Alhamdulillah

Tuesday, 25 June 2013

Kedai gunting rambut bergerak dan dobi door to door

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebenarnya baru teringat tentang 2 perkara yang berlaku di sekitar kawasan kediamanku yang kurasa agak menarik untuk dikongsi. Perkara pertama...saya baru juga first time ternampak iaitu kedai gunting rambut bergerak dan perkara kedua ialah perkhidmatan dobi door to door

Kedai gunting rambut bergerak tu di dalam sebuah anak lori (lori kecil hehe). Lebih kurang macam gambar di bawah. Hari tu masa terserempak, saya tengah drive so tak sempat nak snap picture. Lori ni park di luar pagar kondominium kami.

gambar ihsan google

Menarik kan??!! Hehe tapi saya tak pasti berapa bayaran yang dikenakan tapi memang tak dinafikan idea ni kreatif dan inovatif. Tak perlu sewa2 unit kedai dan sebagainya. Yang penting dapat mencari rezeki yang halal.

Perkara kedua pula ialah perkhidmatan dobi door to door. Saya selalu dapat flyers tentang perkhidmatan ni. Ada je flyer ni dalam pigeon hole . Sekiranya ingin menghantar baju ke dobi, anda boleh call or sms sahaja nombor tertera pada flyers tersebut dan mereka akan datang ambil pakaian anda di muka pintu rumah anda. Pakaian yang dah bersih itu juga akan di hantar kembali kepada anda . So tak perlu susah2kan diri la senang cerita hehe. Macam2 kan cara orang berniaga. Semuanya kreatif dan ada usaha untuk maju dan bersaing. (Tapi setakat ini saya belum pernah lagi menggunakan service dobi door to door ni).

gambar ihsan google

Itu sahaja coretan untuk kali ini. Sehingga ketemu lagi. Wassalam

Kerja Bergaji pun berpahala

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bertemu lagi di petang Selasa yang masih berjerebu ini.

Tertarik dengan artikel bertajuk "8 langkah Kerja bergaji pun berpahala" dalam Majalah Solusi isu 57. Memandangkan diriku juga bekerja makan gaji, cepat je rasa aura artikel  ini menyerap masuk dalam minda dan hati. Semuanya bergantung pada niat dan keikhlasan kita serta Ittiba' al-sunnah. Sungguh! 

Ikhlas melakukan sesuatu kerja dengan niat  demi ketaatan kepada Allah dan mengharap redha-Nya.

Ittiba' al-sunnah pula ialah prinsip mengikut sunnah Rasulullah dalam setiap aspek; semangat, tatacara dan akhlak


Kedua -dua 'I' ini kena bergandingan (ikhlas dan ittiba'), barulah kerja bergaji pun berpahala.

Ooo gitu , senang nak sebut tapi susah nak mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kitakan. Namun selepas membaca artikel ini memang bertekad untuk cuba mempraktikkan langkah2 yang disarankan.






8 langkahnya:

Bermotivasikan ganjaran Allah.
Kerana Allah & Rasulnya suka.
Demi tanggungjawab lain (cth:menyara keluarga).
Tekun & bersungguh-sungguh.
Memberi manfaat kepada orang lain.
Berakhlak mulia.
Yang haram dihindari.
Yang wajib tidak diabai.


Juga jangan lupa supaya tidak mencuri masa kerja bergaji dengan membuat kerja2 personal kerana bimbang itu juga mengurangkan pahala dan keikhlasan kita.

Sekian, wassalam.
Jumpa lagi next entry.

Monday, 24 June 2013

Jam Tawaf

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali ni nak 'share' sedikit tentang Jam tawaf. Saya mula2 dapat tahu tentang jam ni apabila melihat jam tangan yang dipakai oleh one of my students. Kemudian kebetulan pula 2-3 hari selepas tu, ada keluar artikel di dalam suratkhabar tentang Jam Tawaf ni. Dan sewaktu berkunjung ke pameran Arts & Crafts 2013, kebetulan ada booth Jam Tawaf ni.(hehe banyak betul kebetulan dan dalam jangka masa yang terdekat).

Ni sedutan artikel yang diambil dari suratkhabar Kosmo:

"Ya, jam tawaf. Tidak seperti jam biasa yang pergerakan jarumnya ke kanan, pergerakan jarum jam tawaf adalah ke kiri.
Arah tawaf
Bumi, bulan, bintang dan matahari beredar pada satu arah iaitu pada arah tawaf seiring dengan cara orang Islam melakukan tawaf di Kaabah.
Begitu juga dengan darah di dalam tubuh badan kita yang beredar mengelilingi badan pada arah tawaf.
Kebanyakan kita tidak sedar bahawa dengan menggunakan jam biasa sebenarnya menyebabkan terhasilnya satu getaran yang tidak seimbang pada badan kerana jam yang dipakai itu berputar bertentangan dengan fitrah alam.
Akibat getaran badan yang tidak seimbang menyebabkan seseorang itu mudah menerima anasir-anasir yang negatif dan seterusnya mendapat pelbagai jenis penyakit.
Menurut Mohd. Wieza Mohd. Ali yang merupakan stokis Hijra Timepiece di Selangor, jam tawaf keluaran syarikat tersebut kalis air dan diperbuat daripada plastik tahan lasak serta mampu menahan tekanan kedalaman sehingga 50 meter. Jam tawaf juga dikatakan mempunyai manfaat kesihatan dengan memberikan keseimbangan badan, ketenangan fikiran, mengasah bahagian otak sebelah kanan, membetulkan aura si pemakai serta sesuai dipakai oleh pesakit kanser kerana dipercayai dapat memusnahkan sel-sel kanser. "
Gambar ihsan google

