Alhamdulillah

Friday 27 December 2013

Cibiuk seround!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bertemu lagi di hari2 terakhir tahun 2013 ni.

Bagi semua teman2 blogger yang suka atau teringin nak merasa masakan asli Sunda, hari ini nak kongsi sedikit lokasi tempat makan yang best iaitu Rumah Makan Cibiuk. Restoran ini terletak di Bangi. 

Restoran ini 'corner lot' menghadap lebuhraya SILK dan berdekatan dengan Tol Sungai Ramal.
Alamat rasminya ialah:

No. 1-G, Jln Putra 6, Tmn Putra Kajang,
 43000 Kajang, Selangor

Lawan gusti lengan dulu sementara tunggu makanan sampai

Ikan talapia goreng kipas (kecil RM 25.90, besar RM29.90). Memang saaaaannnnngat sedap! Siap ada sayur goreng celup tepung yang rangup di atas ikan. Isi ikan pun sangat sedap~Recommended!

Sup tulang RM13.90. Pun sangat sedap!~Recommended!

Pisang keju RM8.90

Sedap tapi agak muak bagi saya...takleh makan banyak ni hehe

Rajanya sambal~ gambar ni diambil dari blog http://izzlatif.blogspot.com/
(Tqvm tau coz beri keizinan saya copy gambar ini.)
Masa kami sampai , sambal2 ni semua dah licin huwaaa

Ini saja antara menu ringkas 'lunch' kami. In sha allah, kami akan datang lagi dan cuba menu lain juga yang semuanya nampak istimewa dan sedap2! (even teh aisnya pun sedap! Wangi sangat! RM2.90 segelas)

Sekian, wassalam!


10 comments:

Unknown said...

hihi..cam rancangan jln2 cari makan dah rupanya!

Sweetamieda. Blo said...

Hihi.akak patut pegi rasa.mmggg sedsp n dkt je ngan umah akak

Puan Kutu said...

nmpk menarik je pisang keju tu.sedap ke?

Sweetamieda. Blo said...

Sedap...ada kelainan.tp bg sy cepat rasa muak.lagi sedap pisang caramel

Lieya Von Jay said...

sedap sungguh dan cara dihidangkan pon sgt menarik ^_^

@kutopsecret said...

nk try la nnt...

OKje said...

Ohhhh kat Bangi yeh TJ....macam sedap je tu....mcm teringin je....hehe...mcm dancing fish ek!

QA's ~ mamapapa said...

sis...ada jus alpukat atau avocado x kt sna?

Izz Latif said...

Hi

Seperti yang anda komen di entry blog saya sebelum ini, saya sudah balas komen tersebut.

Mohon kerjasama beri kredit serta pautan link ke blog saya untuk gambar yang diambil.

Terima kasih.

;)

Sweetamieda. Blo said...

Hihi tq sudi singgah sini.nanti sy update link awak ye