Assalamualaikum dan salam sejahtera
Termasuk hari ini sudah 3 hari saya berkampung sebagai AJK untuk Pertandingan Pencak Silat peringkat negeri (Wilayah Persekutuan KL). Ini kali pertama saya terlibat dengan pertandingan silat. Acara ini akan berlangsung selama 5 hari ( 7-11 mei 2013) bermula jam 7.30 pagi hingga 5 petang setiap hari. 50 buah sekolah mendaftar diri untuk bertanding ( Sekolah rendah dan sekolah menengah ).
Kena pakai jubah hitam setiap hari.
me bertugas sebagai 'time keeper'
Pengamat Waktu ( Time keeper )
Ini tempat dudukku sepanjang majlis berlangsung (5 hari), bersebelahan dengan AJK Pemukul Gong.
Terdapat pelbagai acara dipertandingkan. Antaranya:
Seni Jurus Silat (1 pasukan :4 orang)
Seni Tari Silat (Individu)
Seni Tempur Silat ( 2 orang)
Seni Jurus Wajib (1 pasukan: 3 orang)
Silat Olahraga
(ketegori mengikut berat badan) - 3 Pusingan. Setiap satu pusingan , satu minit.
(ketegori mengikut berat badan) - 3 Pusingan. Setiap satu pusingan , satu minit.
Masa yang diperuntukkan bagi setiap acara untuk setiap pasukan ialah 3 minit. Memang pengalaman berharga untuk diriku. Tiba-tiba rasa jatuh hati pula dengan Seni Silat ni hehe...paling 'best' bila tengok murid sekolah rendah bertanding. Kecik-kecik je. Teringat pula dekat 3 orang puteraku di rumah. Menarik juga ni kalau hantar anak-anakku belajar silat hehe (kalau depa nak la...tak belajar pun berlawan sakan ala-ala Power Rangers juga kat rumah tu hihi) . Memang acara ini berjaya membuka mata dan mengubah persepsiku terhadap dunia persilatan. Paling suka tengok aksi tangkas pesilat dan pakaian mereka yang menarik dan pelbagai warna, segak persis laksamana Melayu dalam filem-filem Melayu dahulu.
Hari ni kami AJK Penjaga Masa, Wasit dan Juri dapat hadiah daripada AJK Pengelola Pertandingan Pencak Silat. Syukur! Happynya!
Ini hadiahnya! Apa hadiahnya?? Sehelai samping songket hehe
Selain itu, sebelum terlupa, nak ucapkan juga Selamat menyambut kedatangan bulan Rejab 1434H.
1 Rejab 1434H bersamaan hari Sabtu (11 mei 2013)
Rasa macam nak berpuasa je di bulan Rejab yang mulia ni..Insha Allah !
Ini hadiahnya! Apa hadiahnya?? Sehelai samping songket hehe
Selain itu, sebelum terlupa, nak ucapkan juga Selamat menyambut kedatangan bulan Rejab 1434H.
Rasa macam nak berpuasa je di bulan Rejab yang mulia ni..Insha Allah !
Itu sahaja coretan untuk hari ini. Wassalam.
8 comments:
saya masa kecik pun selalu minta dgn ummi nak belajar silat, tapi dapat lampu merah....
hehehe, redha aje la.. mana boleh lawan kata ummi :)
akak dulu penah nak belajar silat gak tp sbb byk sgt kena hafal b4 belajar silat,jd xminat lak...byk ujiannya bila seseorg mula belajar silat..kena byk sabar ler..!
Saya sejak dulu mmg x pernah minat silat hihi
Ooo gitu hihi.akak kan tok guru silat dok serumah je hihi
alhamdulillah..en suami dipanggil tok guru coz penah ngajar silat tapak suci wali 9...dan boleh ubatkan org yg kena santau n gangguan syaitan..dgn izinNYA..
Oh blogger ni jurulatih silat eh? Dulu memang belajar silat juga tapi takdelah sampai masuk peringat2 tu x)
Sekadar utk pertahankan diri je lah, kononnya.
Bestlah TJ..... tak yah mengajar hehe!
Bestlah TJ..... tak yah mengajar hehe!
Post a Comment