Alhamdulillah

Tuesday, 26 March 2013

Ai Ai Madam!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni i dapat  merasa jadi ' Puan Besar ' jap kat umah ni (2 jam ja) haha. Untuk sesiapa yang ada pembantu rumah, mungkin dah biasa lalui saat ni ...ceh...kelakar lak!! Bukan apa, hari ini, i berpeluang untuk upah ' part time cleaners' . Minggu lepas memang dah cuba cari 'part time cleaners' ni kat internet and taaadda...akhirnya dapat juga. So, selepas buat temujanji, 2 orang 'cleaners' (orang Filipina) dihantar ke pintu rumah ku hari ini. Tepat pukul 2 ptg mereka sudah terpacak di hadapan pintu rumah ku bersama-sama dengan alatan pembersihan, 'vacuum cleaner' dll. Mengikut perjanjian, masa yang diberi ialah 2 jam untuk 2 orang ' cleaners' dan 'charge' yang dikenakan ialah RM80.

Antara tugas yang boleh dilakukan oleh 'Part time cleaners' ni ialah membersihkan  tandas dan bilik mandi, 'vacuum', mop lantai, bersihkan kipas dan lampu serta sawang2 di ' ceilling', dan mengelap tingkap serta ' sliding door'. 

Apa-apapun , masih ada juga rasa tak puas hati kerana macam mereka tidak betul- betul cekap dan buat kerja sambil lewa sahaja (ada banyak benda yang mereka abaikan dan tak buat). Kalau buat kerja camni je, kita sendiri mampu buat lagi baik daripada mereka. Tapi bila memikirkan mereka mungkin penat kerana jadual kerja yang padat, hatiku tenang kembali. Yalah, mereka pun manusia biasa seperti kita yang kenal erti penat, bezanya?? mungkin tenaga mereka dikerah sepenuhnya untuk keuntungan syarikat tempat mereka bekerja.

So, ini pengalamanku mengupah 'part time maid'. Lagi best buat sendiri kerja2 rumah (walaupun penat, janji puas hati). Cuma mungkin sekali - sekala boleh cuba amik ' part time cleaners'.

Itu sahaja, wassalam!

taknak jadi macam ni..hehe

tapi nak jadi camni...

untuk suami tercinta...hihi...romantik tak?1!

me and my hubby! chewwah

10 comments:

Anonymous said...

iya la kalu berkemampuan apa salahnya uph cleaner tu bukan selalu pun tp kekadang rasanya baik buat sendiri coz bleh kuarkan peluh n lbih menjamin kesihatan yg baik..

Tuan Juhaida said...

Mmg selama ini segala kerja rumah dibuat sendiri hihi.thats why bila upah part time maid tadi terus jd pkongsian cerita kat blog ku ini

nurbijen said...

Mcm tu la kalau maid pun Ida... hingga kadang2 rasanya baik buat sendiri dari ada maid... cuma lega part lipat kain dan tak perlu nak angkut anak waktu pagi... kalau basuh toilet, baik buat sendiri lagi bersih dan puas hati :)

Tuan Juhaida said...

Tulah nur.ada pro n kontrakan hihi

CeqGu said...

Maid kawan anis lagi la. Lipat kain tudung pun xpandai

Tuan Juhaida said...

Aiyoo parah juga tu hihi mesti kita jd lg tensenkan.nak cepat keja jd makin lambat lak

MyFreeMinded said...

Ala.. kena sendiri gak.. tapi kekadang Mak tolong lipat kain baju.. hehe.. teruk kan anak dia.. :)

hainom OKje said...

Yelah.... kalau nak raya mungkin boleh upah diaorg kot kan... kasi cuci kipas bagi bersih..ngan lap tingkap...hehe...okje ni malas sikit bab tu

hainom OKje said...

Yelah.... kalau nak raya mungkin boleh upah diaorg kot kan... kasi cuci kipas bagi bersih..ngan lap tingkap...hehe...okje ni malas sikit bab tu

Tuan Juhaida said...

tulah....sekali sekala boleh la upah utk buat cuci2 ceilling, kipas, tingkap kan