Alhamdulillah

Tuesday, 25 June 2013

Kerja Bergaji pun berpahala

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bertemu lagi di petang Selasa yang masih berjerebu ini.

Tertarik dengan artikel bertajuk "8 langkah Kerja bergaji pun berpahala" dalam Majalah Solusi isu 57. Memandangkan diriku juga bekerja makan gaji, cepat je rasa aura artikel  ini menyerap masuk dalam minda dan hati. Semuanya bergantung pada niat dan keikhlasan kita serta Ittiba' al-sunnah. Sungguh! 

Ikhlas melakukan sesuatu kerja dengan niat  demi ketaatan kepada Allah dan mengharap redha-Nya.

Ittiba' al-sunnah pula ialah prinsip mengikut sunnah Rasulullah dalam setiap aspek; semangat, tatacara dan akhlak


Kedua -dua 'I' ini kena bergandingan (ikhlas dan ittiba'), barulah kerja bergaji pun berpahala.

Ooo gitu , senang nak sebut tapi susah nak mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kitakan. Namun selepas membaca artikel ini memang bertekad untuk cuba mempraktikkan langkah2 yang disarankan.






8 langkahnya:

Bermotivasikan ganjaran Allah.
Kerana Allah & Rasulnya suka.
Demi tanggungjawab lain (cth:menyara keluarga).
Tekun & bersungguh-sungguh.
Memberi manfaat kepada orang lain.
Berakhlak mulia.
Yang haram dihindari.
Yang wajib tidak diabai.


Juga jangan lupa supaya tidak mencuri masa kerja bergaji dengan membuat kerja2 personal kerana bimbang itu juga mengurangkan pahala dan keikhlasan kita.

Sekian, wassalam.
Jumpa lagi next entry.

8 comments:

nurbijen said...

Mudahnya nak dapat pahala... asalkan kita niat kerja dgn betul, semata mata kerana Allah :)

Sweetamieda. Blo said...

Betul tu.semuanya kerana Allah,insha allah dpt pahala

Umm AA said...

semuanya kena dgn niat ikhlas utk mendpt keredhaan Allah kan barulah amal kita diterima wpun amal dlm bentuk mencari nafkah..

Unknown said...

akak pun bekerja dgn amanah n tggjwb gak..hihi

Sweetamieda. Blo said...

Bagus2!

Sweetamieda. Blo said...

Ha ' ah betul tu.apa yg kita buat sekalipun if ikhlas n dgn niat kerana allah insha allah dpt pahala dan diberkati

OKje said...

Betul dan setuju cuma ada kalanya terbabas jugakkan hehe... Nama pun manusia...

Sweetamieda. Blo said...

Terbabas. ..cepat2 kembali ke jln yg benar hihi tak gitu.yg penting cepat sedar