Alhamdulillah

Showing posts with label Presint 1. Show all posts
Showing posts with label Presint 1. Show all posts

Wednesday, 16 October 2013

Raya Haji di perantauan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nampaknya hari ini majoriti umat Islam telah kembali bertugas seperti biasa setelah bercuti sehari untuk menyambut Hari Raya Aidiladha. Tahun ini kami hanya menyambut raya secara sangat sederhana di perantauan (KL) kerana cuti yang singkat. Memang terlalu banyak beza antara beraya di kampung dan di KL ni. Memang tak semeriah di kampung halaman sendiri. Rindunya!!

Juadah dipagi raya juga amat simple...mee goreng, nasi himpit dan kuah kacang serta ketupat daun palas dan rendang daging. Selepas solat raya, kami hanya bersantai2 .Pukul 11.30pg baru kami keluar bertolak ke Putrajaya untuk beraya bersama adik-beradik suami yang juga tidak pulang beraya tahun ini. Lokasi pertemuan ialah Putrajaya Seafood, Taman Botani, Presint 1, Putrajaya. 2 buah meja bulat telah di'reserved' untuk kami 4 keluarga makan tengahari bersama-sama.





memang bagus layanannya...siap 'shark fin soup' tupun di tuangkan dalam mangkuk setiap orang

sotong goreng pedas
mix vegetables
lemon chicken
shark fin soup
ikan 3 rasa
bergambar kenangan sebelum balik (little Danish tiada dalam gambar sebab seronok dok berlari2)
pasangan uda dan dara (haha nak interframe jugak)


Anyway...selamat hari raya aidil adha untuk semua dari kami sekeluarga. Maaf atas segala salah silap (perkataan dan perbuatan).

p/s: Terima kasih kepada Iwan & Fiza coz belanja makan tengahari di Hari Raya Aidiladha ini. Hehe.

Sekian, wassalam!