Alhamdulillah

Thursday, 21 March 2013

Terima kasih, cikgu!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua?

At last, berakhir juga debaran dihati hari ini....result SPM 2012 dah diumumkan 'today'...sudah menjadi lumrah, ada yang menerima keputusan peperiksaan dengan tangisan gembira dan ada juga yang menangis pilu melihat keputusan yang diperoleh tidak seperti yang diharapkan. Tak kurang juga yang gembira dan ceria mendapat slip peperiksaan walaupun keputusan tidak memberangsangkan (itu kes yang dia dah dapat jangka akan memperoleh keputusan teruk!!). Apa-apapun, cikgu ucapkan sekalung tahniah kepada semua pelajar2 tersayang yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dan baik. Nampaknya segala penat lelah anda semua telah terbayar dengan keputusan yang diumumkan hari ini. Kepada  calon yang mendapat keputusan tidak seperti yang diharapkan, in sha allah, ada hikmahnya dan tentunya ada peluang untuk anda menyambung pengajian nanti. Berdoalah pada Allah.

Apa yang cikgu rasa? Sangat gembira bila melihat anak didikku berjaya dengan cemerlang. Cikgu sentiasa mendoakan kalian bakal menjadi insan yang berguna pada masyarakat kelak. Terima kasih kepada semua pelajar cikgu yang datang berjumpa cikgu tadi dan mengucapkan kata keramat:

"Terima kasih , cikgu!"


Dengan sabar menunggu keputusan diumumkan oleh pengetua

 tak sabar untuk melihat keputusan  di kaunter kelas masing-masing

Salah seorang pelajar yang mendapat keputusan 8A dan 1B (BM)- Megat

teacher n students! (Gayathri -berbaju tshirt biru- semua A!)
tahniah semua!

Nik Nornisa - 8A & 1B (BM)

 Tahniah buat Shakir, Hafizuddin, Diyana dan Rafiq!

Hanis Humairah- calon semua A!

Adli diapit oleh cikgu Kimia dan Add Math hehe

Tahniah, Farahin Alya!

p/s : Ini antara foto yang sempat dirakam tadi.  Anyway, kepada semua pelajar cikgu, good luck dan selamat melangkah ke alam universiti dan alam pekerjaan. Kuatkan jati diri dan tingkatkan keazaman untuk lebih berjaya pada masa hadapan. Jadilah insan yang cemerlang dunia dan akhirat! Biar cemerlang akademik seiring dengan cemerlangnya emosi, akhlak dan rohani.

Salam sayang dari cikgu...!



7 comments:

Anonymous said...

Tahniah wat stdnt yg berjaya dpt strght A,moga A tu termasuk akhlak n amalan...manis je cikgu kimia!!!hihi

Tuan Juhaida said...

Tulah.mmg doa cecikgu utk tgk semua students nya bjaya cemerlang dlm hidup n indah akhlaknya

nurbijen said...

Tahniah pada semua yg berjaya... seronok tgk muka mereka yg happy kan?
btw, cikgu pun nampak mcm sama muda jer dgn anak murid :)

Tuan Juhaida said...

Tulah gembira n sayu bersilih ganti hihi tq

MyFreeMinded said...

Salam Cikgu, Cikgu rupanya TJ ye.. tahniah Cikgu, bukan senang nak mengajar dengan sepenuh jiwa dan raga tau.. So congrates Cikgu yang telah sudi berhempas pulas memberi tunjuk ajar pada murid2. Tapi betullah, bukan harta benda yang di harap Guru2 sebagai balasan, cukup sekadar "Terima Kasih Cikgu".. :)

Tuan Juhaida said...

Hehe betul tu.mmg susah nak jd cikgu ni.rasa sgt besar tgjwb utk jd cikgu yg bagus n bkesan.emosi pun berat.guru gembira bila pelajar bjaya....guru bsedih bila pelajar gagal.ngalahkan ibu bapa murid tersebut plak hihi

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.