Alhamdulillah

Tuesday 26 February 2013

Mouth Ulcer!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nak tanya, kawan-kawan semua pernah naik 'ulcer' dalam mulut tak? Kalau naik 'ulcer'...anda semua letak ubat apa ya? Tau tak apa punca 'mouth ulcer' tersebut?

Hehe...ni gara-gara sebab ' now' ada 'mouth ulcer' sebijik naik dalam mulutku...huhu sakit....bengkak ' lymph nodes'ku kat leher....
so  today dah pergi jumpa 'doctor' dan  dapat ubat...so now mari kita sesama 'share' dan  'discuss' punca-punca 'mouth ulcer' ni...

jommmmm...terjah!

gambar ihsan dari wikipedia

Mouth ulcer ni dikenali juga sebagai oral ulcer or mucosal ulcer. Atau nama tak saintifiknya ialah mata ikan atau kudis/luka mulut. Secara amnya ulcer tidak merbahaya dan boleh dirawat. Tetapi sekiranya ia berlarutan melebihi 2 minggu.. please aware... itu mungkin juga simptom untuk oral cancer.
Nauzubillah, mintak jauh la kan...


Banyak faktor yang boleh menyebabkan mouth ulcer ni...kebiasaannya...:

  1. Kekurangan zat makanan contohnya vitamin c, zat besi, asid folic dan vitamin B12
  2. jangkitan/infeksi  patogen (infectious agent)...banyak...boleh refer contoh2nya di Wikipedia
  3. stress (jangan stress dan berfikiran negatif...banyak penyakit datang bertandang huhu)
  4. perubahan hormon
  5. alahan pada bahan kimia tertentu
  6. alahan pada ubat-ubatan tertentu
  7. Radioterapi
  8. Kimoterapi
  9. kurang menjaga  kebersihan mulut (gigi dan gusi)
  10. kurang minum air masak
  11. faktor cuaca
  12. faktor genetik

Apa yang boleh kita lakukan untuk melegakan rasa sakit ialah, antaranya:
  1. berkumur dengan cecair antiseptik
  2. banyakkan minum air masak
  3. minum air barli (memang berkesan...sila cuba)
  4. makan makanan lembut
  5. elakkan makanan pedas, panas dan berminyak
  6. sentiasa jaga kebersihan mulut
  7. sapu krim/gel penahan sakit pada ulcer tersebut
  8. Elakkan meminum jus yang masam
  9. Pemeriksaan gigi secara berkala (untuk elakkan ulcer)
  10. bla...bla...bla...

Itu saja untuk kali ini...Moga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.Jumpa lagi.
Wassalam




4 comments:

nurbijen said...

ala, sedihnya kena ulser... mesti nak cakap pun rasa malam, hehehe.
Semoga ulser tu cepat baik yer ida, amin!

Anonymous said...

akak selalu gak sakit camtu tp kes susah nak menelan makanan,doc sarankan amik aiskrim so now dah lama xkena sakit tu pas mkn aiskrim..hihi

Sweetamieda. Blo said...

Susah nak menelan maybe sebab sakit tekak or tonsilitis.mmg boleh ambil makanan sejuk seperti aiskrim or barli ais

Sweetamieda. Blo said...

Nur...tq!