Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni nak berkongsi sedikit cerita tentang sakit bahu yang kualami sejak seminggu ni...Sakit sangat sebelah bahu kanan. 'Actually' sakit macam ni pernah terjadi dulu , hilang and datang balik. On Off gitu. Dah jumpa doktor dan kenal pasti puncanya.
Puncanya? Oh, saya dah tau...my handbag! Suka sangat bawak handbag besar n berat oo. Macam mana tak berat, semua benda ada dalam handbag. Semua pun rasa penting dan perlu di bawa hehe. Parah2! Makin besar handbag anda, makin cenderung anda menyumbat pelbagai jenis harta benda didalamnyakan. At least mesti ada purse, smartphones, tisu, compact powder dan lip gloss serta miniature parfume favouritekan. Dan sebagai cikgu macam saya yang wajib juga ada dalam handbag ialah pen hitam dan merah, marker pen, jadual waktu, buku nota kecil , broadband or tablet untuk dapat info segera untuk PDP or masuk data 'online' (now memang semua online: markah, data pelajar dll), pendrive dan bla...bla...bla...huhu mau tak senget bahu kanan. Patutla sakit belah kanan coz saya memang sangkut handbag itu disebelah kanan.
Apa-apapun memang banyak punca sakit di bahagian bahu ini. Pemakaian bra yang salah ( saiz yang salah seperti terlalu ketat) juga boleh menyebabkan kecederaan dan kesakitan pada otot bahagian bahu dan leher. Sila dapatkan nasihat doktor untuk mengenalpasti punca penyakit anda serta kaedah rawatan yang sesuai serta perkara yang perlu dielakkan. Jangan ambil mudah tentang kesihatan kerana itu anugerah yang perlu dihargai dan di nikmati.
So...for me, kena try kosongkan handbag dulu la pas ni n tengok camna resultnya! Apa kata doktor-doktor di luar sana? Boleh bagi pendapat anda? hehe
Tata!