gambar ihsan google



Boleh klik link dibawah untuk tahu lebih lanjut :


Ok, itu sahaja untuk kali ini. Wassalam

Kain pelikat & kain songket moden

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Jerebu masih meng'kelabu'kan alam (adui rosak bahasaku). So, semua sekolah di KL dan Selangor pun turut bercuti pada hari ini. 

pesanan dari Mr Nuffnang

Beralih daripada isu jerebu, just nak 'share' tentang hari tu ada beli kain pelikat untuk anak-anak terunaku. Senang untuk mereka bersolat. Cap Ayam Serama Junior hehe. Brand tu je yang ada kat kedai tu. Cantik dan lembut je kain dia.



Nak tanya ada tak sesiapa kat sini mengalami masalah keguguran rambut? Ada tips nak share? Kalau ada, jangan lupa tinggalkan tips anda ya.



Hari tu kat Jusco ada satu "Arts & Crafts fair 2013" (14-26 May). Ada pelbagai item menarik dipamerkan dan dijual di situ.


Jam tawaf ~ jam ni berpusing arah bertentangan dengan jam yang kita guna sekarang.
Menarik rahsianya!
Jam tawaf ~Seleksi jam tangan dan jam dinding. Setiap satu berharga RM90
Tanamera Tropical Spa
Produk spa yang dijual untuk spa sendiri @ home. Siapa pernah guna produk ini?
Ini pula kain songket moden...cantik dan lembut serta tidak keras dan tebal seperti songket biasa. Ini dari I'naz Collections. Sepasang 5 meter. Cantik tak? hehe
Dok ralit tengok orang hias donut
Ini pulak permainan Circus Bungee (ni kat Wangsa Walk)


Hehe disebabkan jerebu jadi tak boleh keluar dari rumah, so entry nipun hanya imbas kembali cerita weekend2 lalu hehe. Namun semalam kami sekeluarga sempat juga pergi menonton cerita "Monsters University" di TGV Cinema Wangsa Walk. Best!


Sekian, wassalam!

Sunday, 23 June 2013

Underwear untuk handphone?


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Just nak share something ...agak berkait dengan eksploitasi wanita (walaupun tidak secara direct). Lagi tentang aksesori handphone. Tak caya? Boleh tengok gambar di bawah ni:

photo
gambar ihsan google

gambar ihsan google

So, apa pendapat teman-teman semua?

Sekian, wassalam.














Supermoon tonite!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Keadaan jerebu makin teruk di KL nih....! Kepala pun terasa sakit kerana menghirup udara tercemar. Semoga keadaan akan menjadi semakin baik. Sebelum tu dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah, banyakkan minum air masak, tutup semua pintu dan tingkap rumah, memakai 'mask' dan berdoalah pada Allah agar bencana ini akan segera hilang.

Sebelum terlupa, pernah dengar tentang fenomena Supermoon? Supermoon  adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi (perigee).Keadaan itu berlaku apabila kedudukan bulan paling dekat dengan Bumi pada jarak 357,000 kilometer.
Posisi tersebut adalah 24,600 kilometer lebih dekat daripada purata jarak Bumi dengan bulan. Fenomena ini berlaku setiap 350 tahun sekali.

fenomena supermoon dijangka akan berlaku malam ini !
gambar ihsan google

Sekian, Wassalam. Jumpa lagi next entry ya!

Saturday, 22 June 2013

Muzium Lilin dan Nisfu Syaaban

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Just nak kongsi satu berita terkini...I-City perkenal Muzium Lilin Interaktif pertama di Malaysia~The Red Carpet ! Muzium ini akan mula dibuka kepada umum pada bulan Ogos nanti. Tak sabarnya nak gi tengok hehe. Untuk tahu lebih lanjut boleh klik link di bawah:


gambar ihsan Google
Sebelum ni I-City juga ada  satu Muzium 3D yang best juga iaitu Trick Art Museum.

gambar ihsan Google

Kepada semua umat Islam, jangan lupa hari penting dalam bulan Syaaban iaitu Nisfu Syaaban (24 Jun 2013)

Sila baca petikan di bawah:

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.Wtidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Ok, itu sahaja untuk kali ini. Moga menjadi pedoman. Wassalam