Alhamdulillah

Tuesday 14 January 2014

Miss lilac rosak hard disc!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kejadian ini baru sahaja berlaku pada 2 jan 2014 yang lalu. Miss lilac kesayanganku tetiba rosak dan tak boleh digunakan!. Mulanya aku ingat hanya kena virus, terus selepas tamat waktu persekolahan hari pertama untuk tahun 2014, aku singgah dikedai Wellcom pc di Wangsa Walk untuk beli antivirus Karspersky 2014. Sekali, selepas diperiksa dan dicari punca masalah...'hard disc'nya rosak ! Uwwaaaa! Kena tukar hard disc baru dan format semula netbook. Kosnya RM380. Kalau tak tukar hard disc baru memang Miss Lilac, netbook berjenama Acer kesayanganku yang aku gunakan sekian lama untuk  mengajar Kimia dan Biologi di sekolah itu tak dapat diselamatkan lagi.
 So, aku terus bersetuju untuk tukar hard disc baru dengan syarat mesti siap segera kerana esok aku akan gunakan untuk mengajar.
But...berita sedih kedua yang diterima ialah bila semua file dan document dalam Miss Lilac tidak dapat diselamatkan! Oh no! Pasrah!

Miss lilac  siap dalam masa 3 jam. 

Inilah Miss Lilac yang telah banyak berjasa kepadaku
Warna lilac adalah salah satu warna kegemaranku!
^
^
^
^
^
^
Ini pula Apricot B17 Coffee. Untuk pengetahuan semua khasiat dalam biji aprikot baik untuk melawan sel kanser. Nanti kita cerita lanjut tentang kopi yang sedap ni ye...Tungguuuu!

Salam Maulidur rasul buat semua teman2.
Sekian, wassalam!

8 comments:

aby said...

salam maulidur rasul TJ ..
bila sebut pasal komputer atau hanfon, pasti tk lari akan terasa amat kehilangan apabila content kt dalam tu hilang ..
pelan2 top up balik input2 kedalam netbook tu

Sweetamieda. Blo said...

Salam aby.tulah huhu.nasib baik sesetengah file ada back up kst external hard disc

Maria Firdz said...

Salam Maulidur Rasul... :-)

Unknown said...

salam maulidurrasul...mahalnya!

nurbijen said...

Salam Maulidur Rasul Ida...
Nasib baik masih boleh diselamatkan....
wah, Ida mmg guna laptop ke masa mengajar? mesti best kan jadi sudent ida? Nampak slide tu pun dah rasa semangat nak belajar :)

Mummydearie said...

Nasib baik dapat diselamatkan lagi walaupun hilang segala file di dalamnya. Peminat lilac rupanya ya :)

OKje said...

Sekali sekala Miss lilac nak gak ngengada TJ....nk kena belai...nak kena htr Spa....kasi groom hehe

Anonymous said...

Byk juga abis ye ju......