Alhamdulillah

Tuesday, 9 April 2013

Bandung-Jakarta 2012 (Part 2!)

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semoga semua sentiasa sihat dan ceria menjalani hidup seharian. Seperti yang dijanjikan, hari ni nak sambung cerita gila-gila shopping @ Bandung-Jakarta (Part 2). Maklumlah, bila orang Malaysia ke Indonesia terus bergelar jutawan hehe bukan jutawan RM tapi jutawan rupiah haha. Yelah kalau tukar RM1000 dah dapat lebih kurang IDR 3juta lebih ..Kayoo!

Kepada teman-teman yang belum membaca ' entry' part 1, boleh klik disini.

Sebelum tu nak tunjuk dulu gambar2 yang diambil sepanjang perjalanan kami yang menarik perhatianku.

Hiasan dalaman yang cantik di dalam tandas di salah sebuah factory outlet yang dikunjungi...Cantikkan??!!! Satu lagi lupa nak bagitau, suka sangat tengok 'salesgirl' kat setiap factory outlet kerana sangat cantik rupawan macam dalam sinetron yang kita tengok kat tv kat Malaysia tu. 

Sate Klaten

Hati-hati Rawan Jambret & geng motor
maksudnya; hati-hati peragut dan mat rempit

Bebek Munggaran means itik  goreng pedas

ni kad pemandu teksi yang kami naik di Jakarta

Kimia Sinar Baru~ maksudnya farmasi 

Balai Polis

Nombor telefon sementara ku semasa di perantauan. Siap bawa 'extra handphone' lagi untuk masukkan' sim card 'Indonesia ni.

Day 3

Hari ni kami bertolak ke Jakarta . Dari Bandung ke Jakarta mengambil masa lebih kurang 3 jam dengan menaiki van yang disewa. Van besar dan selesa yang memuatkan kami bertujuh dan seorang driver ( jadi 8) serta barang2 yang dibeli (banyak giler).  'Seat' dalam van ni lagi selesa daripada 'seat' di dalam pesawat penerbangan tambang murah hihihi.

Ini vannya!

Landasan keretapi

Sepanjang perjalanan dari Bandung ke Jakarta kami dapat tengok jalan keretapi di atas jambatan yang tinggi tu. Takutnya...nasib baik kami x pilih naik keretapi.

Nak masuk bandar Jakarta memang jem yang amat. Jem teruk kerana kepadatan penduduknya yang tinggi. Kira jem kat KL tu amat lah ok jika dibandingkan dengan jem di Jakarta. Penat sangat kerana terperangkap dalam jem yang teruk.
Tetiba rasa i love Malaysia so much!! Chewwaahhh!

Destinasi kami di Jakarta ialah di Mangga Dua Square dan WTC Mangga Dua serta Tanah Abang.   



Sebelum tu kami singgah makan dan 'check in' hotel dahulu.

Makan di restoran masakan Padang

Memang 'yummy'

Selepas makan kami menyeberangi jejantas ke kompleks beli belah di seberang jalan. Memang tak berani nak lintas jalanraya di Jakarta yang padat itu...huhu takut.


Semasa di Jakarta memang takde ' mood' nak ambil gambar sangat sebab kami pun sekejap sahaja di sana serta tempat 'shopping'nya tak secantik 'factory outlet' di Bandung hehe. Lagipun kami telah diingatkan oleh pemandu van kami supaya jangan lalai sangat di Jakarta kerana banyak peragut. So, memang kami jalan sesama dan masing2 pegang 'handbag' kuat2 . 'Camera' memang simpan ler..hehe. Masa kat Bandung rasa 'best', 'happy' n selamat je..


Day 4

Hari ni pada sebelah paginya kami habiskan masa di Tanah Abang. Selepas itu kami terus berangkat ke airport untuk penerbangan pulang ke Malaysia.

Gambar ihsan Google
Macam-macam ada disini. Sama seperti di Pasar Baru, Bandung,

Patung Soekarno-Hatta (otw ke airport Jakarta)


Beg kami memang dah beranak-pinak hehe. Mula-mula datang sorang satu beg je. Tapi masa nak balik dah jadi sorang 4 beg! Sampai 'excess luggage' dan nasib baik sempat upgrade luggage before 'check in'. Kalau tak memang kena  bayar banyak ler kat airport.

Inilah hasil tangkapan kami...jangan marah ye!


Minum dulu sementara tunggu 'flight ' kami

nak masuk dah...bye bye Jakarta

di ruang menunggu

Dalam pesawat Jakarta-Kuala Lumpur

Nampaknya sampai sini dulu 'entry' part 2 ni..Tak sempat nak isytihar apa yang dah terbeli kat Bandung-Jakarta. Kawan2 nak tau ke? Kalau nak tau, insya allah, akan ada Part 3 hehe. Kalau tiada sesiapa nak tau, maybe sampai sini jelah cerita Bandung-Jakarta 2012 ni.Terima kasih kerana setia membacanya.
Wassalam


9 comments:

nurbijen said...

setia menanti part yg ke tiga pulak.. hehehe

Sweetamieda. Blo said...

Orite bebeh hihi

Unknown said...

xde pun citer benda yg terbeli tu..!harap2 part 3 ni ada jawapannya...hihi

Sweetamieda. Blo said...

Hehe kalau ada permintaan akan diceritakan dalam part 3.tungguuu

OKje said...

TJ pegi dengan kawan2 yeh....seronok jugak ek tak de anak yang ngekor hehe

Sweetamieda. Blo said...

Tulah. First time gi ngan kawan2...first time dpt green light dr hubby hihi

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


MamaDaniel said...

menarik.. jauh juga jakarta ke bandung ek..

Ummu Madihah said...

Salam Ju,

Mak Aji tunggu Part 3! Mak Aji pun suka brownies Kartika Sari, kali pertama jumpa di Surabaya!