Alhamdulillah

Sunday, 24 November 2013

Sudah potong...Sunathon!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini merupakan hari yang amat bersejarah untuk kedua-dua orang putera tercinta kerana hari ini mereka berdua telah selamat dikhatankan secara beramai-ramai dalam majlis yang sangat meriah. Majlis berkhatan beramai-ramai ini atau namanya Sunathon telah dianjurkan oleh sekolah mereka dan dilakukan di sekolah. Seramai 33 orang murid mengambil bahagian. Program bermula seawal jam 8 pagi.

Semua peserta Sunathon dan famili masing2 dikumpulkan di Dewan Serbaguna. Ketibaan VIP untuk merasmikan majlis. Sedikit briefing diberikan daripada pakar perubatan yang in-charge (dari Pusat Perubatan HUKM). 

Acara di teruskan dengan penyampaian cenderamata berupa beg door gift (macam2 ada dalam beg tu..Alhamdulillah), duit (RM35) dan bunga telur kepada setiap seorang peserta Sunathon. Peserta termuda berumur 4 tahun.!

Seterusnya peserta diarak dan dikumpulkan serta dimandikan beramai-ramai dengan semburan paip dari ahli bomba. Meriah betul!

Selepas dimandikan...peserta tukar baju dan memakai kain pelikat dan dijamu dengan pelbagai hidangan yang enak2. Dan...bermulalah acara utama....jeng...jeng..jeng..


gift dan bunga telur untuk peserta Sunathon

tokbah bersama-sama cucu tersayang











sejukkk!





menunggu turn!


Dah selesai bersunat...syukur...semua berjalan lancar !

Dah selesai bersunat...syukur...semua berjalan lancar !



 Semoga cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Syukur semua berjalan lancar dan tiada adegan yang tak diingini berlaku. Peserta Sunathon pun semua ceria n  'cool' je mungkin kerana semangat dan dorongan dari kawan2, para guru dan famili masing2.

Sekian,wassalam!

16 comments:

nurbijen said...

Moga mereka cepat baik... ok juga kalau bersunat secara berjemaah.. hilang sikit rasa gerun tu.... control macho ler katakan :)

Tuan Juhaida said...

Tq nur.betul tu bila buat ramai2 depa x rasa bdebar sgt

Rozita Ismail said...

selamat menuju kealam dewasa h&d!!!sunathon berjemaah...seronok!hihi...

Kakzakie said...

Waahhh... dah besar bujang-bujang mama ni ye. Nak jaga dua ni kena lebih sikitlah masa kan. Selamat berpantang makan hihi...

Congratulation to both of your dear:D

aTieYusof Family said...

Alhamdulillah dah sunat dua2 hero ni..makin bujang dah ... seronok budak2 bila sunat ramai2 ni, boleh kurangkan rasa berdebar depa...:)

Tuan Juhaida said...

Tq cik ta!

Tuan Juhaida said...

Tulah...nasib baik mama pun cuti pjg...boleh la jaga...tp alhamdulillah..takde sebarang komplikasi n depa pun xde mengadu sakit.makan pun selera n mlm boleh tido lena

Tuan Juhaida said...

Betul tu atie...hihi

CeqGu said...

wahhh seronok pulak tengok...tok abah pun datang dari jauh bagi semangat, cayalahh

Wirda Amir said...

Salam ju..

Tahniah kepada kedua anak teruna...ehehe

seronokkan,sekarang ni sy tgk di mana2pun acara sunat beramai2 dihidupkan kembali seperti zaman dulu....

hainom OKje said...

hehe..selamat sudah! muka memasing macam tak kena sunathon je TJ...memasing steady je tu!

Knor said...

salam ju

smlm masuk sini..tak lepas2...hari ni ok je..

alhamdulillah dh selesai..legakan...

nampak relax je tu..

Tuan Juhaida said...

Hihihi tok abah n tok.ma dtg bg semangat n jaga cucu2 tersayang.siap teman masuk masa bersunat tu

Tuan Juhaida said...

Tq wirda

Tuan Juhaida said...

Tulah.syukur alhamdulillah..depa ok hihi

Tuan Juhaida said...

Ha ah lega sgt.syukur.sblm bsunat mmg mama yg bdebar sakan hihi