Alhamdulillah

Tuesday, 30 April 2013

Book Hunting @ PBAKL 2013!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semoga teman-teman semua sihat dan ceria sentiasa.

Hari ni nak cerita tentang Book Hunting~Alone! Minat punya pasal, sanggup balik ja daripada sekolah hari ini terus menuju ke Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL 2013) di PWTC. Semangat berkobar-kobar gitu hehe. Memang pencinta buku sejatilah I ni hehe. Pukul 3.40 ptg baru sampai ke PWTC...jalam jem dan hujan. Hanya ada masa lebih kurang 1 jam setengah sahaja (terpaksa limitkan masa) untuk 'Book Hunting' sebab around pukul 5.00 ptg mesti kena balik untuk ambil anak-anakku yang bersekolah petang.

Masuk je PWTC ..terus rasa... wah, bestnya! Banyaknya buku. Sini buku, sana buku...suka...suka...suka...

Dalam PWTC


Anda wajar memiliki kesemua buku yang ditulis oleh Jerry D.Gray ni. (Edisi Bahasa Melayu)

Dalam dok pusing-pusing cari buku boleh pula terjumpa dengan anak-anak murid tersayang hehe. Cikgu balik sekolah pergi pesta buku, murid2 pun sama juga hehe.2x5 haha


Mata melilau sana-sini (sebab masa terhad) untuk mencari 'booth ' Jemari Seni Sdn Bhd untuk dapatkan novel Anthem karya Hlovate yang terbaru. Naik atas , turun bawah semula...akhirnya tadaa....Syukur, alhamdulillah!


Senaskhah Anthem telah berjaya menjadi milikku!
Harga sebenar RM 24 tetapi selepas 20% less harganya  hanya RM19.20

Berikut diisytiharkan  buku-buku yang turut dibeli di PBAKL 2013 tadi hehe...chewwah!
(Bukan untuk menunjuk tetapi untuk berkongsi info bagi teman-teman yang belum mengunjungi PBAKL lagi dan berhasrat untuk pergi esok)

2 novel kanak-kanak juga hasil nukilan Hlovate
(boleh didapati di booth JS Adiwarna)
"Geng ABCDE bercuti ke Arau" dan "Geng ABCDE bercuti ke Pasir Salak"

Novel kanak-kanak berjudul Hotel Meow-Meow boleh didapati di booth JS Adiwarna
(Hasil nukilan Imaen)

Komik Islamik boleh didapati di 'booth' Maghfirah Pustaka
 (2 buah dengan harga RM23)

Komik Islamik boleh didapati di 'booth' Maghfirah Pustaka
 (2 buah dengan harga RM35)


 RM46.70

 RM18.75

 RM13.80

 1 set buku ni RM35

Ada 6 koleksi buku +1 buku nota di dalam set ini

Walaupun agak sibuk dengan pelbagai tugasan , insha Allah,apabila ada sahaja ruang, boleh isikan dengan membaca. Yang penting, ada buku untuk dibacakan...



Iqra...Bacalah!




Cinta Buku, Cinta Ilmu!


Wassalam




P/S: Selamat Menyambut Hari Pekerja (1 Mei ), Selamat Bercuti buat semua!



10 comments:

nurbijen said...

wah, banyaknya hasil rembatan dalam masa sejam... mmg pantas :)
best juga sekali sekala jalan2 sorang2...

Unknown said...

tahniah la ida coz sempat cr buku yg nak dlm masa yg terhad...hihi

Sweetamieda. Blo said...

Cepat tu sebab sebahagian buku tu dah mmg target nak beli.so terus jelah ke booth terlibat hihi

Sweetamieda. Blo said...

Syukran.allah pmudahkan segalanya.

puanstoberi said...

Me dah g 2kali...bes..ari ni jap g mungkin nk ripit lg pas asar. abg kirim lak

QA's ~ mamapapa said...

tak brkesempatan nk pegi..sobsobsob..ruginya!!

Sweetamieda. Blo said...

Wah,bestnya!tahun ni mmg tak sempat nak repeat2 hihi.bz huhu

Sweetamieda. Blo said...

Cepat2 pegi.masih ada masa lg ni

CeqGu said...

arghhh tension tengok buku2 tu ida weh.... buku saya beli byk yg belum habis baca...huhuhu

AdH said...

Seronok tengok buku-buku di atas! ^_^