Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah agak lama tak sempat menulis 'entry' baru di blog ni...Malam ni baru ada masa jap
Alkisahnya...minggu ni (18-23 feb 2013) , aku jadi guru bertugas mingguan di sekolah. Maka ...jadi lebih sibuk daripada biasa. Tambahan pula , minggu ni juga my hubby outstation ke Penang. Penat betul rasanya mengurus segala kerja rumah, anak2 dan kerja disekolah.
Semalam (Khamis)...sedang aku mengawas exam kelas 5 teknikal...tetiba datang seorang guru ke pintu kelas 5 teknikal:
"Juhaida, boleh tolong hantar murid cedera ke HKL?"
terkejut juga bila ada kes2 kecemasan begini...ini julung2 kali berlaku padaku sewaktu aku menjadi guru bertugas.
lub dup ..lub dup...degup jantungku (itu mmg ritma degupan jantung yang betul)
"ok, boleh tapi saya tak kenal jalan nak gi HKL"...huhu kena ada yang teman aa. Walaupun dah 9 tahun menetap di KL , tapi tak penah masuk HKL lagi. Setakat lalu depan HKL tu biasa lah tapi my hubby yang drive.
Teruk2! bukannya jauh pun HKL tu...cuma rasa tak 'confident' nak drive sendiri dan bawa kes 'emergency' ke hospital yang kita tak biasa pergi. Lagipun faham2 lah HKL, nak cari tempat 'parking' kereta pun susahkan.
8.40 pg: Nasib baik ada seorang sahabat sudi meneman. So, dia drive n hantar aku dan murid yang cedera itu di bahagian kecemasan kerana tiada 'parking'. Aku menguruskan pendaftaran dan menemani murid itu masuk ke ' observation room'.
"Naper ni dik?' tanya nurse muda yang comel
"Murid saya ni cedera semasa bermain badminton sewaktu PJK. Bulu tangkis terkena cermin mata dan cermin mata pecah dan kaca itu terkena mata nya lalu berdarah", aku menjawab panjang lebar bagi pihak muridku. Risau kot...kalau jadi kat anak kita macam manakan?
Budak lelaki itu tingkatan 3. Nurse memeriksa mata dan memberi satu suntikan pada bahu kanan muridku. Selepas itu kami diberi nombor untuk giliran berjumpa dengan doktor.
Tengok sekeliling tempat menunggu...masya Allah, ramainya 'patient' yang menunggu utk dirawat. Kami duduk dulu dan sebentar kemudian famili muridku yang cedera pun sampai. Jadi aku mengambil keputusan untuk balik semula ke sekolah kerana tugasku di sekolah juga belum selesai. 'Member'ku yang bawak kereta tupun dah 3x pusing coz takde parking. pukul 10.15pg:; kami selamat sampai semula ke sekolah.
Nota:
Syukur, alhamdulillah, tiada yang 'serius' berlaku pada muridku. Kaca itu terkena pada mata putih dan bukan kornea matanya. Syukur...muridku itu dibenar pulang selepas menerima rawatan. Dia juga perlu hadir semula ke hospital untuk pemeriksaan kedua pada tarikh yang telah diberikan.
Doakan Mohd Aiman kembali sihat seperti sediakala ya kawan2!
Doakan Mohd Aiman kembali sihat seperti sediakala ya kawan2!
Sekian
6 comments:
Ya Allah, ngerinya
amin.... harapnya Aiman cepat sembuh :)
Tulah.bdebar jugak la spjg pjalanan ke hosp
Betul da, kalau jd guru bertugas mingguan mmg bz,penat dan berdebar. Harap adik aiman cpt sembuh
alhamdulillah,sumernya dah selamat...moga aiman cpt sembuh coz thn ni pmr menanti...
Tq semua
Post a Comment