Assalamualaikum dan salam sejahtera
Panas terik cuaca hari ni. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari yang terik ni untuk mengelakkan risiko mendapat penyakit berbahaya seperti kanser kulit.
Hari ni nak kongsi sedikit tentang Perpustakaan Komuniti. Sesiapa yang biasa berkunjung ke Jusco AU2, Taman Setiawangsa tentu perasan ada sebuah Perpustakaan Komuniti di dalam tu.
Perpustakaan Komuniti
Secara peribadi memang saya merasakan idea wujudnya perpustakaan di dalam 'shopping complex' adalah satu idea yang amat baik! Perancangan yang bagus untuk menarik lebih ramai orang ke perpustakaan dan juga 'shopping complex' tersebut. Secara tak langsung, ia adalah satu usaha yang harus dipuji untuk menggalakkan masyarakat Malaysia supaya gemar membaca. Memupuk Budaya Membaca gitu!
Perpustakaan Komuniti ini memang sudah lama menjadi tempat lepak ku bersama anak2. Lokasinya berhampiran dengan rumah kami so ia memang sangat strategik. Kita juga boleh menjadi ahli dan meminjam buku dengan menggunakan MyKad. Satu Mykad boleh pinjam 3 buah buku (maksimum) untuk satu2 masa. Jumlah buku disitu tidaklah terlalu banyak, tetapi masih dikira ok. Dekorasi dan susun atur dalaman juga sangat ceria dan menarik! Ia juga dilengkapi Wi Fi. Jom pakat gi ramai-ramai!
Danish dah jumpa buku untuk dibaca
khusyuk membaca!
Danial
Haikal dan Danish sedang memilih buku
Haikal khusyuk membaca buku yang dipinjam (Lokasi : 'food court' Jusco AU2)
Itu saja tentang Place of Interest (POI) hari ini.
P/S: ni tak berkait dengan tajuk entry di atas. HeHe tadi dapat cabutan bertuah semasa mesyuarat PIBG di sekolah. Syukur, alhamdulillah!
1 comment:
idea yg bagus tu nt pas shopping2 bleh tambah ilmu lg...
Post a Comment