Alhamdulillah

Wednesday 8 October 2014

Cikgu Kimia bernujum!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bahang SPM sudah semakin hampir. Tentunya saat ini merupakan saat penuh debaran kepada semua calon SPM 2014, ibu bapa dan tentunya para guru! SPM akan bermula pada 3 November 2014. Lebih kurang sebulan dari sekarang.

Sebagai cikgu, tentunya ingin melihat anak didik masing2 berjaya dengan cemerlang. Saya mengajar subjek Kimia. Subjek ini selalu dikatakan 'killer' subjek. Padahal bagiku subjek ini amat menarik dan senang!

gambar ihsan google

Tahun ini tahun terakhir ada 3 kertas bertulis untuk subjek Kimia SPM. Bermula SPM 2015, hanya ada 2 paper bertulis dan satu lagi adalah ujian amali 'hands-on'.

Paper 1 (50 Marks)
50 Objective Questions 
__________________________ 

Paper 2 ( 100 marks )
Part A (60 Marks) =6 Structure questions
Part B (20 Marks)= 2 Essay questions
Answer only 1 question
Part C (20 Marks) =2 Essay questions
Answer only 1 question
____________________________ 

Paper 3(50 Marks)
Part A (33 Marks) =1 or 2 Structure questions
Part B (17 Marks) =1 Essay question
________________________________ 

TOTAL (Paper 1+2+3)= 200 Marks
^
^
^
^
Untuk Kertas 1, biasanya akan keluar soalan objektif dari semua topik tingkatan 4 (9 bab) dan tingkatan 5 (5 bab).

Untuk kertas 2 pula, antara soalan yang wajib keluar setiap tahun ialah :

Bab 2 : Struktur Atom (T4)
Bab 4 :Jadual Berkala Unsur (T4)
Bab 6: Elektrokimia (T4)
Bab 1 : Kadar Tindak Balas (T5)

... dan untuk tahun 2014 ini, tolong beri perhatian juga kepada beberapa topik yang mungkin keluar kerana belum keluar pada tahun 2011 &2012.

Bab 3:Formula dan persamaan kimia (last keluar  SPM 2012)
Bab 5 : Ikatan Kimia (last keluar SPM 2011)~ikatan ionik dan kovalen
Bab 9 : Bahan Kimia dalam Industri ~aloi / Proses Haber/ Proses Sentuh
(last keluar SPM 2011)
Bab 3: Pengoksidaan & Penurunan (T5)
(last keluar  SPM 2012)
Bab 4 :Termokimia (T5)~(last keluar SPM 2011)
Bab 5 : Bahan Kimia untuk pengguna (T5)~(sabun & detergent/bahan tambah dalam makanan/ ubat)

__________________________ 

Untuk kertas 3, soalan yang selalu keluar ialah dari bab:

Bab 6 :Elektrokimia (T4)
Bab 7 : Asid & Bes (T4)
Bab 1 :Kadar Tindakbalas (T5)
Bab 4 : Termokimia (T5)


*** Apa-apa pun, ini hanya ramalan berdasarkan analisis soalan SPM 2006-2013. Tidak semestinya ramalan ini 100% tepat (nama pun ramalan kan). Boleh dijadikan panduan untuk 'study' di saat-saat akhir ini. All the best untuk semua calon SPM especially untuk subjek Kimia/Chemistry!
You can do it! Doa cikgu sentiasa bersama kalian.
Sekian, wassalam!

gambar ihsan google


1 comment:

Unknown said...

dlm brita td ckp result spm akn dikeluar awal thn dpn..xmcm selalu lwt ckit..ada soalan bocor x teacher?hikhik..