Hari ini berpeluang mendengar bicara Prof Dr Muhaya dalam rancangan Tanyalah Ustazah di TV9.
Tajuk bicaranya hari ini ialah "Bahagia Dunia, Bahagia Akhirat". Tajuknya sangat berkesan di hati.
Antara isi yang disampaikan beliau,secara ringkasnya manusia dikategorikan kepada dua
jenis iaitu :
- Manusia Jernih
- Manusia Keladak
Manusia jernih ( manusia yang bijak)
-ialah manusia yang memiliki minda positif (5%) dan emosi yang positif (95%). Manusia yang memiliki aura positif ini suka memaafkan, meminta maaf, sentiasa bersyukur , ceria dan bahagia serta sentiasa suka memberi & membahagiakan orang lain.
Manusia keladak (manusia bajet bagus)
-ialah manusia yang memiliki minda negatif (5%) dan emosi negatif (95%) . Manusia yang memiliki aura negatif ini suka berputus asa, bersedih, mengungkit, mengumpat, menyesali nasib diri dan masa silamnya, rendah diri , suka menangis serta tidak boleh tengok orang lain bahagia dan hidup senang kerana wujudnya perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Manusia yang dikuasai emosi negatif cenderung untuk mendapat pelbagai penyakit kerana sistem pertahanan badannya menjadi lemah.
Manusia keladak juga adalah manusia yang 'self-centered' kerana sentiasa bercakap dan berbangga tentang dirinya, keluarganya, kerjayanya dan serba serbi tentang dia.
Teman,
Carilah kebahagiaan di akhirat, insya allah secara automatik akan mendapat kebahagiaan di dunia.
Hidup ini perlu ada perancangan yang teliti. Berpandukan Al-Quran dan Sunnah Nabi. Insya allah, kita akan kecapi kebahagiaan. Dalam mencari bahagia, jangan meminta kepada manusia, tetapi memintalah pada Allah kerana apabila kita mendapat kasih sayang dan rahmat Allah, kita juga akan dapat kasih sayang daripada manusia. Hanya manusia yang bahagia sahaja dapat membahagiakan insan lain.Macam mana nak dapat kebahagiaan yang konsistent?
- Tuliskan skrip kehidupan anda .
- Wujudkan 'spiritual journal'untuk mencatat emosi anda setiap hari sama ada emosi positif atau negatif.
- Ubah cara berfikir, ubah emosi negatif kepada positif dan ubah cara bertindak. Ingatlah; ibu bapa bermasalah akan melahirkan anak-anak yang bermasalah.
Ayuh kita BERHENTI merungut, mengumpat dan mengenang kisah lalu. Kita sebarkan emosi dan aura positif via sebarkan salam ukkhuwwah, senyuman dan kasih sayang sesama Islam , sesama makhluk.
"What you give, u get back!"
Insya allah
Sekian, wassalam
2 comments:
Insya Allah, semua kita sentiasa mendapat rahmat dari Nya, amin!
Eh, suka sgt sebut nama ayah ida ;)
Nur hihi tulah nur pun sayang ayah saya ya hihi
Post a Comment