Alhamdulillah

Sunday, 6 July 2014

Erti hidup pada memberi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, hari ini kita telah berada di hari ke-8 Ramadhan. Sedar tak sedar sudah 8 hari kita berpuasa! Cepatnya masa berlalu. 
gambar ihsan google

Pengertian puasa:

"Maksud puasa dalam bahasa Arab adalah “Shiyam atau shaum”, keduanya merupakan bentuk masdar, yang bermakna menahan. Sedangkan secara istilah fiqh bererti menahan diri sepanjang hari dari terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari dengan niat tertentu, menahan dari segala sesuatu yang menyebabkan batalnya puasa bagi orang islam yang berakal, sihat, dan suci dari haid dan nifas bagi seorang muslimah. Puasa ramadhan hukumnya wajib untuk semua muslim yang memenuhi syarat untuk melakukannya. Kewajiban berpuasa di bulan Ramadhan berdasarkan nash al-Qur’an yang sifatnya qot’i dalam kajian ilmu fiqh."

Mari teman2, kita sama - sama tingkatkan amalan di bulan yang mulia ini. Sesama memperbaiki diri dan ibadah kita dengan harapan ibadah kita diterima Allah dan kita menjadi insan yang lebih baik dan beriman. Amin!

gambar ihsan google

Sedar tak sedar juga setiap saat yang berlalu adalah sinonim dengan pertambahan umur kita. Masa yang berlalu takkan kembali lagi. Itu juga menunjukkan kita semakin hampir dengan kematiankan? Janji Allah, Mati itu pasti.
" Tiada penyakit yang tidak boleh diubati selain penyakit tua dan mati."
Manalah tahu ini Ramadhan terakhir kita...bersediakah kita?
Oh...bila mengingati mati, hati kita jadi takut. Semoga dengan ingat mati kita takut untuk berbuat perkara yang Allah murka. Semoga dengan ingat mati..kita tidak lalai melakukan segala tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ni.

Erti hidup pada memberi...Jom kita beri kasih sayang yang tak berbelah bahagi pada suami , anak2 dan ibu bapa serta adik beradik, famili, sahabat dan seluruh umat Islam serta pada haiwan dan juga alam semesta.
Memberi tanpa mengharapkan apa2 balasan...In sha allah hidup kita akan tenang dan bahagia. Niatkan ikhlas untuk mencari redha Allah. 

gambar ihsan google

gambar ihsan google

Sekian, wassalam!
Salam kasih sayang di bulan Ramadhan yang mulia ni.

6 comments:

aby said...

salam TJ ..
selamat menjalankan ibadat puasa utk TJ sekeluarga ..
setuju .. panjangkan tangan memberi dibulan yg mulia ini ..
duit beribu didalam bank tidak akan mendoakan apap2 utk kita tetapi rm1/ disedekahkan kpd org mampu mendoakan kita kebahagian dunia dan akhirat

Rozita Ismail said...

betul tu Ida..dr bersedekah buat keluarga terdekat dahulu akn mendpt 2 pahala..satu pahala bersedekah dan ke2 pahala mengeratkan silaturrahim..wallahuaklam!

Knor said...

alhamdulillah syukur sama2 kita dapatkan redha Allah

Mummydearie said...

Selamat menjalani ibadah puasa, TJ. Sedar tak sedar, dah masuk hari ke-9 hari ni. Moga kali ni ibadah puasa kita lebih bererti.

fasha said...

salam ramadhan ya,..
and selamat berkenalan..huu

hainom OKje said...

Salam Ramadhan ke 11 TJ...moga kita belajar untuk menjadi pemberi yg ikhlaskan....