Alhamdulillah

Wednesday 28 May 2014

Kuning yang happening!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berakhir sudah sambutan hari guru peringkat sekolah kami. Majlis berlangsung dengan begitu meriah sekali dengan berkonsepkan kuning diraja dan sedikit campuran warna hitam dan putih.
Alhamdulillah!


Sempat gak 'selfie' dalam dok beratur nak photoshoot guru hihi

Majlis bermula seawal 7.15 pg. sesi pertama ialah sesi photoshoot guru2 untuk majalah sekolah. Kemudian diikuti dengan 'games' dan perarakan masuk guru2 ke dewan  besar.

4 orang daripada barisan 'orang kuat' Kelab Guru 2014

Bersedia untuk menonton permainan yang disertai oleh para guru

Para guru yang mengambil bahagian sedang bersedia
Barisan guru yang 'sporting'

Game 'Magic Straw'
Habis game...guru berarak masuk ke Dewan Wangsa Bestari dengan penuh adat istiadat diraja (kononnya lah hehe).

Perarakan masuk diketuai oleh Puan Pengetua


Semua guru naik ke pentas untuk menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dan bacaan Ikrar Guru
Acara memotong pulut kuning menggunakan pedang


Ni puteri raja ke gundik istana ??? hahaha


Selepas acara memotong pulut kuning , Pengerusi Kelab Guru menyampaikan sejambak bunga kepada Puan Pengetua  bagi pihak semua guru dan seterusnya  semua guru turun dari pentas untuk memberi laluan kepada persembahan dari pelajar dan guru. Pelbagai persembahan menarik dan menghiburkan disediakan antaranya ialah drama, pertunjukan silap mata, tarian tradisional, tarian popping, Chinese Yoyo, nyanyian, band dan breakdance. Persembahan juga diselang selikan dengan pelbagai penyampaian Anugerah Guru sebagai tanda menghargai guru.

Pertunjukan silap mata dari pelajar yang sangat mengujakan
Nyanyian duet guru dan pelajar
Tarian popping
Chinese Yoyo


Alhamdulillah...saya mendapat 2 sijil penghargaan untuk peningkatan prestasi subjek Biologi dan Kimia SPM
(2 x naik stage terima sijil)

Sekali lagi naik stage untuk terima Anugerah Guru Paling Penyayang 2014
(sesi pagi)

Kali ke-4 naik stage (untuk hari ini), kali ni untuk terima Anugerah Best Dress.
Terima kasih!


hehe lawak muka pakai 'crown'

p/s: Sebenarnya semua guru adalah guru penyayang dan layak mendapat anugerah serta semua guru juga layak menang best dress kerana semua berpakaian cantik.

Ini pula salah satu sedutan adegan drama guru...memang gempak..siap bonceng motor masuk dalam dewan lagi hihi
Drama daripada guru..memang best!
Barisan guru yang sporting menjayakan drama + nyanyian yang sangat best
Pukul 12.30 , semua guru dijemput menjamu selera di kantin. Pebagai hidangan disediakan antaranya nasi tomato, sate, kambing golek dan  juga candy buffet,


Candy buffet

Candy buffet


Kambing golek





Antara hadiah berharga pemberian salah seorang muridku..terima kasih!





Guru2 bergambar bersama-sama Mikail Andre, salah seorang ex-students sekolah kami

Terima kasih juga kepada semua ex-students yang sudi hadir beramai-ramai untuk memeriahkan majlis hari guru sekolah kita. Maaf tahun ni cikgu tak sempat nak bergambar sakan dengan anak murid kerana sibuk ke sana ke sini menguruskan majlis hari guru. Almaklumlah tahun ni jadi AJK Kelab Guru..so memanglah agak sibuk daripada tahun sebelumnya.

Anyway..syukur semua sudah berakhir dengan jayanya.
Sekian, wassalam!

7 comments:

aby said...

salam TJ ..
belum terlambat lg utk ucapkan Selamat Hari Guru kann ..
meriah betul sambutan tu ..
kenyang makan kambing golek ..
he..he..

Sweetamieda. Blo said...

Salam aby...tq sudi singgah.lama btul x jenguk blog aby..nanti sy singgah

Maria Firdz said...

Wah.. Cerianya berwarna kuning...

Sweetamieda. Blo said...

Haah...ceriakan hihi

OKje said...

Mesti terharukan dapat hadiah tu TJ....
Alahai happeningnya...mesti teruja pagi tu cikgu semua nak gi sekolahkan terutama cikgu tu hehe...menang guru penyanyang dan best dress pulak tu hehe
Tahniah TJ!

OKje said...

Mesti terharukan dapat hadiah tu TJ....
Alahai happeningnya...mesti teruja pagi tu cikgu semua nak gi sekolahkan terutama cikgu tu hehe...menang guru penyanyang dan best dress pulak tu hehe
Tahniah TJ!

OKje said...

Mesti terharukan dapat hadiah tu TJ....
Alahai happeningnya...mesti teruja pagi tu cikgu semua nak gi sekolahkan terutama cikgu tu hehe...menang guru penyanyang dan best dress pulak tu hehe
Tahniah TJ!