Alhamdulillah

Tuesday, 15 July 2014

Persiapan raya~keperluan & kehendak

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Masa berlalu dengan pantasnya. Sudah 17 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan! Cepatnya masa berlalu...Sedih bila mengingatkan dalam sedikit masa lagi Ramadhan akan berlalu meninggalkan kita.
Kalau 2 minggu lepas, umat Islam sibuk membuat persiapan untuk berpuasa, sekarang bermula pula kesibukan untuk membuat persiapan raya. Harap2 kesibukan itu tidak melalaikan kita dalam menjalani ibadah di hari-hari terakhir Ramadhan . 

Gambar ihsan google

Dalam kesibukan dengan persiapan raya , jangan lupa bayar zakat fitrah dan menderma kepada yang memerlukan. Bagi insan yang ada hutang puasa tahun-tahun sebelumnya (meninggalkan puasa atas sebab2 yang dibolehkan), jangan lupa juga membayar fidyah puasa dan berusaha untuk menggantikan puasa yang telah ditinggalkan itu bila keadaan mengizinkan.

Gambar ihsan google
^
^
^
^
Antara persiapan biasa yang dilakukan untuk menyambut kehadiran 1 Syawal ialah:

Membeli / menempah pakaian baru untuk seisi keluarga (pilih pakaian yang sopan dan menutup aurat serta tidak memilih pakaian untuk bermegah-megah).

Menukar duit raya.

Gambar ihsan google
Ada juga yang akan mengecat rumah, menukar perabot, langsir, barang kemas dan kereta (pendek kata semua serba baru ye).
Gambar ihsan google

Gambar ihsan google
Kaum ibu/isteri paling sibuk membersihkan rumah, mengemas dan membuat segala persiapan raya yang lainnya.

Gambar ihsan google

Membuat sendiri @ membeli biskut raya dan juadah di pagi raya.
Biskut raya~Gambar ihsan google
Lemang~Gambar ihsan google

Roti jala~Gambar ihsan google

Nasi dagang~Gambar ihsan google

Service kereta~brek, aircond, tayar dll (jangan lupa, ini penting untuk keselamatan dan keselesaan seisi keluarga semasa dalam perjalanan balik ke kampung halaman untuk beraya).

Gambar ihsan google

Kad raya~ budaya menghantar kad raya sudah semakin lenyap.

Gambar ihsan google
Taknak main mercun ready-made or buatan sendiri.

Gambar ihsan google
Jaga kesihatan, makan minum dan nafsu sepanjang Ramadhan dan teruskan juga untuk bulan2 seterusnya. In sha Allah!

Rapikan penampilan diri. Yang lelaki potong rambut dan kemaskan janggut dan misai. Kalau gigi berkarat akibat tabiat merokok, tak salah secara rutin (setiap 6 bulan sekali) ke klinik gigi untuk 'scaling gigi'...dan yang penting....berhentilah merokok!

Potong kuku tangan dan kaki serta tak lupa mandi sunat aidilfitri dan memakai pakaian baru dan wangian .

Apapun persiapan yang biasa anda lakukan, jangan sesekali terlupa nasib insan lain yang tidak sebaik kita. Banyakkan bersedekah supaya semua umat Islam dapat meraikan 1 Syawal dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Digalakkan menjamu makan orang miskin.

Gambar ihsan google

Dan yang penting juga , jangan bergaduh laki bini kerana berebut nak balik ke kampung masing-masing. Buat giliran!

Gambar ihsan google

Gambar ihsan google

Sekian sahaja coretan hari ini. Wassalam!

3 comments:

hainom OKje said...

TQ mengingatkan TJ.... byk lagi masih outstanding tu. Belum kemas rumah lagilah TJ.....bila dah leka berblog...mlsnya nak kemas....huhu...

Rozita Ismail said...

Uwaaa...!!!mood raya xsampai2 lg ni..!takut la nak mkn sekut raya cenggitu..hiiii

hainom OKje said...

Selamat Hari Raya ....maaf zahir batin TJ....senyap jer...mana cite Raya?