Alhamdulillah

Thursday 20 February 2014

'Spa' licious 'Spa'cials

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mengikut perancangan, selepas 'entry' tentang  Poori yang enak tu, 'entry' seterusnya adalah tentang Pasar Seni (Central Market). Tetapi kita 'hold' dulu 'entry' tentang Pasar Seni tu untuk memberi laluan kepada 'entry' ini~ 'Spa'licious!

Hehe...alkisahnya pada hari isnin (17 feb 2014) yang lalu, me and kak Ana, one of my bestfriend merangkap teman sejawat, telah membuat temujanji di  Suri Permai Spa. Temujanji kami ialah pada pukul 2.30 petang. Ini ialah pengalaman pertama kami di spa muslimah tersebut.

Suri Permai Spa
7-3 Platinum Walk, Jalan Langkawi Setapak, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

0 3-4143 1070

Masuk sahaja ke dalam spa tu rasa tenang je. Dengan pengcahayaan samar ala romantik dan muzik latar yang mendamaikan.
Macam2 pakej dan perkhidmatan yang ditawarkan di spa ini.
Kami memilih pakej Bronze yang merangkumi foot soak, body scrub, aromatheraphy massage and cooling eye pillow. Harga pakej ni ialah RM143 dan estimated time ialah 1 hour and 30 mins.

 Suri Permai Spa ~ gambar ihsan google

Suri Permai Spa ~ gambar ihsan google

Suri Permai Spa 
Mula2 kami dibawa untuk tukar pakaian dan buat foot soak dulu. Sambil merendam kaki di dalam air suam yang diletak garam himalaya, kami dihidangkan dengan teh yang sedap.

Tempat foot soak ~ gambar ihsan google
Spa ni memang menyediakan  pelbagai perkhidmatan dan untuk wanita sahaja. Jadi aurat kita terjaga disini..in sha allah! Sekali- sekala memanjakan diri disini serta ada orang urut badan kita yang lenguh sana -sini setelah penat bekerja. Memang heaven lah! Encik suami pun dah bagi keizinan untuk i ke spa setiap bulan sekali. Hurray! hehe.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di spa ni:

facial
FIR sauna
mandi bunga, mandi susu, mandi coklat, mandi herba, hydro bath
manicure & pedicure
hair wash, hair cut, hair treatment
body massage (traditional, asmaragama and aromatheraphy)
ear candling
body scrub
spa untuk kanak2 & remaja perempuan
make-up
Mother care~ post-natal & pre-natal package
Vaginal care

Banyak kan?!!Jommm!





Minyak yang digunakan untuk urut aromatheraphy itu ialah lemongrass / serai wangi. Memang wangi sungguh aromanya! Selepas treatment, badan rasa segar dan kulit rasa lembut sangat!

Terus me and kak Ana apply jadi member spa ni hehe. Yuran keahlian RM55 setahun.  Kami dapat free of charge (foc) facial treatment kerana mendaftar jadi ahli. Anytime boleh datang redeem. Banyak lagi kelebihan jadi ahli antaranya ialah:

gambar ihsan google
Sempat posing di depan spa sebelum balik

Okay, sampai sini sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi next entry.
Sekian, wassalam!




12 comments:

Farah Waheda Wahid said...

wah menarik ni, thanks for sharing...

AtieYusof said...

Menarik SPA ni kak.. klu dekat bolehlah terjah..hehe

Sweetamieda. Blo said...

Betul tu..jom reramai

Sweetamieda. Blo said...

Tulah atie hihi

Unknown said...

waaah tahniah ler dah dpt green light dr en suami tu!sbulan skali tu..!!!huhu

Sweetamieda. Blo said...

Hihi jom kak kita gi sesama

Mummydearie said...

Nampak macam best ni. Dah lama tak meng'spa'kan diri sejak beranak kecil nih :)

Sweetamieda. Blo said...

Yupp mmg best sesekali dpt org picit2 badan ni

Kakzakie Purvit said...

Dah ada green light boleh buat sebulan sekali memanglah wajar terus join member... ada diskaun pastinya kan..

OKje said...

Yes...mmg best dapat gi SPA.....masa utk memanjakan diri hehe...patug pun wajah pun berseri seri kat gambar bawah tu hehe

Sweetamieda. Blo said...

Tulah akak...join je dulu.in sha allah..ada peluang,dtg lg

Sweetamieda. Blo said...

Berseri ke okje?hihi