sungguh tak menulis sesuatu disini. Sibuk dengan pelbagai tugasan harian. Tugasan yang tak akan berkesudahan selagi hayat masih dikandung badan.
gambar ihsan google |
Hari ini nak utarakan satu pandangan tentang kisah hidup berumahtangga. Setiap insan mengimpikan kesejahteraan hidup berumahtangga bersama-sama pasangan yang dapat membahagiakan mereka. Mendapat zuriat yang soleh dan solehah adalah dambaan semua pasangan yang bergelar ibu bapa.Betul tak?
gambar ihsan google |
Sayangnya banyak kepincangan yang berlaku yang merosakkan kenikmatan dan kebahagiaan hidup berumahtangga. Ada isu yang disebabkan oleh si suami, si isteri, kehadiran orang ketiga dan campurtangan keluarga. Pelbagai masalah inilah yang menjadi punca utama perceraian bagi pasangan yang berkahwin. Anak2 yang tak berdosa menjadi mangsa!
gambar ihsan google |
gambar ihsan google |
Hidup berumahtangga adalah satu tanggungjawab dan amanah serta memerlukan kerjasama dari kedua2 belah pihak ( suami dan isteri). Setiap pasangan perlu saling mempercayai, setia, bertanggungjawab, memahami, serta saling memberi dan menerima. Terima kelebihan dan kekurangan pasangan masing2 seadanya. Paling penting, rumahtangga mesti dibina dengan niat kerana Allah dan mendapat restu keluarga.
Suami digalakkan membantu isteri melakukan kerja2 rumah. Tidak boleh bebankan isteri seorang kerana majoriti isteri juga berkerja untuk membantu mengukuhkan pendapatan keluarga.(Suami jangan rasa malu untuk membantu isteri buat kerja rumah. Ramai yang takut dilabelkan 'takut bini'). Saling membantu akan mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang. Rendahkan egomu!
gambar ihsan google |
Biarlah apa orang lain nak kata..janji anda ikhlas menyayangi isteri anda. Apalah sangat susahnya nak bantu isteri di rumah tu jika nak dibandingkan pengorbanan seorang isteri melahirkan zuriatmu ke dunia.
gambar ihsan google |
Bina rumahtangga dengan menjadikan Rasulullah sebagai idola. Urus kewangan dengan baik serta bebas hutang.
gambar ihsan google |
Elakkan campur tangan orang lain dalam hal ehwal keluarga anda. Usah bercerita rahsia hidup berumah tangga kepada orang lain untuk mengelakkan anda mendedahkan aib diri dan pasangan anda (ramai yang suka bergossip, mengumpat dan menjaja kisah keburukan orang lain). Selesaikan masalah bersama2 dengan komunikasi berkesan dan telus.
![]() |
gambar ihsan google |
Kawan2 tentu lebih banyak pengalaman dan pengetahuan yang boleh dikongsi bersama kan. Moga dengan sedikit perkongsian ni...dapat memberi kebaikan kepada kita semua. Wassalam!