Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Moga semua sihat dan ceria selalu...wah, cuti sekolah dah bermula.! Agaknya apa perancangan dan destinasi cuti sekolah ni? hihi
Pagi tadi kami sekeluarga hadir ke Temasya Sukan Tahunan sekolah tempat 2 orang puteraku sedang menuntut ilmu. Memang meriah!
around pukul 8 .00pg: Persiapan untuk perbarisan rumah sukan
(ada 4 rumah sukan iaitu Uhud, Badar, Khaibar dan Khandak)
Danial sedang disiapkan oleh guru rumah sukan Uhud.Danial rumah hijau.
Danial dan rakan sepasukan!
Maskot rumah Khaibar (Kuning)-Harimau! Aummmm!
Haikal rumah sukan Khaibar (Kuning). Aiseyy, dah kena pakai topeng harimau la pulak ye
Danish , penyokong kuat abg Haikal dan abg Danial!
Berhimpun untuk menyanyikan nasyid sekolah, nasyid sukan dan nasyid rumah sukan masing-masing
mama dan papa : penyokong setia Haikal, Danial dan Danish!
(gambar diambil oleh my little Danish)
Danial (paling kanan) dan rakan2 di bawah khemah peserta
Danial (kiri) dan rakan sepasukan menjadi Johan untuk acara Rampaian Tahun 2.
Bergambar bersama-sama pingat emas masing2!
Bergambar bersama-sama pingat emas masing2!
Pungutan pingat semasa (banyak lagi acara belum dipertandingkan)
Haikal dan Danial! Masing2 mendapat pingat emas dalam acara yang disertai. Tahniah!
Tamat sudah cerita sukan tahunan untuk tahun ini. Yang penting,
" Yang menang merendah diri, yang kalah usaha lagi".
Sekian, wassalam!
7 comments:
walau depa penat tp berbaloi la bila menang n dpt medal...tahniah wat haikal n danial jugak kwn2 depa yg menang..
syukran!
Tahniah buat Haikal dan Danial.... seronok dpr join aktiviti mcm ni, kan?
Hihi tq nur.mmg best dpt join xtvt sek anak2kan
saya penyokong rumah sukan Danish..hehe
ina, danish bangga tu kalau tau cik ina sokong umah sukan dia haha
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Post a Comment