Alhamdulillah

Friday, 25 October 2013

Selamatkah kita?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam dunia hari ini...setiap hari kita dikejutkan dengan berita2 tentang pembunuhan, rogol, tembak - menembak, samun, perang dan lain2. Banyak lagi kes jenayah terancang yang berlaku disekeliling kita! Sehingga kita merasa tidak tahu siapa yang berada disekeliling kita yang boleh dipercayai kerana banyak juga kes yang berlaku disebabkan "harapkan pagar, pagar yang makan padi".
 Bila banyak kes jenayah berlaku, tentunya kita merasa tidak selamat lagi untuk berada di luar rumah sementelah pula bila berada di rumah sendiri pun macam2 juga boleh berlaku. Jangan nanti sampai semua orang takut untuk keluar dari rumah dan hidup terpenjara. Nauzubillah!

gambar ihsan google

Setiap hari dalam berita di tv, radio, internet dan media cetak memaparkan pelbagai kes jenayah yang mencetus kebimbangan, perasaan takut dan panik masyarakat tentang keselamatan diri dan ahli keluarga. Tambah2 bila hidup di kota batu ini yang masing2 dalam dunia sendiri dan tak mahu masuk campur hal orang lain. Sekiranya berlaku perkara buruk pada kita, masih adakah insan yang sudi menghulur bantuan?

So, teman2 semua...mari kita dekatkan diri pada Allah dan sentiasa berdoa pada-Nya serta berbuat kebaikan. Hindari dan tinggalkan segala larangan Allah kerana segala yang berlaku pada hari ini merupakan tanda2 bahawa dunia sudah akhir zaman dan hari kiamat sudah makin hampir. Mari kita sebarkan dan suburkan kasih sayang dan berpesan2 pada kebenaran seperti yang telah tercatat di dalam Al-Quran.


P/S: sentiasa berhati2 setiap masa walau dimana berada dan berdoalah pada Allah agar diri kita semua sentiasa dilindungi.

gambar ihsan google

Sekian, wassalam!

7 comments:

nurbijen said...

masa kecil dulu, tak boleh imagine bila ustazah kata bunuh ni berleluasa bila akhir zaman... tak sangka kita sekarang dah berada di akhir zaman... Semoga Allah member perlindungan kepada kita dan org2 yang kita sayang.. amin!

Tuan Juhaida said...

Betul nur

MG schmidt said...

bukan tak selamat.
kurang selamat
skank manusia boleh bertindak luar kawalan any time tu horror tu
duk umah tgk tv jela to jgn tgk tv3 ..hikhik :)

aby said...

selain berdoa, elok juga buat sembahyang hajat memohon kpd Allah supaya persekitaran kita menjadi lebih selamat ..
insyallah ..

Wirda Amir said...

Salam ju...

Memang membimbangkan...ianya blh berlaku pd sesiapa sj tanpa kita duga....betul tu,bykkan berdoa,paling mudah,bila nk keluar rmh,sy bc ayat qursi sbb di tmpt sy ni,kes ragut bersenjata,depan rmhpun blh terjadi....

Rozita Ismail said...

hanya doa yg mampu kita panjatkan..moga sumernya dilindungi

aTieYusof Family said...

Dah ada rasa sikit tak selamat bila berada di luar rmh..dgn mcm2 kejadian skrg ni..moga kita dijauhkan dr segala bahaya..amin! :)