Alhamdulillah

Sunday, 7 April 2013

Ikea & nasi Arab di hujung minggu!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Harap semuanya berada dalam keadaan sihat-sihat dan ceria sentiasa. Dihujung minggu memang bermacam-macam aktiviti bersama keluarga yang boleh kita lakukan. Kadang-kadang hujung minggu rasa lagi penat daripada hari bekerja hehe.

Sebelum buka cerita pasal 'shopping' @ Bandung , hari ni nak kongsi sedikit cerita kami di Ikea, Mutiara Damansara, PJ, Selangor. Niat dihati untuk cuci-cuci mata lagipun dah lama kami tak berkunjung ke Ikea ni.


Bebudak ni memang kalau boleh semua 'showroom ' depa nak lepak hehe.
Suka sangat kan tengok hiasan dan aturletak setiap 'showroom'


 Danish dok salin harga setiap item yang dia berkenan pada kertas catatan Ikea hehe. 
Panjang 'list' barang dia nak.



Ooohhh..selesanya tidur!



Carpet

Bingkai gambar pelbagai saiz, warna dan bentuk


 Cantikkan pasu berkerawang ni


Banyak sangat benda menarik di Ikea nikan...that's why kita tak jemu-jemu untuk berkunjung kat sini...Paling 'best' dapat idea susun atur dalaman dan fungsi ruang daripada' showrooms'nya.

Sempat beli ready- made curtain, set pisau, book -end dan 2 pasu tanaman hiasan

Cantik tak??hehe

Balik dari Ikea, kami singgah makan tengahari di Restaurant Wadi Hadramawt. Tagline dia: 
 "The best Yemeni Arabic Food In Town".


Menu

Menu

 Chicken Kabsa

Chicken Kebab Sandwich-memang sedappp!

Isi dalam Chicken Kebab Sandwich

Alhamdulillah...rezeki Allah. Memang sedap. Sesudah makan, kami pun terus balik ke rumah...Aaahhh, esok kerja! hehe. Sehari je cutipun {ahad}, sebab sabtu pun kerja huhu...Cepatnya masa berlalukan.. Demi masa...moga kita semua tidak berada dalam kerugian.

Wassalam, jumpa lagi!


Saturday, 6 April 2013

Apa pilihan anda?

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hehe...'entry' hari ni pelik sikit hihi...nak bagi pilihan pada teman-teman pembaca sekalian pilih tajuk untuk i coretkan di blog ini...tapi ada pilihannya la....Pilihannya seperti dibawah. Nanti pilih nombor berapa ya...

1. Petrosains

2.  Bukit Fraser


4. Sunway Lagoon

5. KL Bird Park

6. Hot- Air Balloon , Putrajaya

7. Colmar Tropicale, Bukit Tinggi


8. Make your own volcano @ home


9. Make your own fake snow!

Hehe.. itu saja  buat kali ni...tengok  ada sambutan ke tak...Ada 9 pilihan...tapi mungkin tempat2 ni sudah biasa dilawati oleh teman2 semuakan.. Selamat memilih...ceh macam nak memilih calon untuk mengundi pulak ...

Wassalam




Friday, 5 April 2013

Book Xcess !

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman-teman tersayang
Apa khabar semua? Harap semua sihat dan ceria di hari Jumaat yang penuh berkat ni.
Hari ni nak kongsi sedikit cerita tentang Kedai Buku Book Xcess yang terletak di Amcorp Mall, PJ. Kedai buku ini dibuka setiap hari bermula pukul 10.30 pg hingga 9.30 mlm.





Suka bawa anak-anak pergi ke kedai buku ni kerana banyak terdapat seleksi' pop-up book's dengan harga yang amat berpatutan!.

Ini satu contoh 'pop-up books' yang amat best!

 'pop -up' human skeleton with full information! (Good for biology's student!)

 My beginning in mum's uterus!

Ni 'picture' tahun lepas hehe

 My head

Inside my head !(brain, skull etc)

rib cage

My tummy!

Inside my tummy!

Ini contoh buku-buku lain yang kami beli kat sana.



 Ini juga 'pop-up books' yang amat menarik!

It belongs to little Danish coz hobi Danish ialah segala yang berkaitan tentang kereta hehe 
(toys and books about cars)





Pendek cerita, macam-macam jenis buku ada disini....Jommm....datang ramai-ramai!

Danish and fresh rose! Cium bunga sampai bunga masuk hidung ke??
Danish cakap...just for you...!muaahhh!

Sampai sini dulu cerita kita...jumpa lagi ya.
Terima kasih yang sudi membaca sampai habis.
Wassalam!



Thursday, 4 April 2013

adoi....panasnya!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua teman bloggers dan semua yang sudi membaca 'entry'ku kali ini

Nak dijadikan 'citer', 'today' i kena jadi 'bidan terjun' (biasa ler cikgu,mcm2 kena jadi) bawa budak olahraga ke pertandingan peringkat zon. Ada seorang guru olahraga dan i jadi peneman dia la. Lokasi pertandingan, Mini Stadium Bandar Tasik Permaisuri, Cheras.

Almaklum, cuaca sekarang yg panas dan x menentu..adoiiii...mmg jap ja dahaga air.Tapi yang menjadi masalahnya, air kat tandas pulak takde huhuhu...Bayangkan dengan jumlah orang yang ramai dan semua toilet tiada air.Dahla cuaca panas, sampai nak minum air pun takut nak ter 'tut' coz tiada air kat toilet.

Kami bertolak dari sekolah around kul 6.30pg dan now 2.30ptg....kami masih setia disini...setia la sangat ,hehe satu badan bau busuk masam,bermandi peluh.Nasib baik mana nak solat zuhur tadi ,ada air jap kat surau.Syukran!

Persembahan pada majlis perasmian penutup Kejohanan Olahraga Zon Keramat.

p/s: pukul 7.00 mlm baru kami sampai ke sekolah semula.Fuh, penat!!

share sikit gambar kasut sukan baru i hihihi...cantik tak??


itu saja utk kali ini.tata!