Alhamdulillah

Wednesday 12 February 2014

Hidup berumahtangga..Indah khabar dari rupa..bila..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lama sungguh tak menulis sesuatu disini. Sibuk dengan pelbagai tugasan harian. Tugasan yang tak akan berkesudahan selagi hayat masih dikandung badan.

gambar ihsan google

Hari ini nak utarakan satu pandangan tentang kisah hidup berumahtangga. Setiap insan mengimpikan kesejahteraan hidup berumahtangga bersama-sama pasangan yang dapat membahagiakan mereka. Mendapat zuriat yang soleh dan solehah adalah dambaan semua pasangan yang bergelar ibu bapa.Betul tak?

gambar ihsan google

Sayangnya banyak kepincangan yang berlaku yang merosakkan kenikmatan dan kebahagiaan hidup berumahtangga. Ada isu yang disebabkan oleh si suami, si isteri, kehadiran orang ketiga dan campurtangan keluarga. Pelbagai masalah inilah yang menjadi punca utama perceraian bagi pasangan yang berkahwin. Anak2 yang tak berdosa menjadi mangsa!

gambar ihsan google
gambar ihsan google

Hidup berumahtangga adalah satu tanggungjawab dan amanah serta memerlukan kerjasama dari kedua2 belah pihak ( suami dan isteri). Setiap pasangan perlu saling mempercayai, setia, bertanggungjawab, memahami, serta saling memberi dan menerima. Terima kelebihan dan kekurangan pasangan masing2 seadanya. Paling penting, rumahtangga mesti dibina dengan niat kerana Allah dan mendapat restu keluarga.

Suami digalakkan membantu isteri melakukan kerja2 rumah. Tidak boleh bebankan isteri seorang kerana majoriti isteri juga berkerja untuk membantu mengukuhkan pendapatan keluarga.(Suami jangan rasa malu untuk membantu isteri buat kerja rumah. Ramai yang takut dilabelkan 'takut bini'). Saling  membantu akan mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang. Rendahkan egomu!

gambar ihsan google

Biarlah apa orang lain nak kata..janji anda ikhlas menyayangi isteri anda. Apalah sangat susahnya nak bantu isteri di rumah tu jika nak dibandingkan pengorbanan seorang isteri melahirkan zuriatmu ke dunia.

gambar ihsan google

Bina rumahtangga dengan menjadikan Rasulullah sebagai idola. Urus kewangan dengan baik serta bebas hutang. 

gambar ihsan google

Elakkan campur tangan orang lain dalam hal ehwal keluarga anda. Usah bercerita rahsia hidup berumah tangga kepada orang lain untuk mengelakkan anda mendedahkan aib diri dan pasangan anda (ramai yang suka bergossip, mengumpat dan menjaja kisah keburukan orang lain). Selesaikan masalah bersama2 dengan komunikasi berkesan dan telus.

gambar ihsan google

Kawan2 tentu lebih banyak pengalaman dan pengetahuan yang boleh dikongsi bersama kan. Moga dengan sedikit perkongsian ni...dapat memberi kebaikan kepada kita semua. Wassalam!

16 comments:

Kayu Manis said...

Singgah mlm2...Assalamualaikum.

payah getir semua ada..terima seadanya..klu marah, dlm hati sjalh..

org perempuan sng kumpul pahala n senang juga msuk neraka..

biar lh hari lbih baik dr kelmarin..

:: CIKVIVA :: said...

Salam..suka dgn entry ni, wpun sy sampai ke alam rumahtangga, tapi sy berdoa smga segalanya dipermudahkan..inshaaAllah..

AtieYusof said...

Makasih Kak berkongsi tips.. kmi yg baru setahun jagung berkhawin ni, ilmu2 mcm ni amat bermanfaat...:)

Sweetamieda. Blo said...

Sama2 atie hihi

Sweetamieda. Blo said...

In sha allah

Sweetamieda. Blo said...

Betul tu knor

Mummydearie said...

Setuju sangat TJ. Hidup berumahtangga ni ada ups and downs. Terima kekurangan pasangan yang paling penting. Kelebihan memasing, tak payah tanya memang kita boleh terima dengan rasa gembira :)

Sweetamieda. Blo said...

Yess...betul tu..baru hidup x stress kan

Unknown said...

terimalah seadanya pasangan kita..saling lengkap melengkapi kelebihan or kekurangan yg ada.lidah pun lagikan tergigit,ini kan pulak suami isteri..

Sweetamieda. Blo said...

Betul tu.kita semua manusia biasa

OKje said...

Kalau kita rasa enjoy berumahtangga...enjoylah jadinya...kalau sebaliknya, sebaliknyalah....apa pun terima kekurangan dan bertolak ansur ....insyallah bahagia hingga ke jannah

Sweetamieda. Blo said...

Setuju!!

Maria Firdz said...

Nice,entry...

Liza Razak said...

betul tu sis. kdg2 masa bercinta memang semuanya manis. bila dah kawin baru tau baik buruk masing2..yang penting kena sabar :)

Sweetamieda. Blo said...

Betul tu.saling menerima dan memberi

Sweetamieda. Blo said...

Tq