Alhamdulillah

Thursday 28 November 2013

Aku seorang guru

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semoga teman2 berada dalam keadaan sihat dan ceria. Biasanya hujung tahun macam ni majoriti dalam 'mood ' bercuti dan jalan2 makan angin. Selamat bercuti semua! Jangan lupa singgah sini ya walaupun masing2 sibuk dengan agenda tersendiri hehe.

Orang selalu cakap jadi cikgu best sebab banyak cuti dan kerja half day. Hehe malangnya zaman sekarang kata2 tu memang cukup tak relevan. Beban kerja guru semakin bertambah dari hari ke hari di tambah pula dengan tekanan daripada pelbagai pihak contohnya pentadbir, murid, ibu bapa, masyarakat dll. Guru umpama bola, disepak dan ditendang ke sana sini.

Bagi saya kerjaya guru itu amat penting (walaupun gajinya ciput hehe) kerana guru mendidik generasi. Statement ini x bermakna kerjaya lain tak penting tau...jangan salah anggap hehe.

Memang ada guru yang tidak amanah dan tidak ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab. Ya, guru juga manusia biasa. Wujudnya guru yang bermasalah tapi jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Ramai lagi di luar sana guru yang berdedikasi dan jujur serta tak jemu berkorban dan berjuang untuk mendidik anak muridnya.

gambar ihsan dari google

So, cikgu-cikgu di luar sana..walaupun cuti sekolah sudah bermula..kita masih belum bercuti sebenarnyakan (dalam cuti pun masih ke sekolah)...Jangan lupa :



Update vle frog (Simulasi Keberhasilan guru) dan lain2.

Siapkan tugasan online KBAT (soalan & modul PDP) dan peta pemikiran (i think).

Siapkan Pelan Operasi & Bajet Panitia 2014.

Yearly Plan 2014 (untuk subjek diajar)

Setelkan semua kerja-kerja 2013

Isi online untuk Profil Kepimpinan

dan bla...bla...bla....haha


Dan untuk teman2 seperjuangan di sekolahku...jangan lupa..mesyuarat guru pertama untuk tahun depan ialah pada 20 Disember 2013!

Disini nak ucapkan tahniah kepada semua anak2 muridku yang telah selesai menduduki SPM 2013. Moga anak2 cikgu sekalian akan manfaatkan cuti panjang ni dengan aktiviti berfaedah dan akan lulus dengan cemerlang nanti. Amin!

gambar ihsan google

Apa-apapun best jadi cikgu bila ada anak murid yang masih mengingati. 


Kad ucapan harijadi (hand made) daripada anak2 murid yang masih disimpan hingga kini

Kad ucapan harijadi (hand made) daripada anak2 murid yang masih disimpan hingga kini



Sekian, wassalam!

12 comments:

aby said...

salam TJ ..
kerjaya cikgu tetap best ..
tiap tahun dapat hadiah dari anak muridnya .. gajinya sekarang ..
subhanaullah .. terluir cikgu2 thn 80han dan 90han bila dengar ..
apapun ..
tiap apa kerjaya pun adalah satu amanah .. buat dengan ikhlas pasti nya akan ada ganjaran tambahan dariNya juga ..
teringat masa sekolah dulu ..
Good Morning Teacher ...

Sweetamieda. Blo said...

Betul tu aby!kerja apa pun mmg kena buat dgn ikhlas..br lah gaji yg diperoleh tu berkatkan

OKje said...

mana ada cikgu gaji ciput....banyak le dpd Okje yg tak de gaji ni hehe...
Yelah tugas seorang Guru mmg sangat mulia...Mereka tetap dingati sehingga ke hujung nyawa...
Tahniah TJ kerana awak seorang guru!

Sweetamieda. Blo said...

Tq okje!betul tu kita kena sentiasa bsyukur dgn apa yg masih kita miliki

Kayu Manis said...

Ha ah mulia kerja cikgu ni..

tapi kena byk bersabar dgn kerenah murid.
ikhls berkerja, bkn nk mgharap gaji buta semata...pilih kasih pd murid juga jgn sekali..yg pndai aje diberi perhatian...yg tk pndai di biarkn terkonteng2..tunjukkn guru dgn murid mcm kwn, jgn ada benteng murid malu dn takut dgn cikgu..lyn murid sama rata..berlmah lmbut bila berbicara...pnjg plk omongan knor...hehe

Sweetamieda. Blo said...

Hehe takpe knor pjg lebar berbicara sebab semua yg knor ckp tu betul semuanya.

Anonymous said...

salam ju...

guru itu adalah satu kerjaya yg sgt mulia..tahniah ye cikgu...hehehe

Unknown said...

itulah kehidupan...bersyukur la ngan apa yg ada..

AtieYusof said...

Kerjaya cikgu amat mulia.. kawan2 sy ramai cikgu kak.. seronok rasanya bila depa cerita ttg murid2.. apa2 pun mmg sayang cikgu2 semua...:)

Sweetamieda. Blo said...

Tq wirda!

Sweetamieda. Blo said...

Betul tu akak

Sweetamieda. Blo said...

Hihi tulah. Ada 1001 cerita pasal anak2 murid ni hihi