Assalamualaikum dan salam sejahtera
Adakah tajuk entry saya kali ini menarik atau seram ?hehe. Jangan takut ya...hari ni nak share tentang lawatan ke Management & Science University (MSU), Shah Alam.
mula-mula sampai ke MSU |
Ceria! |
Murid-muridku dibahagikan kepada 3 kumpulan |
Aku dan seorang lagi teman guru membawa 74 orang pelajar aliran sains tulen untuk melawat kampus MSU. Disana kami berpeluang untuk masuk ke bilik bersalin, bilik mayat (mayat2 betul ini digunakan untuk tujuan pembelajaran bakal2 doktor) , dissection hall dll. Tapi sayangnya kami tak boleh nak ambil gambar huhu.
Lawatan ini memang sangat mengujakan! Dapat melihat sendiri mayat basah yang terendam dalam larutan formalin ( bau formalin mmg sangat kuat dan menyengat hidung). Dapat melihat mayat kering . Ada juga mayat yang belum diproses yng disimpan di dalam freezer (Mayat2 ni dibeli dari India untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran). Dapat lihat organ2 dalam badan manusia yang telah di awet. Dapat melihat patung simulasi (patung wanita bersaiz kita yang dalam proses melahirkan anak!) . 1 patung simulasi ni berharga menyamai sebuah kereta Vios!
sempat snap pic pada screen semasa sesi taklimat (semasa masuk dalam dissection hall kami takleh ambil picture real spesimen ) |
Selain itu kami juga dibawa melawat library.
Kami juga dibawa melawat fakulti lain seperti course Diploma / Bachelor in Spa Management and Diploma/ Bachelor in fashion design.
Jacuzzi |
Spa |
kolam renang pun ada |
Banyaknya mesin jahit |
Galeri menyimpan hasil kerja pelajar fashion design |
Aiyoo..gemuks gedempol teacher dalam picture ni hehe |
Sebelum balik, kami semua dijamu makan tengahari dulu di kafetaria MSU. Memang lawatan yang best dan mengujakan serta menepati objektif. Pelajar2 yang menyertai lawatan hari ini majoritinya pelajar form 5 dan semuanya aliran sains tulen . Ramai yang bercita-cita nak jadi doktor, farmasi, saintis dll.
Terima kasih diucapkan kepada pihk MSU.
Sekian, wassalam!
24 comments:
ayoo...begitu teruja bila ckp hal bilik mayat!!Aish..cecikgu pun smpat posing kat bilik spa tuh..!!hihi
Its all about passion,sis hihi
alahai..kalau blik mayat kat hospital tu...bila saya lalu kat situ,takut dan seram padahal kitapun akan mati juga...hehe
menarik semua tempat tu kecuali bilik mayat...tak boleh amik pic ye..?hehe
Haah tak boleh.mmg byk benda menarik utk pembelajaran td. Bukan saja kat bilik mayat tp juga kat bilik bersalin n bilik simulasi
siang hari ok jer berada di bilik mayat, kalu malam, terasa gak seramnya..
Dengar bilik mayat pun dah rasa seram sejuk... tapi mesti pengalaman best utk pelajar2 dapat explore sendiri
Tulah pasal.nipun sebab masuk ramai2kan hihi
Pengalaman br utk mereka
bilik mayat...hehe....tak berani..
selamat menunaikan ibadah puasa...sama2 kita mengejar ganjaran yg dijanjikanNYA..
Terima kasih sudi singgah.selamat berpuasa juga hihi
Tak ngeri ke TJ tengok mayat tu! Kalau okje seram dah! Takuttt
Rasa Biasa je okje hihi.maybe sebab masuk ramai2.students sy mmg semua sangat ok.ada satu mayat yg mati sebab ditembak kat kepala.kami dpt tgk kesan tembakan
tak seram ke tengok mayat-mayat tu..seram pla sy..ni baru baca ni blm masuk btl2 hehe
Alhamdulillah ok.kalau masuk sorang2 seram la kot hihi
Seronoknya gi lawatan ^_^
menarik kan lawatan yg real tuk pelajar yg bercita2 nak jd doktor ker...
Ya..mmmg seronok sgt!
Sy bwk students biology form 5.bg depa sedikit pendedahan
dgr tajuk pun da seram td..
cikgu tak nak visit UTP ke ??? :(
Hihi jauh la plak.bila cuti?mai la sekolah ye.hari tu sy jumpa msk ayah megat kat jusco hihi.berdua jelah...megat n put dah belajar jauh2 hihi
Hihi
Salam Tuan Juhaida,
Cikgi rupanya ya! Ramai blogger friends yang bertugas sebagai guru sepenuh masa. Mak Aji juga sering disalahidentitikan sebagai guru! Mak Aji hampir dua kali nak jadi guru tapi tak jadi2, itulah sebabnya (agaknyalah!).
ada no utk saya hubungi cikgu? nk tnya prosedur bawa pelajar
Post a Comment