Alhamdulillah

Sunday 22 October 2017

I'm back with anecdote!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Setelah sekian lama menyepi, last entry ialah pada tahun 2015! Berhabuk dah blog ni hihihi... Semoga masih ada yang sudi singgah sini hihi. Kali ni just nak share satu cerita pendek hasil perbualanku dan anak bongsuku, Danish.


Buku laili

“Mama kenapa buku laili Danish ada tiga ye?” soal Danish padaku.
Buku laili ? Apa tu?” Aku berhenti membasuh pinggan dan mendekatinya yang sedang menonton TV.
“Ni,” jawab Danish sambil menunjukkan bahagian diantara tapak kaki dan kaki bawah.
“Oh…ni buku lali (ankle) bukan buku laili,”mama menahan gelak di dalam hati.
“Mana ada tiga, dua je buku lali,”sambung mama lagi.
“Ni apa?” Tanya Danish sambil menunjukkan satu lagi benjolan lembut yang ada di kakinya. “Sakit tak?”mama bertanya sambil menekan benjolan lembut tu secara perlahan-lahan.
“Tak,”jawab Danish pendek.
“Baik… ni macam foot lumps, nanti mama bawa Danish jumpa doktor ye untuk diperiksa,”ujar mama untuk menenangkan hati si kecil. “Don’t worry!”
“Sayang mama! You are my personal doctor!” Teriak Danish.
 

“Kenapa mama tak jadi doktor?” Danish bertanya kepadaku.
“Kenapa Danish tanya macam tu?” Soalku balik sambil merenung wajah comelnya.
“Mama nampak macam doktor,”ujar si comel tu lagi.
“Doktor macam mana?”mama cuba mengorek penjelasan lanjut.
“Doktor macam mama, mama macam doktor. Jadi kenapa mama tak jadi doktor?” panjang lebar ulasan yang keluar dari mulut Danish bikin kepala mama pening berpusing-pusing. Boleh kena Vertigo mama begini.

Hmmm…Soalan Danish lagi susah dari soalan Tindakbalas Redoks yang pernah anak-anak murid mama tanya kat mama dalam kelas Kimia di sekolah.


Hihi sekian.Semoga terhibur. See u soon!

7 comments:

OKje said...

Selamat kembali TJ.... lama menyepi tu. Sure mcm mcm perubahan kan. Kotnya dah ada penambahan family. Mana tau! Apa khabar sihat ke?

Hihi...mcm mcm pertanyaan kalau dah namanya budak. Sel sel otak tgh duk berhubung tu. Lupa dah Danish ni mcmana rupanya. Tempeklah gambo terbaru TJ

Sweetamieda. Blo said...

Sihat ,alhamdulillah.tq sudi singgah n masih ingat hihi.setakat ni xde pensmbahan famili lagi hihi.
In sha allah next entry kita tempek pic

nurbijen said...

Finally, ber update jugak.
Welcome back, Da...

Alahai, bijaknya si Danish ni..
Nasib baik mamanya tahu juga istilah2 medic..
Tu yg dia nak mamanya jadi doktor..
Dia minat nak jadi doktor ke Da?

Bunda_nora said...

Betul lah tu...kadang2 kita ni sebagai ibu macam2 benda kita boleh jadi.

Sweet jer soalan Danish..sayang Danish.

Unknown said...

So sweet la baby tu.. Hihi

Susan said...

I recently found many useful information in your website especially this blog page. Among the lots of comments on your articles. Thanks for sharing. Join Origin Access Premier and get The Sims 4 Digital Deluxe, Dine Out Game Pack and Kids Room Stuff Pack to create new stories. Plus, get access to a library ..sims 4 news

lamazajic said...

Titanium Tabs - TITanium Tabs - iTanium Art & Crafts
Titanium Tabs titanium nitride is black titanium rings a brand apple watch stainless steel vs titanium new TAB razor with a twist 2017 ford fusion energi titanium to their Classic Tabs design. Features: Stainless Steel Plated Steel Tabs. titanium bolt