Alhamdulillah

Monday, 6 May 2013

Practicing muslims!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah, petang ni kami sekeluarga dah selamat sampai ke KL semula .Rasanya ramai teman-teman diluar sana juga begitu setelah masing2 pulang ke kampung halaman untuk menunaikan tanggungjawab mengundi . Hari ni tak nak cerita tentang mengundi dan PRU, tetapi nak kongsi tentang sebuah buku yang baru dibeli dan telah dibaca.

Tadaa!
Anthem hasil nukilan Hlovate

Secara peribadi memang Hlovate tidak pernah mengecewakan saya dengan hasil karyanya. Memang best! tip top! dan sesuai dengan jiwa saya. I learn a new words:Practicing muslims! Memang kita  dilahirkan Islam tetapi setakat mana kita mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan kita??

thumbs up!

Saya 'personally' berharap agar Hlovate tidak berhenti menulis novel2 yang berkualiti dengan cara penyampaian yang amat 'sempoi', kelakar dan menarik serta juga berupaya menyuntik kefahaman dan kesedaran. Hlovate dalam setiap karyanya yang sarat dengan informasi ...dia memang membuat 'homework' dan bukan calang-calang penulis!.

Teman-teman juga boleh mendapatkan novel2 lain juga karya Hlovate yang lain seperti :

5 tahun 5 bulan

aA+bB

tunas

Rooftop Rant

Versus

Contengan Jalanan

Pelangi

Gurindam Jiwa

Nescaya anda semua tidak akan kecewa dan akan berpuas hati serta mampu mengulang baca novel ini berkali-kali tanpa rasa jemu! Percayalah...kerana saya memiliki semuanya ..hehehe.

Sekian ,wassalam!

8 comments:

Rozita Ismail said...

byknya koleksi buku..!nt bleh pinjam...hihi

Rozita Ismail said...

ida..aim ckp sumer bk2 tu dia dah bc..awesome..!!!hikhik

Tuan Juhaida said...

Cakap kat aim...bagus!hlovate juga ada fb n blog

hainom OKje said...

Entah bilalah OKje nak membaca wahai TJ hihi

PUANSTOBERI said...

retu buku ni antara yg hot selling selain my precious iris n curi curi cinta..
tapi, me tak beli pun sbb dok pulun novel lelain. Huhu.

Tuan Juhaida said...

Hehe cari masa okje hihi

Tuan Juhaida said...

Dah abih tak bc novel2 tu?best tak?

NoEn said...

boleh la cari buku ni juga lepas ni