Alhamdulillah

Friday 3 January 2014

Moh kita ke Perak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat tahun baru 2014 kepada semua teman2 diluar sana. Moga kita semua berjaya dan tabah melalui cabaran di tahun baru ini. In sha Allah!

Sebelum itu sedikit amaran awal: 'entry' ni panjang dan banyak sangat gambar (55 keping!) hehe. Mungkin akan buat anda jemu tapi walaupun jemu cuba baca sampai habis ye hehe.

Ini 'entry' pertamaku ditahun baru 2014. Lama tak sempat BW blog teman2 kerana kami telah berkelana ke bumi Perak 
( 'specific'nya  bandaraya Ipoh, Kampar, Gopeng, Batu Gajah & Teluk Intan) hehe . Wah..memang banyak betul tempat menarik yang berjaya kami lawati kali ni.
"Ipoh...after 10 years... aku kembali semula hehe". Sebenarnya dulu tahun 2003 aku pernah mengajar di sebuah sekolah menengah di Ipoh (first posting). Setahun sahaja sempat berkhidmat di Ipoh, selepas tu aku minta tukar ke KL kerana berkahwin dan mengikut suami yang bekerja di KL. Kini Ipoh dikenali sebagai Bandaraya Bougainvillea.

Sempat pergi jenguk sekolah pertamaku bergelar guru (jenguk dari luar pagar jelah hehe. Cuti sekolah, mana ada orang)

Makin cantik dan ceria




Kami menginap di DWJ Hotel. Hotel kecil sahaja tapi sangat 'cute'.


Address: 

1 Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Jawa, 30450 Ipoh, Perak

Phone:05-242 8777



Lobi hotel

Lobi hotel

Kami ambil 'family room'. Rate per night ialah RM170++.

Ini tarikan utama untuk anak2ku. First time tidur hotel ada katil 2 tingkat untuk kids hehe (almaklumlah kat rumah takde katil 2 tingkat...seronok la depa bertiga ni)



Antara 10 perkara yang menarik untuk dikongsi kali ini ialah:

1.Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

.
Taman Rekreasi Gunung Lang yang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak. Disini kami berpeluang naik bot dengan kadar tambang yang murah sangat. RM3 dewasa dan RM1.50 untuk kanak2. Kami dibawa ke satu pulau kecil dan diturunkan kat situ. Di pulau itu ada sebuah menara & taman permainan kanak2. Pemandangan juga cantik! Kulihat hijau!

Naik bot

Pemandangan dari atas menara
2.Gua Tempurung, Kampar



Gua Tempurung, akhirnya kami sampai! hehe. Tapi trip ni memang kelakar. Semangat berkobar2 gitu nak masuk ke dalam Gua Tempurung. Ada 4 jenis pakej lawatan yang disediakan untuk masuk ke gua ini. Kami memilih pakej 1 (yang paling senang dan mengambil masa hanya 40 minit). Sekali dah bayar tiket  dan mula masuk ..tak sampai 5 minit kami dah berpatah keluar balik semula haha. Fuiyoo tinggi giler tangga,gelap dan memang agak mencabar kerana kami membawa 3 anak kecil bersama2. Mana nak pegang tangga , mana nak pegang anak dan nak imbangkan badan lagi huhu. So kami ambil keputusan keluar semula demi keselamatan semua. In sha allah, bila anak2 dah besar, kami datang lagi.

Pintu masuk ke Gua Tempurung

4 jenis pakej lawatan yang ditawarkan

Serba sedikit sejarah Gua Tempurung




Ada lagi tangga yang lagi tinggi dan curam daripada ni


dinding gua 



3.Kellie's Castle, Batu Gajah
Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah, terowong rahsia dan dilengkapi lif pertama di Tanah Melayu
Senarai harga tiket untuk masuk Kellie's Castle





Hantu!!
Memang ada banyak mitos tentang Kellie's castle ni


Pandangan dari atas bumbung Kellie's Castle

Haikal bergambar dengan poster Sir William Kellie Smith


4.Gaharu Tea Valley, Gopeng
Ladang teh di Ipoh? Wah, penemuan baru bagiku. Teh dibuat dari daun pokok gaharu
Terdapat lebih 200, 000 pokok gaharu di ladang ini




5.Nasi Vanggey, Persiaran Greentown
memang sedap 'nasi ganja' ni hihi

Ada 3 cawangan restoran ni di Ipoh

6.Nasi Goreng Udang & Mee Udang , Medan Selera SSI Corner

nasi goreng udang RM11.50~memang sedap! Recommended!

Mee udang RM11.50



7.Menara Condong, Teluk Intan

Sedikit sejarah tentang Menara Condong

Naik tangga ke tingkat atas Menara Condong





8.Taman Tema Air Pancut KTM Ipoh (depan The Majestic Station Hotel )






9. Limau Bali (Hentian Limau Tambun)

So juicy! Manis! Saiz sederhana RM12 sebiji

gambar ihsan google

10. Gerbang Malam

Gambar ihsan google

Fuiyoo...banyaknya  citer!! (Sanggup tak orang nak baca cerita aku ni? Kalau sanggup, angkat tangan!hehe). Sepanjang di Ipoh juga kami sempat 'melawat' ke 'shopping complex' yang terkenal di Ipoh iaitu Ipoh Parade dan Jusco Kinta City. Ipoh Parade sekarang masih 'under construction' dan makin besar dan hebat hehe. Sebelum menutup tirai, nak selitkan juga disini rojak sedap yang kami makan di sebuah kedai mamak.

Mee Rojak  
Telur separuh masak


Sekian, wassalam!

8 comments:

Kayu Manis said...

Mcm balik kmpung plk knor..suami org btu gajah..rmh dia tk jauh dgn kelly castle tu..tanah je ada..rumh dh roboh..gua tmputung dh pernh pergi..pnjt sampai..gayat sungguh...

esok nk balik btu gjh..knfuri keluaga sblh suami..

Kayu Manis said...

Gua tmpurung la..hehe

Unknown said...

hihi...seronok tengok pic mcm dah betul2 berada di sana!!

Sweetamieda. Blo said...

Byk lg gambar menarik sebenarnya hihi

Sweetamieda. Blo said...

Oo suami knor pun org batu gajah.
Gua tempurung tu mmg gayat sungguhkan..mencabar.kami berazam nak gi lg hihi.
Sebelum ni trip ke perak kami dah pegi zoo taiping..tmn tasik taiping..bukit merah lake town resort, pulau pangkordan kuala kangsar serta pulau banding

aby said...

Salam TJ.
Taman DR ada lg tk kt ipoh tu,
Teringat mase bujang dulu suka ride kesana ( utk carik awek ipoh la kononnya )

Sweetamieda. Blo said...

Ipoh mali,talak sombong hihi.
Tmn DR ada lg aby

OKje said...

Banyak tempat menarik jugak kat Ipoh tu yeh TJ... Kelly Csstle baru baru ni ada masuk Majalah 3.....menyeramkan!