Alhamdulillah

Tuesday, 14 May 2013

Tips untuk outdoor photoshoot

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Harap semua teman2 berada dalam keadaan sihat dan ceria serta berminat untuk baca coretan saya kali ini hihihi 


Hari ni saya nak kongsi sedikit tips untuk buat outdoor photoshoot especially untuk buat family outdoor photoshoot yang melibatkan anak2 kecil.

First, memang la kena survey dulu photographer dan mintak quotation harga untuk pakej yang mereka tawarkan. Bagitau mereka apa yang anda inginkan. Contohnya berapa jam masa photoshoot, berapa orang photographer terlibat, nak burn dvd softcopy with unlimited photo (raw n edit photo), nak pakej yang photobook terus atau tidak dan lain-lain. 

Jenuh juga nak cari photographer ni. Saya hanya cari di internet (blog dan fb). Ada yang pakejnya terlalu mahal, ada yang jadualnya sudah padat untuk tahun ini, ada yang ter'contact' photographer di luar KL dan macam2 huhu. Sampai rasa macam...aaaah tak jadilah nak buat family photoshoot ni...huhu susah sangat ni...Tapi berkat kesabaran (chewwah ), akhirnya dapat juga seorang photographer yang pakejnya menepati dengan kehendak dan bajet kami serta 'free' pada tarikh yang kami cadangkan untuk buat photoshoot tersebut. Hati mula berbunga-bunga semula! Hehe

So, janji terpateri...photoshoot kami ialah pada pukul 9.00 pg, 12 Mei 2013 (Ahad) di Putrajaya.

Pakej yang ditawarkan include:

1 photographer 
1 pieces canvas print photo 18 x24
4-5 hours shooting
free burn dvd softcopy (unlimited photos :raw and edit)
unlimited shoot

p/s: Saya tak pilih pakej berserta photobook kerana saya nak buat sendiri photobook hehe.

So, persediaan sebelum photoshoot, saya cari 'props' yang ingin digunakan sepanjang sesi fotografi. Maklumlah, ada anak2 kecil, jadi kena bawa item yang mereka suka untuk pancing ' mood' mereka nanti.

Antara item yang boleh digunakan sebagai props:

belon
buih sabun
buku
pistol air
kereta remote
whiteboard /chalk board
kek
masquerade mask
dll



So,pada hari yang dijanjikan, kami bertolak awal daripada rumah dan sampai  tepat pada masa yang dijanjikan. Jangan lupa bawa 'umpan' untuk anak-anak kerana agak susah bagi mereka untuk 'warm up' depan camera hehe. Lagipun kami ni bukan artis hihi. Artis tu lain lah, dah memang kerja dia berlakon dan 'pose' depan camera. Dah biasa beraksi depan camera. Memang kena 'make sure' mood anak- anak ok dan baru boleh start ambil picture yang menarik. Yang penting...be natural !

Pemilihan pakaian juga memainkan peranan penting jika anda bercadang untuk buat photoshoot diluar kerana faktor cuaca dan keselesaan. Pilih waktu photoshoot diawal pagi supaya anda tidak perlu berpeluh-peluh berjemur di bawah sinaran matahari yang terik hingga cair segala 'make up' hehe. Tapi saya pun tidak mengenakan 'makeup' tebal untuk sesi photoshoot ini, cukup sekadar sunblock, compact powder, eye shadow, lip gloss dan sedikit pemerah pipi. Hehe me bukan model magazine...i just wanna be 'real me' ...so nanti pada masa akan datang gambar-gambar ni boleh di buat kenangan indah untuk kami sekeluarga . Setiap gambar ada ceritanya ...ye tak? Especially gambar bersama-sama insan yang kita sayang (suami dan anak-anak). 


ni je gambar yang baru dapat


Jika teman-teman semua berminat untuk lihat hasil photoshoot kami tu...jangan lupa baca next entry ye..hehe..sebab buat masa ni , kami belum dapat lagi softcopy gambar-gambar yang diambil . Insha Allah, jumpa lagi.
Wassalam! 
Terima kasih pada yang sudi membaca hingga ke akhirnya. Love u all...!Muah!Muah!




p/S: nak tengok hasilnya, sila klik disini ya!


18 comments:

Unknown said...

akak lak ank dah dewasa susah nak set masa lak xpyh umpan2 coz masing2 ada komitmen sndiri...nak kumpul sumer sekali dlm satu masa prblem ckit..!aduyai..

mama3heroo said...

wah seronoknya..

kurus said...

seronoknyee
besar2 dah anak kan ;)

Sweetamieda. Blo said...

Hihi tulah...kena cr masa yg sesuai...biasa time cuti or raya

Sweetamieda. Blo said...

Ha ah.mmg seronok juga sekali sekala kan...utk kenang-kenangan hihi

Sweetamieda. Blo said...

Yg sulung 9 thn,yg ke2- 8 tahun dan yg bongsu 4 tahun.buat photoshoot ni sempena anniversary kami ke 10thn

nazayiena said...

Betul tu nak bawa anak2 kecik photoshoot kena ada umpannya...

Jom join bloglist kak Nurul.

Sweetamieda. Blo said...

Wajib tu...hihi...br depa rasa relax n happy

nurbijen said...

pandai Ida umpan budak2 tu... masa kami buat photoshoot dulu, main belasah jer tanpa perancangan rapi... sepatut sejam jer, drag hingga dua jam.. hihihihi

Anonymous said...

Salam..

Singgah sini....apa yg colourful tu..?

Sweetamieda. Blo said...

Tulah.sy pun belajar dr pengalaman lalu juga hihi.masa firts time buat photoshoot dulu mmg sesi photoshoot x lancar n nampak kaku je pic hihi

Sweetamieda. Blo said...

Ooo mainan kincir kipas tu...bila kena angin dia berpusing hihi

CeqGu said...

hurmm nak kena tunggu anak bertambah baru syiok nak berphotoshoot. Tapikan macam penat jugak nak spend masa lama2 untuk photoshoot kan...

psstt nanti bleh ler pinjam blusher n eye shadow ida bila anis nak photoshoot hehehe

Sweetamieda. Blo said...

Siap ada masa rehat jap n gi minum2 dulu kat kedai mamak hihi.bebudak siap mkn aiskrim.
Hihi...nak pinjam boleh je hihihi

aby said...

salam ziarah TJ ..
photoshot yg bagus ..
perlu ilmu juga utk dapat shot yg elok kan ...

Sweetamieda. Blo said...

Tq sudi ziarah blog sy ni....salam pkenalan

OKje said...

Haruslah cantik photographer professional yang ambik!!!.... buat kenang kenangankan TJ... berapa cost dia?
OKje nampaknya ambik gambar sendiri ajelah...hehe



Sweetamieda. Blo said...

Hehe tulah okje.utk kenang kenangan di hari tua nanti.cost photographer ni bgaantung pd pakej dia.sy amik pakej yg sesuai dgn bajet hihi.tp mmg berbaloi.nanti bila dah dpt hasilnya(gambar2) sy tempek kat blog ye.skali ngan nama photographernya skali hihi