Alhamdulillah

Tuesday 20 May 2014

Oh wanita!...Bila nafsu merajai diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sempena bulan Mei yang penuh dengan hari2 istimewa tetiba diri rasa terpanggil untuk mencoret sesuatu. Mentang2 bulan Mei ni ada Hari Ibu dan Hari Guru (yang berkait dengan diriku)..tetiba rasa ter'shopping' sangat extra dari kebiasaannya...fuiyo..ayat 'ter' yang tak tahan tu.

Kebetulan tema sambutan Hari Guru peringkat sekolahku tahun ini (yang bakal disambut pada 27 Mei nanti) ialah kuning diraja with a little bit white and black, terus macam2 la i ter'shopping' semata-mata untuk menepati tema itu hehe. Maklumlah nama sambut hari guru tapi sebenarnya macam cecikgu ni syok sendiri je huk huk..cikgu yang sendiri keluar duit (nak harap ada pihak sponsored...memang takde aa), susah payah anjur dan plan pelbagai aktiviti sendiri, cikgu sambut and cikgu wish sesama sendiri huhu. Kesian cikgu kan?! 

Baju dah tempah (belum siap)...kali ni aku hanya menempah sepasang baju kurung moden kain chiffon berwarna kuning. Memandangkan tahun ini aku merupakan salah seorang AJK Kelab Guru...so memang akan busy untuk menguruskan majlis itu nanti. So pilihan baju yang mudah untuk bergerak ke sana sini hehe (takde can aa ni nak menang best dress hehe).

Shawl pun dah ada hehe. Mula2 tempah 1 tetiba terbeli 1 satu lagi. Haisshhh...nak pakai mana satu ni hehe. Dua2 pun cantik bagiku.


Shawl ni di tempah dari seorang teman
Shawl ready-made koleksi dari Amra Collection

Kasut dan hand bag pun dah beli baru. Hand bag memang over la...bukan 1 ye...sampai 3 bijik i beli dalam bulan ni (2 biji beli bersama hubby..yang satu lagi beli tanpa pengetahuan dia huhu). Harap2 dia x baca entry ni hehe.





Sempat juga beli aksesori kerongsang hehe..kebetulan cari hadiah untuk seseorang, dan terus beli satu untuk diri sendiri.

Kerongsang dan Inspired Pandora. Loket bunga  tu tetiba beli sebab warna kuning. Aii selagi majlis ni belum berakhir memang dok nampak item warna kuning, putih dan hitam je.
Sempat juga beli Parfume dari Lancome dan blusher serta eye shadow dari The Body Shop. (Actually, masih ada beberapa botol parfume yang baru dibeli dan belum digunakan dalam koleksi peribadiku...oh no!).



p/s: Last minute, saya terpaksa cari baju lain kerana baju yang ditempah tailor ada tersilap jahit huhu.

So...saya beli ready-made dress di Lidya Couture KL, Busana@Menara MARA KL

Maaf ye teman2 andai entry ini memang tidak dapat memberi apa2 manfaat untuk anda. Memang bila di tengok semula rasa sangat tidak patut ber'shopping ' sakan begini.
In sha Allah, selepas ini akan lebih berhemah dalam berbelanja. (Jangan tiru macam saya!!)

p/s: Kebetulan encik hubby baru dapat bonus hehe.. tu yang sakan belanja anak2 dan 'wife'nya ni hihi. Lagipun sempena satu lagi hari istimewa kami yang akan disambut pada 31 mei nanti iaitu ulangtahun perkahwinan kami yang ke - 11.
 Tq, dear!

Sekian, wassalam!

8 comments:

AtieYusof said...

wahh! meriahnya shopping...yg penting happy kan kak.. apa salahnya, suami sndiri belanja..hehe

Unknown said...

sori ida,baru dpt nak kmen!cantiknya shawl kuning diraja tu!!berkenan sesangat...bestnya dpt shopping sakan camni..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Mummydearie said...

Tudung kuning yang no.2 tu lagi cantik rasanya. So yang mana satu dipakai semasa hari guru?

Hehehe, ada lagi satu hari penting haruslah sambung ter-shopping sampai pengsan. Pastu bangun rasa macam tak percaya aje apa yang ada tersusun depan mata. Adatlah tu bila bershopping sakan :)

OKje said...

Alah apa salahnya duit hubby ke duit sendiri yg penting tak menyusahkan org haha....
Seronok tengok poompuan bershopping ni..macam macam yg dishoppingnya hehe...cantik pandora tu TJ

OKje said...

Alah apa salahnya duit hubby ke duit sendiri yg penting tak menyusahkan org haha....
Seronok tengok poompuan bershopping ni..macam macam yg dishoppingnya hehe...cantik pandora tu TJ

OKje said...

Alah apa salahnya duit hubby ke duit sendiri yg penting tak menyusahkan org haha....
Seronok tengok poompuan bershopping ni..macam macam yg dishoppingnya hehe...cantik pandora tu TJ

OKje said...

Alah apa salahnya duit hubby ke duit sendiri yg penting tak menyusahkan org haha....
Seronok tengok poompuan bershopping ni..macam macam yg dishoppingnya hehe...cantik pandora tu TJ