Alhamdulillah

Wednesday, 16 October 2013

Raya Haji di perantauan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nampaknya hari ini majoriti umat Islam telah kembali bertugas seperti biasa setelah bercuti sehari untuk menyambut Hari Raya Aidiladha. Tahun ini kami hanya menyambut raya secara sangat sederhana di perantauan (KL) kerana cuti yang singkat. Memang terlalu banyak beza antara beraya di kampung dan di KL ni. Memang tak semeriah di kampung halaman sendiri. Rindunya!!

Juadah dipagi raya juga amat simple...mee goreng, nasi himpit dan kuah kacang serta ketupat daun palas dan rendang daging. Selepas solat raya, kami hanya bersantai2 .Pukul 11.30pg baru kami keluar bertolak ke Putrajaya untuk beraya bersama adik-beradik suami yang juga tidak pulang beraya tahun ini. Lokasi pertemuan ialah Putrajaya Seafood, Taman Botani, Presint 1, Putrajaya. 2 buah meja bulat telah di'reserved' untuk kami 4 keluarga makan tengahari bersama-sama.





memang bagus layanannya...siap 'shark fin soup' tupun di tuangkan dalam mangkuk setiap orang

sotong goreng pedas
mix vegetables
lemon chicken
shark fin soup
ikan 3 rasa
bergambar kenangan sebelum balik (little Danish tiada dalam gambar sebab seronok dok berlari2)
pasangan uda dan dara (haha nak interframe jugak)


Anyway...selamat hari raya aidil adha untuk semua dari kami sekeluarga. Maaf atas segala salah silap (perkataan dan perbuatan).

p/s: Terima kasih kepada Iwan & Fiza coz belanja makan tengahari di Hari Raya Aidiladha ini. Hehe.

Sekian, wassalam!

14 comments:

nurbijen said...

Selamat hari raya Ida...
Senasib la kita... beraya di perantauan :)

Tuan Juhaida said...

Nur...sy dekat je.nur la yg jauh di Bradford sana.x sabar naktgu nur blk...rindu nak jumpa.tp tgl life nur n komuniti islam di bradford mcm bestkan...entah2 nur dah x nak blk msia hihihi

Rozita Ismail said...

hihi...kita sama jer,beraya diperantauan!akak raya pertama tdur dr pg smpai ptg..xbraye n xde bj raya!!nasib..

Tuan Juhaida said...

Hihi.amboi tido je?ida pun xde bj raya.akak bj raya puasa dah byk sgt dah hihi

Wirda Amir said...

salam aidil adha ju..

meriah juga walaupun tak blk kg kan..makananpun nmpk sodap belaka

Kniedaz said...

sesekali beraya di perantauan ok juga hehehe

Ummu Madihah said...

Salam Ju,

Beraya kat KL eh. Mak Aji balik kampung tahun ni sebab bawa balik menantu baru untuk jumpa keluarga, kalau tak, kami tak balik juga. Balik memang seronok cuma jam yang tak seronok. Dari KB ke KL makan masa 12 jam!

aTieYusof Family said...

Salam Aidil Adha Kak..
wah! bagusnya dpt juga berkumpul sesama ahli keluarga..kami pn raya bertiga je...hehe

hainom OKje said...

Bestnya TJ....tak yah berkecah kecah kat rumah di Hari Raya.... settle kat luar je senang...hehe

Knor said...

bestnya..tak pyh susah2 masak..

Tuan Juhaida said...

Salam wirda.tulah rezeki ada org nak belanja n mmg kami semua dimaklumkan awal sebab dia nak booking meja

Tuan Juhaida said...

Tp hati mmg teringat kat kg.rindu kat parents huhu.kg lg meriah n boleh mkn mcm2.

Tuan Juhaida said...

Hehe tulah knor.rezeki org nak belanja.mmg kami diberitahu awal sebab dia nak reserved table

Tuan Juhaida said...

Betul tu okje.mcm umah sy pun kecik je...kondo...laman pun xde.duduk 5 beranak okla.bila dah reramai dtg...terasa juga la kesesakan ruang hihi