Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni nak sambung lagi coretan pengembaraan kami...masih di Universal Studios Singpore (USS). Jalan-jalan cuti sekolah (JJCS Part 5).
Harap masih ada yang setia membaca coretanku ini hehe. Bukan apa, memang nak letak kat blog untuk kenangan diri sendiri juga.
Selepas bergambar dengan akak glamer Marilyn Monroe ( sedutan JJCS Part 4 ), kami masuk pula ke Spaghetti Space Chase.
naik space ride |
A fun journey ..begin! |
Selepas keluar dari situ, kami singgah ke kedai cenderahati Sesame Streets. Tengok2, jamu mata jelah coz nak beli memang rasa tak berbaloi kerana barang2 kat sini mahal.
The Brown Derby..pelbagai barangan Sesame Streets ada dijual di sini |
dari jauh kami dah nampak pokok Madagascar
mama bergambar dengan akak Betty Boop la plak haha |
ni kat dalam kedai Universal Studio Store |
bergambar dengan Winnie Woodpecker |
Kemudian kami keluar sekejap daripada USS untuk lunch . Masa tu jam dah pukul 3 petang. Perut memang dah berkeroncong...kaki dan betis memang dah lenguh gila, berjalan banyak. Sebelum masuk USS, kami ada nampak Malaysian Food Street. Niat dihati nak makan kat situ...
gambar ihsan Mr Google |
..tapi bila kami masuk dalam tu tengok semua stalls dipenuhi oleh non-muslim. Kami ja Muslim yang masuk situ, terus tak jadi makan dan kami keluar semula .
Kami akhirnya beli sedikit food untuk alas perut dari sebuah bakeri. Selepas makan , kami round-round sedikit lagi sebelum ambil keputusan untuk balik. Memang semua dah penat dan tak larat nak tunggu sampai pukul 7 malam dah hehe. Pukul 4 ptg, kami keluar dari USS.
candylicious tree |
ni terminal bas (tingkat bawah tanah) |
Tata USS. Insha Allah, kami akan datang lagi. Memang pengalaman sehari disini sangat best, menarik , menggembirakan dan berharga.
(p/s : jangan risau, USS ni ada menyediakan prayer room)
Pukul 6.00 ptg , kami sampai ke Johor Bahru. Terus pergi makan malam sebelum balik ke hotel.
Sampai sini saja untuk kali ini. Jumpa lagi dalam next entry, cerita tentang pengalaman kami di Nusajaya, Johor , Makan Mee Bandung Muar yang Special, dan taman Seribu Bunga, Melaka.
Ok, bye, wasslam!
p/s: JJCS Part 2 hingga Part 5 adalah berlaku pada hari yang sama hehe... seharian kami di USS tu. That's why kami pakai baju sama je tu hehe.
p/s: JJCS Part 2 hingga Part 5 adalah berlaku pada hari yang sama hehe... seharian kami di USS tu. That's why kami pakai baju sama je tu hehe.
14 comments:
pg uss ker?? wahh bestnya...
awak sy susah nak baca blog awak kalau awak tak tinggalkan link kat about google awak, bila saya nak masuk blog awak.. s kene tunggu awak update .. kalau nampak sy klik baru bl masuk link tu...
waa..bestnya..dapat tengok gambar je..lom penah p pn..huhu
hihi...budak2 tu pun dah pandai posing like model2 antarabangsa dah..!akak xjemu bc entry ida coz byk pic tp kekadang xbaca sgt,tengk pic jer n terus kmen..ops!sori..hehe
ala,jelesnya ida dpt brgmbar ngan depa2 tu,kalu akak dpt pluang tu xtau la camner agaknya akak posing..!!!
Ye hehe...mmg best sgt!
Oooh sori sebenarnya sy tak tau camna nak letak link tu. ..tp masya cuba tgk skali lg.sy dah try tu.jadi tak?
Hehe kalau berpeluang boleh bw anak2 pegi...mmg best!
Akak lg pandai posing.ida keras kejun skek haha
xde la,ida posing like perempuan melayu terakhir gitu...!hihi
Haha yelah tu
cantik sgt kat sana..
mudahan suatu hari nanti dpt jejak kaki kat sini..
berapa budget nk ke sini ye?
Tiket uss (1 day pass) utk 2 dewasa n 3 kids total rm761.02.kami beli online kat website rw sentosa.kami tido hotel kat JB n naik bas henti2 dr jb ke uss.tambang bas rm5 sehala utk seorang dewasa.my kids x kena tiket.jgn lupa spare duit utk buat passport ye.mmg best kat sana...!hihi
seronoknya ber USS... mesti budak2 happy sgt... budak happy, kita pun suka, kan?
Betul tu nur hihi...mak budak ni mmg happy.dlm hati tersemat keinginan nak g tgk tulips kat tmn kaukenkof,belanda.bila la agaknya kan tercapai tu
Kenyang dah tgk gambo TJ n family Kat USS...hehe
Hihi
Post a Comment